07 October 2009

Robert: sang lagenda pemburu syahid!

Semalam Robert mendapat khabar dari ibunya Maria bahawa sesuatu yang maha dahsyat akan berlaku selang beberapa hari lagi. Ibunya mengatakan bahawa sebuah massacre besar besaran akan berlaku sepertimana pernah menjadi sebuah sejarah di Jerman, Jakarta, Murambi, Texas, dan Bayungwangi. Datuk dan moyangnya (terkenal dengan panggilan The Phyton Couple) juga telah menjadi mangsa massacre sebelum ini. Tewas ditangan penguasa jahat planet jupiter.

Tuan tanah semakin zalim dan gila. Mereka ingin menguasai segenap inci tanah ini dan dunia. Raja juga bersekongkol melakukan maksiat dan kezaliman yang melampau. "Kita harus bangun! Kita harus lawan! Kita harus adakan sebuah revolusi!" Robert berceramah kepada teman2nya yang lain dengan penuh semangat.

Tapi sayang, semua mereka senyap. Tunduk. Takut. Bisu. Buta. Pekak dan dah jadi bodoh.

Tiba-tiba semua jenis ruang kelihatan sangat sempit buat Robert untuk merealisasikan ide kebebasan sepertimana yang diajarkan oleh Friedrich Hegel, Rousseau, John Locke, malah Gus Dur sama sekali. Apapun yang berlaku, semangat dan roh perjuangan Imam Khomeini, Omar Mukhtar dan Abdullah Azzam tetap segar mendidih mengalir setiap saraf tulang belulangnya.

Hujan renyai petang itu menjadi saksi sebuah saat genting buat Robert, keluarga, sanak saudara dan teman-teman yang lain. Menangis sudah tak berguna lagi. Satu demi satu tewas. Massacre ini antara yang terbesar pernah dilakukan dimuka bumi. Siapapun tidak melawan. ketakutan.

Saat itu Robert mengeluh. Tapi dendamnya sangat dalam. hatinya kental walaupun tubuhnya berkecai. Robert gugur dimedan perang. Keberanian dan semangatnya menjadikan dia dikenali sebagai itik serati islam pertama yang mati syahid di jalan Allah. Bersatulah jiwa dan raganya dengan aman dalam sebuah menu lemak kuning masakan Mak Senah beralamat di Kampung sungai sireh kuala selangor. Lagenda Robert sebagai aktivis dan pejuang kiri pertama syahid, terus berkembang, diturunkan dari generasi ke generasi hingga sekarang. Demi kebebasan, keadilan dan kesamarataan!!!

9 comments:

  1. Sebelum Pak Lah kita ada Gus Dur.

    Ketua negara di Asia yang suka tidur.

    nak tau kenapa orang panggil dia Gus Dur?Bukan sebab AbDURahman wahid..tapi sebab dia kuat tidur..ni kata-kata dari orang di Indonesia..

    ReplyDelete
  2. salam. aku baru jumpa blog ko ni. dalam ribu-riban moniker 'terompah' yang wujud di alam maya tempatan aku rasa aku dah tersuka kat 'trompahkayu'. err, bole review sikit filem the soloist. aku pingin tengok tapi belum berkesempatan n i would really like to 'see' it in your words. bisa ngak?

    ReplyDelete
  3. Pak Lah- bapa norin..hahaha buat hancur negara je..!

    ReplyDelete
  4. namo: hahah betol member indon aku kata: gus dur...hari2 tidur hahaha

    aboo: kerajaan bagi gelaran "bapak demokerasi" rakyat bagi gelaran "bapak tidur". tapi okla tu dari gelaran perempuan puek dan altantuya hahaha

    azzaliena: sejarah tu penting. kalau famili kita pernah ada sejarah kencing manis. kita kena kurangkan gula hahaha

    ladytuscany: soloist bawak aku pergi dalam. ceritanya berkisar tentang satu tema dalam dua dunia yang berlainan melibatkan jugak dua manusia ni. sorang telah bawak diri. malu. isim dalam dunia muziknya. kecewa dalam cita2nya untuk menjadi musician....dan sorang lagi adalah wartawan yang nak cari cerita. dan dapat nama. panjanglah ceritanya. u should see it so more betterla....hahaha

    setiakasih: ya. memali punya sejarah. tak ramai yang tau cerita sebenarnya. bagaimana manusia menolak sistem yang akhirnya mereka jadi syahid. mereka adalah wira!

    basuhbaju: hahaha semua PM kita pun bikin kasi hancur negara hahahaha

    ReplyDelete
  5. syukran akhi terompah. aku ni jrg tgk movie dan agak pemilih. aku suka filem2 lama dan reality-based (kecewa termiss freedom film fest - aku nak tgk memali!).

    hmm..i like it here. and i'm gonna stick around

    ReplyDelete
  6. Ukhti tuscany... benarkan aku masuk dalam blogmu. biar apapun kontennya, itu adalah rahsia kita berdua ;)

    rugi ukhti tak g sana. memang best. tapi rasanya pusat komas ada jual dvd filem2 tu. RM20 kot.

    ReplyDelete
  7. seganlah akhi terompah.
    nanti kamu bisa muntah baca sajak picisan aku.

    :p

    ReplyDelete