17 October 2009

Malam itu, tuhan datang bersembang

Perhatian: 18PL

Bila tuhan bicara sama aku. Aku sedang melangut dekat beranda melihat lihat langit malam dan kalau ada tahi bintang jatuh, macam cerita orang putih lalu aku akan pejam mata dan buat hajat. Eksotik kan? Pada syahdu langit malam itu. Tuhan telah bersembang dengan aku. "Aku ini kawan kamu. Mari kita bermain? Kamu berdiri disitu dan aku akan jadi polis. Bila aku kejar kamu, kamu lari. Dan bila aku kata berhenti lari! Kamu stop ya?"

"Okay, tapi kenapa kamu pilih aku sedangkan ramai lagi yang warak dan saleh. Aku ini pendosa luar biasa. Kamu pasti akan masukkan aku dalam neraka. Tak begitu wahai tuhan? Kawan?"

"Owh...kamu tau. Aku inikan tuhan. Aku bukan raksasa atau tuan tanah yang jahat. Aku ini baik sekali. kamu jangan marah aku ya. Semalam aku telah memilih zack dan roslan untuk bermain. Malam ini aku memilih kamu sebab aku lihat kamu sedang sunyi. Jiwa kamu jadi kosong sejak kamu putus cinta sama Tutu semalam. Kamu menangis sampai muntahkan? Betul tak? Jadi, sebelum kamu diisi oleh perempuan2 atau apa2 saja material manmade, inilah peluangku bermain sama kamu."

"Tapi sebelum kita mula bermain, kamu dengar apa yang aku nak cakapkan ni ya"
Okay. jawabku ringkas.

"kata2 ku pada sekalian suhuf dan kitab2 yang pernah ada dibumi. ia dilakar atas sebuah lembar yang bercetak. Sebelum ada mesin cetak, ia itulis atas kulit, pyprus maupun batu2. Tanpa pahat, pen, dakwat maupun mesin cetak. Orang tidak akan kenal sama aku malah aku mungkin akan tenggelam dalam firman2ku sendiri."

Point kamu? aku mencelah.

"Aku dijembatani oleh tulisan dan huruf, tanpa mereka, kitab2 itu adalah kosong dan aku takkan popular!"

Apa kena mengena populariti kamu dengan aku ini?? Kamukan ada kuasa Maha hebat? tanya aku lagi.

"Kan aku dah beritahu kamu sebab kamu sedang sunyi dan kosong. lagipun aku tuhan. aku juga ada desire yang maha tinggi...dan untuk kekosongan kamu itu, aku akan hadiahkan beberapa ayat"

Ayat apa?

"Ayat2 itu ialah ayat yang kamu sedang baca sekarang ni. Mudahan kamu tidak lagi kosong dan sunyi ya....."

Habis, bila kita akan mula bermain polis2? aku bertanya.

"Time out la bro. Kamu banyak tanya sangat. Aku sekarang kena bertemu dengan Azi dan Jamilah pulak. Nak ajak main sorok2."

Belum sempat aku ucapkan terima kasih, dia telah pergi, aku masuk dalam rumah. tidur. dan esok, aku tidak lagi akan sunyi.

5 comments:

  1. sukar untuk saya fahami maksud tersirat ini. awak terlalu random. Lagi suka merapu drpd sy. Tp sbb awk slalu istilahkan guna sejarah, sy mengalah. Dan pilih untuk baca juga karangan meraban yang pelik ini.

    ReplyDelete
  2. tulisan smakin menarik looo hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau kalam Tuhan tidak ditulis maka orang pun tak tahu wujud ke tidak Tuhan tu?

    Maka tanpa manusia yang menulis Tuhan pun tidak boleh berkata apa-apa.

    Hukum alam?Tsunami?Banjir besar,api neraka?
    Guna kajian saintifik la beb.
    Ni sikit-sikit Tuhan murka.

    Kenapa selalu orang miskin je rumah ranap bila malapetaka?
    Dan kenapa pusat maksiat Las Vegas tak pernah ada bencana?

