10 October 2009

Kamaruddin telah jatuh cinta dengan Jeffry yang berkumis tajam tajam

Kamaruddin telah jatuh cinta dengan lelaki berkumis tajam tajam yang diberi nama Jeffry. Jeffry anak kepada taukeh cybercafé yang berpusat disekitar sunway dan petaling street. Pada suatu hari, Kamaruddin sedang berjalan jalan di tepi sungai. Dia sangat terkejut dan gembira apabila dia terserempak dengan jeffry lelaki berkumis tajam tajam itu seorang diri duduk di tebing.

“Hi jeff…! “

Jeffry menoleh.

“Hi…” balasnya kepada kamaruddin.

“Aku love cinta kamu jeff….”

“Aku tak boleh tidur siang dan malam kerana teringatkan kamu…”

“Aku harap kamu juga seperti aku…”

”Maka sudilah kiranya kamu menerima aku sebagai kekasihmu...”

Jeffry terdiam. Dia terus menerus merenung kamaruddin. Gelombang love cinta sedang berbunga2. Bunga ros merah keluar dari dada jeffry dan bunga cempaka kuning keluar berjambak-jambak dari hati kamaruddin menciptakan sebuah suasana romantis berfrekuensi tinggi.

Mereka saling bertentangan mata. Kamaruddin keharuan. Titis2 air mata syahdu yang tulus dan dalam keluar membasahi kelopak dan mengalir ke pipinya. Apabila air mata itu jatuh keatas tanah, ia jadi pepohon sirih yang menjalar dan bunga melati yang harum serta lebat daunnya.

Renungan jeffry semakin dalam dan menusuk sehingga tembus ke maqam qalbu kamaruddin. Kamaruddin semakin asyik. Semakin asyik dengan love cinta. Kelabu mata dan tenggelam dalam dunia ghaib love cinta.

Sedar dari keasyikan itu, azan maghrib baru berkumandang. Dia sangat terkejut kerana mendapati tubuhnya semakin mengecil dan mengecil sehinggalah dia menjadi manusia kenit setinggi batang mancis. Jeffry senyum lalu mengambil kamaruddin dari tanah dan memasukkan kamaruddin dalam sebuah botol plastik spritzer yang kosong dan terpakai.

Apabila kamaruddin dikeluarkan dari botol plastik spritzer kosong itu, jeffry mencangkukkan kamaruddin pada mata kailnya terus dibaling ke dalam sungai.

Kemaruddin manangis, air matanya berderai-derai "Jantan lahanat kau jeff!!! Kau zalim! Zalimmm!!!!

Dan bermula dari saat itu, kamaruddin tidak lagi percaya pada love cinta kerana dia bakal menjadi lauk kepada ikan sepat, talapia, keli atau pun ikan patin.

8 comments:

  1. kesian kamaruddin...dirinya tertipu tanpa dia tahu...dalam diam2 rupanya ada udang disebalik batu...mana tahu..untung2 dia bisa ketemu cinta baru di penghidupan baru...dalam perut ikan yang berbau...sehingga dikeluarkan kembali menemui alam baru dengan wajah baru tanpa siapa tahu siapa sebenarnya dia dulu

    ReplyDelete
  2. isk sian kamarudin..
    tapi aku suka part: apabila airmata jatuh.. ia mjadi daun yg menjalar..

    ReplyDelete
  3. hamboihh semakin galak menaip eh.. hahaha.. ok ok. ini baguih

    ReplyDelete
  4. mula rasa geli,
    geli geleman
    last sekali, lagi geli,
    geli hati..

    hu hu

    ReplyDelete
  5. ruhi: hahah kalau dah masuk dalam perut ikan dia berkecenderungan jadi tahi ikan kalau selamat dari pancingnya si jeff tu.

    azzaliena: memang patut kesian kat kamaruddin. masa sy ajak couple dulu dia langsi sama sy hahahahahahaha

    aku: hahaha nasib baik tak jadik klcc ke, masjid jamek ke hahahaha

    kakak weed: trimas-trimas peeewiiit! haha

    mas tinta: geli geli tu nikmat hehehe

    ReplyDelete
  6. kamarudin akhirnya diproses mnejadi najis dalam perot ikan.

    gila syahdu cerita ni. belom pernah baca sabegini celaka nasib.

    ReplyDelete
  7. hahaha. ini baru bagus. lepas ni campak dalam kolam piranha. lagi tragis nasib kamarudin. ohh.

    ReplyDelete