28 December 2010

Kotak-kotak Demokrasi: N.Faizal Ghazali

Penulis: N.Faizal Ghazali
Penerbit: Esastera Enterprise
Foto depan : Muhammad Hasful Zainuddin

Tadi senja aku telah aku telah sisipkan sejumlah 50% wang untuk proses percetakan Himpunan puisi: Kotak-Kotak Demokrasi. Ya aku sekadar bercita-cita sekali gus beronani dengan harapan untuk merealisasikannya. Sudah ramai yang mengirimkan tanya, bila terbitnya? bila terbitnya? kalian tunggulah, masa dan kemampuan sedikit melewatkan. Aku tahu ia tidak se-gah karya Pablo Naruda atau sehebat tulisan Bapak Sapardi dan aku tak pernah mengangankan pecah panggung dengan nilai berjuta-juta seperti filem dua alam. Cukup sekadar sokongan teman-teman lewat cemuhan, perlian dan ketawa kah kah kah! atau mah mah mah! cukuplah aku puas dengan itu. Sekurang-kurang aku mereaksikan kepuasan untuk diri sendiri. Untuk aku hargai dan memanjakan harapan di sebalik tubuh yang masih kecil lagi keldil dan langkah yang masih samar untuk mengejar kefahaman dunia.

Sesungguhnya, terima kasih yang paling suci pun tak terbalas buat mereka yang bersusah-payah mengitu-inikan, demi sebuah Kotak-Kotak Demokrasi. Buat eSastera Enterprise ( Prof. Irwan dan Puan Ilya ) dan seluruh warga eSastera.com yang selalu menyokong dan ada juga yang menindas.

khusus yang teristimewa buat ayah dan ibu serta keluarga yang memahami kehendakku dan tak pernah menghalang karenahku. Sesungguhnya entri melankolik ini tak memadai untukkuhulurkan penghargaan dan kesyukuran.

Kepada Cinta Suria, terima kasih yang paling mahal kerana tak pernah puas menyanjung cita-citaku, baik dari segi moral mahupun material. Harus aku bagaimana lagi untuk merealisasikan taksub diri lewat sajak-sajak yang tak pernah jemu kau baca dan mengerti setiap baris rindu yang kita calitkan sebagai tanda pengharapan yang
paling dalam dilubuk hati. Ini adalah hadiah kecil buatmu.

Kepada teman-teman, ini (Kotak-Kotak Demokrasi ) adalah nota-nota permulaan dan tak akan berpenghujung selagi kita masih kenal dan saling punya rasa kepercayaandan perkongsian khabar-khabar suka dan dukalara.

Kepada seorang Azlan Shah (Aku tak kenal pun), aku belum layak untuk mengaku sebagai seorang sasterawan dan ini adalah bukti aku sebagai lelaki yang tidak sehebat mesin-mesin kejuruteraan yang kau selalu hadap atau mungkin kau bersetubuhi dengan angka matematik yang kau banggakan. Lalu ciptalah sebuah mesin dengan pelajaran teknologi yang kau perolehi, misalnya mesin untuk kempiskan perut dalam masa 5 minit, pasti ramai orang tak berupa gorilla perutnya. Oh ya, aku tak berlagak, sekadar memberitahu Kotak-Kotak Demokrasi yang kau tungu-tunggu dalam proses percetakan. Maaf jika aku sinis. Sekian.-N.Faizal Ghazali

DAPATKAN KOTAK-KOTAK DEMOKRASI DISINI

22 December 2010

Cinta Kasim

Hari ini hari ahad. Pagi ini mendung gelap. Mendung lagi sampai tengahari. Angin bertiup perlahan-lahan membelai pokok-pokok kemudian hujan mula turun. "Cinta telah mati...tadi". Kasim yang sedang bersedih lalu duduk disebuah bangku kayu hadapan rumahnya. Dia termenung dan kemudian. Dia menjerit sekuat hatinya. (Menjerit dalam hati) dan air matanya mengalir kuat. Dihadapan rumahnya. Hujan masih turun lebat. Di rambutnya kelihatan titis-titis halus seperti embun-embun pagi yang segar. "Cinta telah mati..." katanya lagi.

20 December 2010

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA!

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas penerimaan sejumlah wang RM500 daripada mereka yang menyumbangkan kepada saya. Saya tidak tahu siapa ataupun dimaklumkan mengenai perkara ini. Tiba-tiba sahaja RM500 ada di dalam akaun saya. Siapapun anda yang menyumbang; saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih! Wang yang anda sumbangkan itu saya gunakan untuk menampung perbelanjaan harian saya.