    Science..science..

    ReplyDelete
  4. andai tiada tertulis pun kalam2 Tuhan...manusia..haiwan..tumbuhhan...kutu...pluto..zuhal
    matahri...bulan...syaitan..malaikat...jibraun..
    mat rempit..kutu rayap...anarkis tegar...hard core kental...pak cik kutip sampah kat tepi longang sekolah...wanita penari gelek kat disko...dak indie2 yg nyanyi lagu hujan..
    n bla..bla..bla...masih bisa mengenal dan mengetahui akan wujudnya Tuhan...Tuhan punya segalanya..tiada perlu pada kitab2 untuk menerangkan siapa diriNya...tiada jua perlu pd siapa untuk mengiklankan betapa hebat kuasa-Nya.

    andai manusia bukan sahaja percaya malah yakin bahawa hanya tanah bisa menyuburkan tumbuhan...tapi aku berjuta kali yakin beb...tuhan juga bisa menghidupkan tumbuhan jika bumi ini berlantaikan timah yang panas membara bila mentari memancar keatasnya...

    gua pun selalu fikir beb...knapa lah perut gua ni x kempis2 sedangkan gua x mkn selama berhari2...sejemput nasi pun gua x rasa...x kempis2 gak perut aku ni...depa kata...kalau x mkn...bdn leh kurus...kalau mkn..perut jadi buncit...ni apa kes ni...perut x kempis2 lagi ni...ini mcm...x kawen ar aku...jadi andartu lah aku kayaknya ni..

    jerawat gua plk ni..dh byk pencuci muka gua sapu..bedak sejuk abis berkilo2 gua bubuh...tapi tetap gak ada...kacang gua lanngsung x makan...ni apa kes ni...
    prof emeritus datuk dr haji tan sri fulan bin fulan kata bila pakai pencuci muka ngn x mkn kacang..jerawat x ada...ni mkin byk plk...apa brg ni beb...lu tipu gua lah pak cik profesor yang muka lu pun gua tgk byk gila jerawat...bertan2 besarnya...picit n jual laku ni...

    gua fikir2 lah beb...pak cik profesor...
    lu buatlah satu syurga utk kita semua...
    musnahkah lah neraka bagi abis...
    kitaorg xmau masak neraka...
    nak masuk syurga jer..
    panas ar masuk neraka...

    gua rasa ini profesor...
    dulu belajar mesti setiap sem dekan punya..
    pointer 4.0 tu....
    makan x pki mulut..
    gua rasa dia mkn pakai perut...
    jalan x pki kaki...
    tapi agak2 gua dia jalan pkai jari

    ReplyDelete
  5. burung hantu: haha takda yang tersirat. dah jelas!

    binjidan: haha!

    nami o fish: kalau orang tak tulis pasal tuhan. tuhan sendiri tulis dalam hati kita macam yang dalam cerita aku tu.

    kalau jadi malapetaka selalu orang cakap mcm ni... ni bala kat org2 yang derhaka tapi buat orang2 beriman dipanggil ujian. betol cakap ko, hakikatnya...rumah roboh, orang susah tak dapat claim insuran.

    tuhan itu ada banyak pandangan: ada org kata di allah, yehova, hu, yehweh, shiva, yesus, life force energy, pistol, duit dan raja! last2, semua kita kena cukai dengan kerajaan hahahah

    manusia menulis kata2 tuhan dengan apa yang mereka dapat contohnya apa yang berlaku pada muhammad di hira' dan gautama di bawah pokok. masuk zaman moden: apabila seseorang tu menang bet bola. ;)

    ruhi: ya. tuhan boleh berkata2 dengan apa saja simbol dan situasi.

    tuhan: terlalu subjektif

    tuhan juga boleh ditafsir sebagai love cinta!

    tiada lagi kebenaran mutlak didunia.

    kalau ada orang dikurniakan mulut diperut, dia akan makan guna perut juga. :)

    ReplyDelete