05 October 2009

Shahira Syumairah binti Abdullah

Masa aku jalan jalan tepi kolam lepas jumpa En Zulkarnain. Tiba-tiba, seorang budak kecil entah anak sapa tak tau aku memanggil aku dari belakang. Budak perempuan tu pakai gaun merah paras lutut dengan cekak pink gambar strawberi tengah senyum.

"uncle...uncle" jeritnya.
Aku toleh belakang. Budak perempuan tu lari-lari anak lantas memeluk ku erat-erat.

Aku tunduk kebawah. Dia mendongak dan senyum. Dia kata "bila besar nanti, saya nak kawin dengan uncle boleh tak?"

"Tak boleh" jawabku
"Boleh" kata budak kecil tu
"tak boleh..!" kata aku lagi
boleh...tak boleh... boleh... tak boleh.... boleh... tak boleh... boleh

Aku memberinya nama Shahira Syumairah binti Abdullah.
Dia comel. Dia cantik.
Masa berlalu dengan pantas. kami masih disitu sejak enam belas tahun yang lalu dan budak itu mungkin berumur 21 tahun 3 bulan.
"Saya dah besar pun sekarang...boleh kan kalau saya kawin dengan uncle...?"
"tak boleh..." kataku. Lalu semena-mena aku menghampuk kepala Shahira Syumairah binti Abdullah dengan penukul besi dan dia terus pengsan atau mati dan aku melarikan diri dan terus berlari.

5 comments:

  1. wah molek ending muh! Gini yang kawe suko!

    ReplyDelete
  2. pahal kau pukul dia - tanya dia kawen free ke berbayar. kalau free sila free - sila kenalkan dengan darijalankopi.

    ReplyDelete
  3. zhfr: ending tu horror dan berlari tu adalah harapan

    darijalankopi: akuterpaksa pukul dia. tak tahan lagi hahaha

    aboo: aku mintk maaf bro...

    ReplyDelete
  4. pengsan je tu. dia akan datang lagi, peluk kau lagi. nanti kau.

    ReplyDelete