12 December 2010

Aku, Akhi dan Antum I

Pengalaman tamrin bersama jemaah islam kampus;
Enjin bot berbunyi perlahan. Bot sekecil ini cukuplah untuk menyara Pak Usin sekeluarga. Dia meneroka kawasan ni lama dah. Hutan banat dah jadi kampung. Adalah sekitar sembilan keluarga setakat ini. Mereka menampung keluarga buat kerja-kerja laut. Macam Wan Itam, dia cuma ambik upah menoreh di kebun Haji Saad seberang sana. Umurnya sudah masuk 55 anak masih kecil; isterinya kak Faridah buka gerai makan kecil-kecilan, biasa yang singgah ke kedainya orang luar yang nak memancing. Ada yang datang dari Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar dan paling jauh dari Muar. Dek kerana sekarang ni bukan musim; kadang-kadang buka kadang-kadang tutup gerai kak Faridah. Aku, Amri, Rizam, Talib dan akhi Owais berada dalam bot tersebut. Talib tak sampai setengah jalan dah mabuk. dia cuma berbaring dibawah terik matahari. cuma bertutupkan muka dengan kain pelikat. Pak Usin dibelakang mengemudi, sayup kecil anak matanya melihat hujung sana. Memang gelap kulit pak husin, yalah, dari pagi sampai kepetang di laut. Makan, minum, solat dan rehat semuanya dilaut. Laut adalah tempatnya. "kalaulah ditakdir pakcik mati, selain rumah, pakcik pilih laut...laut ni hidup pakcik... kami macam pasangan kekasih..." ujar pak Usin kepada aku masa makan tengahari tadi di gerai kak Faridah.

09 December 2010

Kembali semula!

Tak cukup duit lagi Rm700 jadi dia tak dapat datang semula ke semenanjung.
Dia bersedih duit tak ada.
mungkin nanti terus ke sulawesi tolong pamannya jadi PA.
dan berkahwin disana dan mendapat anak cucu di sana..
ya. di sulawesi selatan tempat leluhurnya.
seluruh harinya menjadi bebel dan bebal. mungkin...
aku juga sedih tak dapat membantu saat saat kritikal macam ni. aku juga miskin.
nasib macam hujan tiap-tiap hari. Hujan siang malam.
kalau ribut. nelayan tak dapat turun kelaut. kena tunggu hujan sidang.
tengahari kalau mendung. "Hari nak runtuh!" Aku teringat kata-kata arwah nenek.
"hari nak runtuh! hari nak runtuh dah gelap tuh! hari nak runtuh dah weh..!"
cepat angkat kain. tadah baldi." kata nenek lagi.
tiba-tiba;
tuhan telah kirim wang mencukupi kepadanya
tuhan juga menetapkan supaya datang ke semenanjung minggu depan.
dia tersenyum. mungkin melompat-lompat yang jarang sekali dibuatnya!
sesekali rasa bodoh tak apa mas! jadi macam air kok...flexi deh!
aku merindui bebel-bebel dia masa minum kopi..
aku merindui bau-bau cengkih yang kuat melekat dibajunya..
selamat pulang kembali yudi!

05 December 2010

Dikir, aku dan kelantan




"Klate duk mano.." (di Kelantan duduk mana?)
"Kawe asa ipoh gu..." aku (saya asal ipoh)
"Asa peghok??" (asal Perak???)
"Ho.." aku (Ya..)
"Biso demo kecek..." (Pandai awak cakap bahasa kelantan..)
"Hahaha bulihla huduh-huduh.." aku (hahaha bolehla sikit-sikit)


Aku berjaya menguasai dialek Kelantan sehingga 98% bertutur dan menulis semasa aku masuk Uitm dan bercampur dengan kelantanese kemudian join grup dikir barat. Aku akan jadi salah seorang penyanyi dikir selain Milin, Tuk (tukang karut) dan Wer. Tengokla yang pakai baju batik tu. poyo kan? hahaha Masa part 5 aku praktikal 6 bulan di kelantan. Merasa duduk di rumah sewa Adik Mek Kubang Kerian sebelah hospital tu dan kemudian berpindah ke Kampung Jerat Semata Pasir Putih.


Di Kelantan aku banyak belajar mengenai sosial dan budaya masyarakat lokal. Setiap jumaat (cuti) aku dan Zam akan memukat ikan di baruh dan tali air. Petang-petang lepak sauk puyu berhampiran Gertok Siam, malam biasanya Mat Aris akan bawak aku belajar silat tungkat bersama Ripin & gang sampai ke kebun getah pekan Selinsing. Penat bersilat kemudian lepak 'keda playe'. Aku sempat melihat dengan mata kepala sendiri "Main Puteri" yang telah diharamkan oleh kerajaan negeri pada masa tu. Betul-betul rezeki aku. Termasuklah ditipu lelaki gemok yang mengaku umur 30 di Kota Bharu.


