31 October 2009

Rahmah...dia itulah!

seorang makcik tua
berbaju kurung kedah, bunganya sepi
berseluar hitam
kekanan...kekiri....
dia melihat keliling
menyelinap disetiap lorong
menyelongkar tong-tong sampah.
"kotak-kotak kosong ini adalah dari kilang dengan mesin-mesin yang besar dan mahal!"
"Tin-tin ini, berdiri diatas sebuah tamadun manusia yang sial!!"

seorang makcik tua
berbaju kurung kedah, dan bunganya sepi..
apabila sebuah kereta lalu dihadapannya
dia senyum pada anak itu
"anak-anak ini untuk anak-anak masa depan'
"aku adalah yang berada pada masa ini.."
dia mengangguk ngangguk..

seorang makcik tua
berbaju kurung kedah, dan bunganya sepi..
namanya Rahmah,
tubuhnya semakin bongkok
umurnya 68 tahun

Makcik Rahmah dengan baju kurung kedah,
bunganya sepi dan kasutnya haus
dia duduk dikaki lima melepas lelah
dalam laut manusia yang sibuk
merenung entah apa..
mengadu entah pada siapa..
"tin-tin dan kotak-kotak kosong ini adalah kehidupan untukku.."
"tin-tin ini berdiri diatas sebuah tamadun manusia yang sial..!"

20 comments:

  1. patutnye makcik rahmah tu keje kilang kitar semula, ok ape sehari RM20...huhu

    ReplyDelete
  2. kesian makcik nih,..

    ReplyDelete
  3. tersentuh hatiku membaca corean ini...
    betapa ada kehidupan yang kita lepas pandang dan taken for granted

    ReplyDelete
  4. makcik rahmah adalah salah seorang dari beribu lagi rakyat yang hidup sepertinya..

    nabil: nanti aku sampaikan salam ko!

    sharamli: memang dia recycle balik dengan jual tin n kotak2 tu.

    kimsai: dia da tua, umur 68, orang taknak amik dia bekerja. kata diaorang tak produktif.

    i am visitor: kita semua patu kesian dan bantu orang2 mcm ni.

    setiakasih: apabila kita semua bayar cukai kpd kerajaan. mereka patut lebih prihatin tapi tak.

    bangunberdiri: jgn ckp cam tu...

    ReplyDelete
  5. itu baru cerita makcik rahmah... dapat juga makcik rahmah jual tin-tin kosong... bagaimana pula nasib si tipah dan si putih... kita semua terlalu rancak membawa haluan sendiri sehingga boleh lalu berdesup saja dipinggir mereka yang perlukan sekilas saja padangan untuk ringankan beban... bantulah insan yang memerlukan tanpa berkira setiap penghasilan... semua hasil bumi ini adalah milik kita bersama termasuk si tipah dan si putih juga makcik rahmah... si tipah dan si putih mewakili setiap ciptaan Tuhan dimuka bumi ini termasuk kucing dan haiwan terbiar yang lain...sekian terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. Nasib baik ada baju kurung kedah. ada tin.

    ReplyDelete
  7. Baca komen. Heh. Ada juga org yg cuba mencari jalan utk salahkan macik rahmah atas kecelakaan hidupnya. "Orang miskin sebab malas".. Kepada encik pengomen masih percaya ini, sila bunuh diri dgn kadar segera.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Makcik Rahmah berkurung mewah, bunganya seri,
    Kalung emas dihias indah,
    Tas tangan kulit jenama bonia,
    tersenyum-senyum tidak membongkok lagi,
    Berjalan megah menuju spa..

    Makcik Rahmah berkurung mewah, bunganya seri..
    Ketemu harta tidak bertepi,
    disebalik tin-tin yang kosong sepi,
    Kini tidak miskin lagi..

    Alangkah Bahagia Makcik Rahmah
    Kini ada syarikat kitar semula..

    ReplyDelete
  10. wahyu jangan emo...itu cuma pendapat mereka...tak perlu terima kalau tak mahu...:-)

    sibuk kan aku ni...

    maka...siapa yang bersalah?...aku rasa charity begins at home...

    re:...ya...bulan sentiasa tenang walau langit bergolak...:-)

    ReplyDelete
  11. Ya..ya.. negeri ini baik-baik saja. Anak-anak cukup makan, cukup pakai. Tak ada ibu yg kena ikat perut sbb mahu bg anak dia makan. Tak ada ibu yg harus jadi pelacur bg anak dia sekolah. Orang miskin patut miskin, sbb diorang malas.

    ReplyDelete
  12. ini kisah makcik rahmah yang educated. mungkin dia pernah masuk U mana-mana. Ada lagi makcik rahmah yang mengutip bukan saja sampah, tapi segala sisa makanan, dan malah selain melacur, sambil jual ubat terlarang, dan ini adalah perkara biasa. cuma yang 'tak biasa tu' mungkin sebab selalu naik lrt ke tempat kerja.


    ah, di dalam lrt antara waktu 5-8, berlambak makcik rahmah dengan muka masam dan bauan pelik yang mukanya seolah menceritakan kisah hidupnya yang 'gagal'.

    too much makcik rahmah.

    saya pun makcik rahmah.

    ReplyDelete
  13. dan kita masih bilang negeri ini baik-baik saja. hehe

    ReplyDelete
  14. situasi kemiskinan nih adalah salah satu realism masyarakat majmuk di Malaysia..

    ada yang menyalahkan mak cik rahmah,ada yang menyalahkan sistem..

    dan ada yang "tak amek kisah langsung"..

    hakikatnya inilah kehidupan..

    ReplyDelete
  15. makcik rahmah adalah ibu ibu kita semua
    makcik rahmah adalah kakak kakak kita semua
    makcik rahmah adalah saudara mara kita semua
    makcik rahmat adalah beban hidop kita semua
    makcik rahmah adalah rahmat untok kita semua

    selagi kita berada di bumi manusia makanya kita adalah anak semua bangsa.

    salut untok Terompah kayu
    salut untok pramoedya ananta toer

    ReplyDelete
  16. bro rahmat: makcik rahmah adalah ibu untuk semua kita..

    suxx: kalau boleh makcik rahmah nak emas yang kita buang.

    kak patung cendana: bulan kelihatan tenang walau langit bergolak. tapi makcik rahmah tak tenang. kasihan dia, walau dihujung masa, dia masih mencari tin untuk hidup.

    wmy: ramai orang kaya yang malas. orang yang miskin rajin. betul. hakikat.inilah realiti! sebuah sistem ini dilakukan begitu rupa supaya orang2 malas dapat bersenang lenang!

    mas tinta: makcik rahmah masih mencari kotak kosong dan tin. dia tak mampu nak daftarkan syarikat malah baru2 ini dia terpaksa keluar rumah sebab kena halau dengan Pak sarip. dah 3 bulan tak bayar sewa.

    zhfr: terlalu ramai makcik rahmah ini sehingga mereka dilihat 'biasa'.

    m-yusof: yang salah adalah sistem! sistem yang membentuk kehidupan..mungkin!

    darijalan kopi: makcik rahmah bukan beban hidup kita. dia adalah tanggungjawap semua kita. sistem harus kita tukar!

    ReplyDelete