Hari itu sangat redup dan sejuk. Selepas hujan biasanya macam ni lah. Aku tengah baring sorang2 kat ruang tamu rumah aku dengar lagu Midori: passage to heaven. Grogrian Jaipong Pop. Minum air panas memang best time2 macam ni. Aku ke dapur ambil cawan dan koyakkan nescafe 3 ini 1 kemudian masukkan air panas secukup sukatannya tak perlu tambah gula atau krimer lagi. Cerdik pandai mengatakan kalau makan banyak sangat krimer boleh bikin lu jadi sakit kanser. entahlah. Lepas tu aku minum dan belek buku2 lama aku dalam bilik.
Aku sedang belek2 buku yang aku letak dalam sebuah rak dalam bilik. Banyak buku dah berhabuk2. tebersin-bersin aku. Dengan tiba-tiba. Pintu rumah aku diketuk orang.
"tuk, tuk, tuk....assalamualaikum...."
"assalamualaikum.... tuk,tuk,tuk...assalamualaikum...."
"Orang tabligh ke tu?" aku tak bukak pintu. Tanya dari dalam.
"Bukan" katanya...
Lalu aku bukak pintu. Ada seorang tua berjanggut panjang warna hitam didepan pintu.
"Ya encik, ada apa ya? masuk la dulu. Saya buat nescafe untuk encik dan bolehlah kita berbual2 soal kehidupan petang ni...lagi pun saya sorang aja di rumah. Boring jugak...." kata aku.
"Terima kasih sajalah, saya sangat busy orangnya, tak sempat sembang2 ni. lain kali sajalah ya. Okay, nama saya Hammurabbi. Saya adalah penguasa dari Kota Babylon ingin menyampaikan sebuah surat dari Samash, dewa matahari yang pengasih tu kepada encik. Nah ambil ni...."
Aku mengambil surat yang diberikan oleh Encik Hammurabi tu. Smasa aku membuka surat tu, dia telahpun lesap entah kemana. tak sempat aku ucapkan terima kasih kepada dia. Surat itu mengatakan:
"adalah dengan titah yang maha kuasa, pengatur alam bulan dan bintang. Aku, Samash, Dewa matahari yang pengasih, menitahkan kamu untuk menukar kerja kamu sekarang ini kepada agent loan bertauliah. Titah ini hendaklah diikut sebenar-benarnya supaya kamu beroleh kejayaan.....Yang Ikhlas.....signed Samash"
Pergi saja aku ke ofis di Putrajaya. Aku memberi surat resign, notis 24 jam kepada bos aku dengan sebab sebab yang logik dan bermulalah kehidupan baru aku sebagai loan agent di sebuah koperasi milik Hj Sulaiman.
hahahaha. menarik2..
ReplyDeletememang selalu juga jadi pada aku... Amon Ra datang kejutkan aku drpd tidur suruh bina piramid untuk anak dia...
ReplyDeletewoit ketawa tak bolih tahan.
ReplyDeletesyahrul helmi - kau buat tak piramid tu? bawak pergi sunway ada sebijik.
susunan cerita mantap saspen last-last kes berhenti kerja haha mantop weii!!!
ReplyDeletehasnol: kisah benar ni hahaha
ReplyDeletesyahrul: bila amon ra datang, apa paswed yg dia mintak? jengjeng
darijalankopi: jangan tahan lagi. ketawalah sekuat hati lu hahaha
zhfr: hahaha berenti kerja senang je hahaha