Kelantan meninggalkan aku 1001 memori suka duka tangis ketawa, pengalaman yang takkan aku lupa sampai bila-bila Mat Aris, Kak Yah -Pak Hasim & Family, Pok Soh, Gmie, Zam, Pok Jak, Sifoo, Abe Yur, Tok Ngah Tukak dan ramai lagi; mencorak sedikit sebanyak pandanganku terhadap budaya bangsa dan silaturrahmi.

03 December 2010

PEKAN FRINJAN !!!

JEMPUTAN KE PEKAN FRINJAN - HAK ASASI MANUSIA

Pekan Frinjan 16 penutup tahun 2010 membawakan tema HAM: singkatan kepada Hak Asasi Manusia sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut pada tanggal 10
Disember setiap tahun.

4hb Disember 2010, hari Sabtu
jam 5.00 petang sehingga 12 tengah malam
bertempat di i-City Amphitheater, Seksyen 7 Shah Alam Selangor

SUSUNAN PROGRAM

5.00pm - gerai-gerai anak muda dan NGO dibuka
8.30pm - tayangan filem, persembahan muzik, puisi, teater dan naskhah dimulakan
12.00am - tamat


TENTANG PEKAN FRINJAN

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok bebas. Matlamatnya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

013-299 0192 : Farhan Azahan
010 512 6836 : Zulhabri

02 December 2010

dakap angin malam

Dalam dakap angin malam
dingin menyelimuti kulit-kulit telanjang
embun mula berjatuhan
memenuhi cermin-cermin kenderaan yang kaku
membasahi rumput-rumput liar yang menjalar
disitu
di bawah lampu-lampu kuning yang terangnya samar-samar
jalan-jalan kecil yang ada cuma longgokan sampah dan lipas pasar
"Hei, tunggula..." suara dari seorang lelaki separuh abad
dia memanggil seseorang..
perlahan dia berjalan kearah itu...
mereka berlalu
semakin sayup ditelan kesamaran
didakap angin malam
mereka berpegangan tangan
embun mula berjatuhan
memenuhi cermin-cermin kenderaan yang kaku
membasahi rumput-rumput liar yang menjalar
dan malam
bahagia berlagu

-lara hati di jalan petaling / Disember2009
2am kuala lumpur

30 November 2010

gelap 1 pagi

gelap jam 1 pagi
rintik hujan memalu bumi
aku diam sunyi sepi
hujan terus berlari
1 jam 45 minit
kemudian perlahan
ia berhenti
aku diam lagi

paling tidak malam ini dingin
sejuk pakai selimutlah
dingin keseorangan
dalam gelap
aku diam
sepi lagi

28 November 2010

sebentar lagi

langit sudah gelap semakin hitam dan guruh berbunyi
sebentar lagi hujan turun...katamu
bukan... sebentar lagi kamu akan pulang...kataku

26 November 2010

LCCT bertemu heri

Dalam lingkungan jam 9 malam 3 November 2009, aku mulakan perjalanan dan tiba di Petaling Street menaiki bas dari Shah Alam. Bertemu pemuda tahan lasak zhafir dan wahyudi yang menemaniku sampai keesokkan harinya. Kami overnite di sekitar KL sentral dan berakhir di sebuah mamak di Brickfields. Dalam jam 7.30 a.m, aku menaiki skybus ke LCCT cuma RM9 sahaja berbanding RM30 jika menaiki shuttle train dan turun di KLIA. Kalau anda naik bus dari KLIA ke LCCT pula, tambangnya RM2; aku dah jimat RM23.



Lebih kurang 50 minit aku sampai di LCCT. Terminal agak sibuk dan ramai. Aku terus pergi ke Foodgarden (taman makanan) yang terletak lebih kurang 50 meter dari bangunan Terminal. Di LCCT, kedai-kedai makanan yang dekat adalah lebih mahal dari kedai makan yang jauh. Malah, kedai makan yang jauh, teh tariknya jauh lebih sedap.

Dalam jam 1220, aku register masuk. Semasa dalam baris menunggu giliran, aku telah disapa oleh seorang makcik berumur dalam awal 50-an. Kami sempat bersembang. Dia berasal dari Banda yang baru sampai dari Penang untuk ’berobat’. Maksud ’berobat’ itu ialah mendapatkan rawatan kesihatan di salah sebuah pusat rawatan di Pulau Pinang.

Pesawat bernombor AK305 Banda Aceh berlepas jam 13:25 seat 26D. Di gate T8, aku duduk dalam keramaian manusia yang pelbagai rupa, bermacam ragam, ke destinasi yang berlainan. Padang-Bali-Phuket etcetc. Perbezaan yang ada di pintu T8 ialah hampir semua kaum ibunya bertudung dan berbaju labuh manakala lelaki, ada yang berbaju melayu dan berkopiah. Ini gambaran awal Aceh untuk aku.

