12 October 2009

Kupu2 biru jadi mak ayam gemuk

Aku bertemu dengan kupu2 bewarna biru. Matanya bulat pakai celak cantik sekali. Pipinya gebu dan rambutnya ada ropol2.

Wahai kupu-kupu biru, kau bawalah aku terbang jumpa dengan kupu2 merah jambu. Aku kepingin bertemu dengannya malah, aku selalu memimpikannya.

Kupu2 warna biru kemudian mengambil tongkat saktinya lalu mengetuk kepalaku tiga kali dan kemudian aku menjadi ulat beluncas yang sedang makan daun.

Kenapa kamu tak bawa aku terbang bertemu kupu2 merah jambu??? soalku pada kupu2 biru.

Kupu2 biru tak menjawab lalu menukarkan dirinya menjadi mak ayam gemuk yang sangat lapar.

Dia menelanku hidup2 pada malam itu juga seraya berkata ktukktuktuktuktuktuk yang bermaksud Alhamdulillah...

7 comments:

  1. Itulah gatal lagi...Siapa suruh minta yang orang benci...Kan mati akhirnya memakan diri...oleh si empunya diri yang iri...tengok, sekarang siapa yang rugi????...

    ReplyDelete
  2. keindahan kupu-kupu biru sangat memperdaya
    dan menindas,
    sehingga kau dijadkan beluncas,
    lalu dia bertukar menjadi mak ayam gemuk yang ganas,
    makan beluncas dengan gegas,
    kupu2 biru, awas..

    ReplyDelete
  3. mangsa rantaian makanan yang tereksploitasi

    ReplyDelete
  4. ko betukar la jd otromen plak. fire je usus ayam tu..

    ReplyDelete
  5. mungkinkah kupukupu mrah jambu juga berada didalam kantung perut mak ayam gemuk..hanya kupukupu biru yang tau.

    ReplyDelete