02 November 2009

Pengumuman

Sebuah negara yang terletak disebuah benua telah memaklumkan kepada seluruh rakyatnya bahawa mulai hari ini, 1 November 2009, kita akan menukar sistem ekonomi negara kita dengan sistem kapitalis yang hebat.

Keesokan harinya, rakyat negara itu diperlihatkan dengan sebuah keajaiban demi keajaiban.

Disebelah rumah makcik Peah, ada Tesco yang sangat2 besar dan ramai pekerjanya yang memakai baju biru. Dihujung padang bola bersebelahan wat, ada sebuah Giant yang menawarkan barang2 yang sangat murah. Di kampung John pula ada sebuah Mydin yang sangat Islam. Untuk memenuhi keperluan dekorasi rumah, sebuah Ikea muncul di tengah-tengah ibu negara dan sebuah Carefour untuk keperluan rakyat pinggir bandar.

Orang ramai berpusu-pusu ke Tesco, Giant, Mydin, Ikea dan Carefour setiap hari.

Pada suatu petang, hujan turun dengan sangat lebat dan berlanjutan selama sebulan. Ia mengakibatkan banjir besar-besaran berlaku. Di tesco, giant, mydin, ikea dan carefour, ada rumah terapung dan bot pelbagai saiz yang dijual separuh harga.

9 comments:

  1. dahulu portugis belanda british jepun datang menakluk pakai kapal,pakai meriam,pakai kapal selam,pakai kapal terbang.

    sekarang pakai ayam tesco,sayur tesco,perabot ikea,dan songkok mydin bagi mendapatkan ciri-ciri keislaman untuk mewajarkan penaklukan.

    ReplyDelete
  2. Bila anak2 pedalaman x dibekalkan buku teks dan harus beli sendiri - "hidup harus bersyukur". Bila segala macam tax, birokrasi diwujudkan -- "kena manfaatkan apa yg ada". Sebenarnya siapa yg "sedang bersyukur" dan siapa yg "mengambil manfaat"?

    ReplyDelete
  3. pasar mini hj salleh kt umah gua dah 2 bulan tutup..

    ReplyDelete
  4. Peduli apa dengan dahulu. Sekarang, semua orang boleh serang, semua orang boleh kalah, semua orang boleh tak melawan.

    Boleh saja manfaatkan semua ini untuk diri sendiri sebab kita berada dalam sistem ini.

    Kalau tak mau pun boleh, pendek kata: Tuuuut!

    ReplyDelete
  5. ;-)

    hati biru sudah bertukar warna apa?

    TAF TEH

    ReplyDelete
  6. hahahah.sudah penat memikir,cuma ingin ketawa.

    ReplyDelete