Semasa duduk menunggu; seorang pemuda, berumur dalam lingkungan awal 30-an duduk disebelahku. Selang satu kerusi. Dia menegur aku semasa aku sedang membelek-belek peta Banda dan menyemak senarai hotel-hotel yang aku print siap dari rumah.

“Pertama kali ke Aceh?” dia bertanya.


“iya...” jawabku ringkas.


Kami berkenalan, namanya Heri, aku sempat bertanyakan serba sedikit info mengenai banda. Bila bertanyakan tentang hukum syariah yang dilaksanakan; katanya:


“Itu semua politik...”. Heri tersenyum.



Perbualan kami terhenti bila announcement sedia menaiki pesawat. Kami bersalaman dan mengambil barang masing-masing.

24 November 2010

sembang kosong

Hari-hari berlalu dengan cepat. rasanyalah. jam 7 pagi sampai jam 12 malam cuma kelip-kelip mata. semakin mata ini berkelip-kelip. kita sudah semakin tua. aku juga semakin tua. sama-sama tua. kehidupan mau sentiasa laju. cepat. kita dilatih? dimestikan? ...untuk siapkan beribu kerja dalam satu-satu masa. sebab tu ada yang mahukan agar kehidupan manusia, kehidupan kita dilambatkan sedikit agar kita dapat menikmati masa kualiti dengan keluarga dan teman-teman keliling.



aku semakin tahu bahawa kehidupan ini bukan terlalu mudah untuk ditempuh seorang-seorang. sebab tu kita perlu teman, kita perlu hiburan, kita perlu beribu macam lagi tools untuk digunakan. dimanfaatkan. tanggungjawab adalah sebahagian dari kehidupan. mungkin ada yang selesa mengambilnya sebagai pilihan. atau semuanya pilihan.

21 November 2010

di Aceh

Setelah makan tengahari berhampiran masjid baitulrahman selorong dengan pasar aceh, aku bergerak cari bilik. ”Disebelah belakang sana banyak...” kata penjual bakso tu. Jadi aku ke sebelah sana tu. Memang ada. yang 4 star punya hotel. budget...budget...! Cuaca sangat panas dan terik, aku sangat letih dan mengantuk cukup sebagai alasan aku untuk jadi malas. Akhirnya aku naik becak.

”Mas, bawa saya ke hotel murah, biaya yang kurang Rph100 ribu.”


Hotel pertama disinggah penuh. Hotel kedua juga penuh. Hotel ketiga adalah Hotel Bharat Aceh. Terletak di kawasan Peunayong.

“ Asalamulekom mas, ada bilik kosong?” –Ada…


Nasib baik ada kosong. Aku membayar tambang Rph30 ribu kepada mas becak setelah pusing-pusing cari hotel. Dia pergi. Aku masuk hotel.


Semasa pendaftaran hotel di kaunter, ada 3 orang lelaki jambu jaga kaunter. Salah seorang menanyakan KTP: Kartu Tanda Penduduk. KP untuk warga RI. Aku memberitahunya bahawa aku ni warga Malaysia, “Ini KP dan paspor saya…”


Dia diam dan memandang rakannya, kemudian rakannya itu menjelaskan sesuatu yang buat aku jadi bingung. “…kami harus buat laporan dahulu pada pimpinan sebab mas warga luar. Kalau pimpinan ada sekarang, mungkin boleh. Tapi sekarang pimpinan tiada disini.


Maksudnya ga boleh...?” tanya aku.


Kami harus melapor pada pimpinan dahulu mas...”


“Mas boleh telepon aja pada pimpinan mas…” tambah aku.


“oh..kami harus ke kantor…sekarang udah kesorean dan kantor tutup…”


”Maksudnya ga boleh kan? Tak apa, saya cari disebelah sana” aku senyum.


”iya, maaf ya mas, ini polisi kami...”


Okeh ga apa2, tiada masalah...makasih ya” aku senyum dan keluar. Aku jadi hairan. Pelik sangat polisi hotel ni. aku cuma nak tidur dan rehat.

Mungkin mereka ingat aku agen risikan kerajaan malaysia kot. Duh...malaysia dan aceh kan saudara! kok ribut-ribut apaan sih!-2009



*becak merupakan pengangkutan utama di aceh sekitar Banda dan kawasan-kawasan lainnya. Becak adalah beca bermotor.

17 November 2010

Darjeeling Limited 2007

one of my favourite film. Its a very nice film to enjoy!



16 November 2010

Ritual purba mesopotamia "Salam Iduladha"

Sambutan untuk sejarah Mesopotamia ribuan tahun dulu. Hari Allah menyeru Ibrahim membunuh anaknya. Kesedihan buat Ibrahim untuk Ismail yang bakal disembelih. Hari kritikal untuk seorang rasul dan bapa. Diingati.. disambut.. terus sehingga detik ini. Manusia-manusia membanjiri kawasan lapang ini disebuah hari cerah yang gilang gemilang. Hari keberlangsungan ritual purba yang diamanahkan. Hari ini hari untuk kita dan tuhan. Sebuah korban untuk tuhan. Sebuah korban untuk niat. Sebuah korban untuk nama. Mungkin. Kisah sebuah pertarungan untuk hidup. Setiap lembu itu menunggu detik kematiannya. Sehingga di hari kebangkitan, mereka akan menjadi tunggangan untuk hati yang ikhlas.

10 November 2010

syaitan dan karim itu

hari ini syaitan datang membisikkan kabar gembira untuk seluruh umat manusia! Syaitan telah memberitahu karim melalui mesejnya facebook. "Mesej dari syaitan bagi anak-anak adam. hawa juga, termasuk orang-orang kafir.".

"Apa???" karim terkejut. Dia memegang dadanya. bukan! Bahagian kiri jantungnya! Dia terlalu terkejut sehingga terasa pening-pening lalat. Darahnya naik. Exited sangat sehingga membacanya berulang-ulang kali. 30 kali dia membaca mesej dari syaitan itu. Astaghfirullah! Benarkah?! Lalu karim memutuskan untuk membuat temujanji. Dia ingin bertemu dengan syaitan untuk memastikan perkhabaran itu benar.

dia bertemu syaitan di buntong. Sebuah tempat di ipoh. Di buntong dia bertemu syaitan di atas sebuah bukit. "Ya benar". Aku melantik kamu menjadi nabi dan berusahalah demi umat manusia. Karim tunduk kemudian melutut tetapi tidak menyembah syaitan. cuma melutut tunduk tanda hormat.

cerita karim dan syaitan tidak terhenti di buntong. Karim kemudian ke chemor dan balik ke kuala lumpur. 2 minggu selepas karim dilantik menjadi 'nabi'. dia bertemu syaitan sekali lagi di taman berhampiran KLCC dan cuba bergelut dengan syaitan untuk menjadi tuhan pula.

02 November 2010

Balik ipoh

Sekali lagi aku pindah. rumah di seksyen 17 baru sahaja 4 bulan duduk. disebabkan kesihatan aku tidak menentu ditambah dengan masalah ekonomi. aku, mei dan boy terpaksa sekali lagi pindah. terima kasih teramat sangat buat eddy, zhafir, daniel, asyer yang dah bersusah payah sampai ponteng kerja tolong aku pindah rumah. 1 Nov 2010 selesai urusan pindah. cuma ada hutang lagi rm150 kepada mr rames. tak apalah, lepas deepavali aku bayar hutang-hutang dia...banyak jugak barang-barang yang boleh pakai aku tinggal. Sekarang, Mei duduk di rumah megat, boy di rumah eddy dan aku balik ipoh.

aku sangat sedih. aku sms wahyudi.. wahyudi kata..."rileks la bro..get over it...". ya aku faham. tapi semua ni berlaku secara drastik, kelam kabut dan tunggang langgang. Setelah bermastautin 6 tahun di shah alam. 'akhirnya' aku balik kampung macam tu sahaja tangan kosong..tak ada duit... tak ada saving... tak ada kerja.. meninggalkan kawan-kawan dan komuniti yang aku sayang... kadang-kadng terasa diri macam aku ni lelaki bebal.. useless.. bodoh..tapi, nak buat macam mana... adakah aku tersepit dalam ruang yang aku cipta? karma??? entahlah... Situasi ini sangat menyedihkan dan menyakitkan hati. apapun aku terpaksa.

aku rasa sangat bersalah pada boy... dulu aku pernah bagi tau dia, datang la shah alam... belajar sini.. duduk sekali... senang. then, bila dia dah dapat sambung belajar di shah alam dan meninggalkan ipoh. dalam tempoh lebihkurang setahun, aku pulak yang pindah. dan boy mau atau tidak, terpaksa menetap di shah alam juga. mujur ada eddy, aishah yang banyak bagi bantuan.

dengan izin tuhan aku positif untuk sembuh dan sihat seperti sediakala. aku sedaya upaya akan cuma untuk keep in touch dengan shah alam. Aku mohon, korang yang baca ni doa-doakan aku agar cepat sembuh fizikal dan emosi.

02 October 2010

aku satu

aku menanggung beban karma lalu.
pedih, masam, pahit, lara, duka, suka..
rebab yang berbunyi sumbang..
seruling yang menyanyi sayu..
suara-suara jadi bisu kelu..
aku hela nafasku..
aku hela lagi nafasku...sedalam ini..
merenung kedalam diri dan hidup..
melalui bekas-bekas berahi..
lopak-lopak luka..
'dahulu' aku maksimumkan segalanya...
apa yang sekarang ini terhimpun? entah!?
aku percaya..
semuanya adalah permulaan..
takkan sampai lagi pada noktah mungkin..

15 September 2010

mendung di cameron highland

Perjalanan rasa jauh sangat bila terhenjut-henjut dalam bas yang mendaki jalan raya simpang pulai-lojing. Bila sampai untuk mendaki, bas ini akan jadi macam kura-kura. sangat perlahan dan terketar-ketar. aku jadi lenguh, nak terkencing, semua ada. mujurlah tak ramai orang yang naik. boleh jugak tukar-tukar tempat duduk. bas ini menusur jalan-jalan lebar yang bersimpang siur dan melalui kawasan perkampungan orang asal sesekali akan terlihat gerai-gerai kecil orang asal menjual petai dan buah2 hutan dan orang berhenti menadah air yang turun di kaki bukit. hari ini pemandangan sepanjang perjalanan teduh dan udaranya nyaman. Bas tua yang aku naiki ini tak mahal, Ipoh - cameron cuma RM10.30. Tapi kalau khidmat bas ini semuanya ditukar dengan bas baru, akan hilanglah sentimental value cameron highland. kot. sepertimana penjara pudu kena roboh, orang yang merobohkan itu memang bodoh.

Aku tiba di cameron highlands menaiki bas kinta dari ipoh jam 11 pagi. Sejak jam 10 pagi lagi aku dah sampai di stesyen bas ini. Stesuen Bas Ipoh-Medan kidd adalah sebuah stesyen bas lama tahun 70-an. Stesen bas ini tetap teguh berdiri dan masih kekal klasik dengan manusia-manusia yang tetap sama-sama menunggu nak ke Taiping-Kuala-Kangsar-Teluk Anson-Lenggong-sekitar Ipoh. Azmil tak sempat sampai dari Kampar dan turun di Chandan Desa saja.

Cameron mendung selepas hujan dan kemudian hujan lagi menjadikan kawasan ini betul-betul nyaman dan sejuk. Azan isyak dilaungkan dan kedengaran sayup-sayup membelah hujan di pekan brinchang ini. Azmil sedang menikmati nasi tomato yang dibeli dari pasarmalam tadi dan aku terkaku dalam sejuk malam ditemani teh panas dan jagung bakar.

12 September 2010

awan gelap

yang berani menentang ketakutan
dimana saja-dimanapun
apapun-apa cara sekalipun
ketakutan adalah awan gelap
yang dalamnya ada air yang betakung
bila air itu turun membasahi tubuhku-tubuhmu
kita basah

08 September 2010

Ipoh mali tarak sombong

Petang ini redup dengan cuaca sejuk-sejuk. Semalam sampai dari Kuala Lumpur. Meninggalkan segala beban-bebal yang membusuk. Lega. Jam 2 tadi sempat ke Ulu Chepor dengan adikku hamizan untuk mandi berendam. Dengan harapan sakit yang aku hadapi jadi neutral pulang pulih kepada alam, biar aku cepat-cepat sembuh. Karut marut atau khurafat...bukan. Ini adalah bahasa tanpa lidah. Macam yang pernah Isham cakap... bahasa tubuh. Katanya lagi : Dulu-dulu kat negeri sembilan...orang kawin betepung tawar sampai ada yang guna darah kambing. Tapi zaman sekarang orang kata syirik, khurafat walhal ia cuma sebagai 'bahasa' dan ucap selamat.

Di ipoh, jalan-jalan yang aku lalui ini adalah jalan yang penuh dengan nostalgia. Setiap kali hari raya, kita semua akan dipalit dengan nostalgia. Ini sebuah budaya yang tetap. Ipoh merupakan sebuah bandar yang klasik. Masih ada lagi mamak jual gulai dalam besen dekat loken lama tepi sungai kinta. Sekarang ni loken dah pindah belakang ocean Kalau pergi ke Super Kinta dekat Yik Foong, cari tempat nyonya jual kopi bikin sendiri.. mesti ada uncle-uncle tua main Erhu. Bila dengar ianya digesek, akan menusuk ke dalam hati. angin yang bertiup dan senja nan kuning. Sekali lagi menggamit nostalgia tahun 50-60-an.

selamat berbuka puasa!

05 September 2010

ketakutan pembunuh

Aku telah sedar dari sebuah sudut yang sangat jauh dan sunyi. hampir tiada langsung terfikir. sebab kematian telah melenyapkan segalanya. sebab kematian itu terlalu dekat. tapi rupa-rupanya ... bayang kematian itu telah menipu aku mungkin beratus-ratus kali atau beribu-ribu kali. aku silap. kelmarin aku sedar...ia bukan kematian. ia adalah ketakutan. Ketakutan itu yang membunuh! ketakutan telah menipu aku!

semalam. aku menemui hakikat. katanya "kamu harus mengambil hikmah dari semua ini... mungkin ia kifarah... dan kamu masih tak terlalu jauh untuk membetulkan kompas... betulkan kompas kamu. jalan ini sangat abstrak! pilihlah jalan yang kamu senang dengannya" dia berkata dengan perlahan dan tegas. Di bilik dingin itu, dia merenung aku, dan aku memandang matanya. disana ada titik cahaya yang infiniti!

01 September 2010

Selamat Merdeka

Dari blog tukar tiub;

MERDEKA :

laungan merdeka datangnya dari KMM – kesatuan melayu muda yang ditubuh pada tahun 1938. parti melayu kiri pertama yang mengerakan nasionalisma melayu. parti ini di haram kan oleh penjajah british. bila KMM haram maka british menubuhkan gerombolan.

lihat tarikh gerombolan lama ditubuhkan pada tahun 1946.

KMM melaungkan MERDEKA ! untuk tanah melayu

gerombolan lama meluangkan hidup melayu ! kerana ketika itu kurang rasuah untuk beli oxygen


MERDEKA TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH:

ini bohong. ini tipu besar. ini lebong.

ini sengaja di sebarkan oleh gerombolan.

parti komunis, angkatan pemuda insaf, awas, peta adalah antara puluhan organisasi
yang angkat senjata melawan british. beratus ribu yang gugur tewas
mengabadikan darah mereka untuk kelahiran malaya yang merdeka.

kalau tak percaya tanya robert kouk yang kaya raya itu. adik dia gugur
di hutan pahang.

kalau tak percaya tanya dj radio stesen china yang baru kena buang itu.
arwah emak dia angkat senjata.

ini perang kolonial yang amat besar sehinggakan memufliskan
great britain. sila rujuk buku sejarah. jangan malas membaca.

SINGAPURA:

singapura adalah sebahagian dari tanah melayu. nama lamanya temasek.
sama seperti pulau pinang , langkawi, pulau babi besar,
pulau bidong, pulau kapas dan pulau pulau yang lain di semenjanjung

united malays national organistion belot dan memberikan pulau ini
kepada british pada tahun 1957 seperti hong kong jadi wilayah kolonial.

parti komunis, parti buruh, parti rakyat, dan pas - menentang malaysia
kerana ini adalah projek british.

parti parti ini menentang singapura masuk malaysia kerana ini kerja bodoh.
tidak mungkin pulau pinang masuk malaysia atau pulau bidong masuk malaysia.
singapura adalah sebahagian dari tanah melayu. pulau ini sebahagian dari johor.


31 OGOS HARI APA ?

31 ogos bukan hari malaysia. ini hari cuti umum untuk bangun lambat.
16 september ialah hari malaysia – sila tanya warga sabah dan serawak.

SABAH DAN SERAWAK

tidak ada pertalian sejarah dan budaya dengan tanah melayu. sila rujuk
sejarah melayu – tidak ada langsung disebut sabah atau serawak dalam kitab ini.

LAGU NEGARA KU

lagi ini di ciplak dari lagu TERANG BULAN lagu indonesia.
ketika konfontasi 1963 – bung karno memainkan lagu terang bulan ini
di radio republik indonesia. lagu terang bulan ini berasal dari lagu peranchis
memula moon.

JALUR GEMILANG

ini juga di ciplak dari bendera amerika. motif bendera ini tidak ada
langsung kaitan dengan sejarah negara bangsa.

motif nusanatra ialah merah putih – motif ini adalah kesinambungan sejarah
sri vijaya dan langkasuka. contohnya bendera indonesia, singapura dan bendera united malays national organisation sendiri – mengguna kan motif ini.


HAKIKATNYA:

generasi muda wajib mengetahui dan membetulkan sejarah.

lagu nasional baru wajib di garap
bendera baru wajib di garap

lagu dan bendera baru ini wajib melambangkan pensejarahan negara
bangsa di bumi melayu bukan ciplakan yang menjadi kemarahan
orang lain.

nota:
gerombolan bukan parti nasionalis yang berjuang untuk melayu
kalau nasionalis kenapa namanya UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATIONSkah kah kah

21 August 2010

sobatku dah balik kampung...jauh!

Aku sangat merindukan saat-saat kami berjalan sama-sama meredah keramaian manusia di petaling street. duduk di kedai kopi berhampiran sambil minum-minum dan makan-makan. setiap pertemuan kami disini kami akan berbincang gebang banyak hal. lagi-lagi yang berkaitan dengan sastera; baru, lama, politik serta cabaran masa depan generasi 'x' kini-poyo. cuma aku yang kurang knowledge sikit pasal hal-hal sastera ni. Kalau pertemuan kami malam, kami akan singgah makan nasi goreng itik gantung atau lepak di beatles aja.

Pertemuan-demi pertemuan, banyak jam habis dari petang hingga ke malam. lama-kelamaan terus ke shah alam sahaja. dari shah alam bermulanya permulaan baru untuk kami dengan terbitnya litzine gudang garam yang pertama sebelum fraganfrantik dan gudang garam II. pembikinanya aku boleh kata dengan keadaan kelam kabut dan kesempitan wang tetapi berjaya mengisi perut-perut kosong kami. kalau antara kami yangkaya sikit, dia akan belanja minum di K.l. lepas tu.

Petang itu dia sms aku bahawa dia dia akan balik kampung malam ni. Aku kata tunggula aku jangan balik lagi. Ya katanya balik malam nanti. flight jam 7 lebih pagi. so di kena stay awal kat lcct takut terlepas. Aku ingat lagi pertemuan pertama di beatles bar yang sekarang ni dah tutup. Rico pun dah blah keje tempat lain manakala Iee tak terjaga sorang-sorang. Tanpa zhafir aku takkan tau sapa mamat ni. malah takkan bertemu dengannya. wahyudi my. jangan buat hal dengan dia, atau kau akan kena maki kena batang hidung sendiri padan muka kau la. tapi satu perkara yang sangat terkesankan di hati aku malah mungkin oleh orang lain yang rapat dengannya. bahawa wahyudi sorang sahabat yang sangat caring dan sangat baik. sanggup mengorbankan apapun untuk teman-temannya walaupun dia tau bahawa temannya mungkin tak dapatm enolongnya dalam kesusahan. aku tau, kalau dia baca tulisan aku kat sini dia akan kata 'babi'.

sekarang dia sudah pulang kekampung halamannya di tawau. mungkin akan terus ke sulawesi selatan selepas raya ni. katanya mau "settle down kot..." sambil tersengih-sengih. aku tidak tahu entah bila lagi aku akan bertemu dengannya. mungkin aku akan kesana atau dia akan dapat kerja disini aku tak mau buat sebarang andaian. tapi aku percaya kami akan bertemu semula selang beberapa ketika nanti. aku pasti, zhafir, edy, shafiq, jimmy, dila, mei dan boy akan merindukan bebelan dia. malam itu di shah alam, tren tiba, kami bersalaman dan berpeluk, dia pergi dan air mataku hampir luruh berjurai-jurai.

16 August 2010

Buka puasa

Langit redup. Angin berhembus. abang, kakak, makcik pakcik. Senja ini kita pesta lagi.

08 August 2010

Dapatkan Jargon


Ini adalah Jargon. Sebuah litbook~litzine terbitan JargonBooks yang telah dicetak untuk kali kedua. Cetakan pertama adalah pada Jun 2010. 120 mukasurat @ rm13 sahaja. Menggabungkan 12 penulis yang kuat bermetafor dan mencarut sehingga pada suatu hari salah seorang daripada mereka telah hilang mungkin terbang atau diculik.
Untuk mendapatkannya sila hubungi 012-9383427 atau
kontak terus melalui emel di jargonbook@gmail.com

07 August 2010

bukan titik

kita telah sampai sebuah titik. sebenarnya, titik itu bukan titik. bukan noktah.bukan. apabila sepasang malaikat mengibas sayapnya... atau burung atau air hujan..baru kita sadar bahwa kita berada dalam sebuah jalur yang infinit. baru kita sadar bahwa kita berada dalam sebuah jalur yang infinit. kita berjalan bersamanya. samada kiri kanan depan belakang... kita berada dalam jalur infinit tersebut. tiada keluar. tiada masuk. bersama jalur itu kita berada. semakin kedepan... semakin kebelakang kita meninggalkan masa? atau semakin kebelakang masa.... kita sudah ada di depan? sama. sama. kita tetap melalui jalur infinit itu sampai bila-bila? menjadi mangsa? dalam sebuah titik yang satu?

31 July 2010

aku sedang sakit

lama aku tak update. telinga aku dah seharian berdengung. toooooooooooooooot. memang jelas. itu dengung! pada sebuah malam yang sepi. malam 20 jun 2010. (malam bukan jumaat kliwon) lingkungan jam 2 pagi. aku baru pulang beli ubat nyamuk dan bungkus gulai untuk makan malam. suasana sangat nyaman dan tenang. aku sampai ke bawah rumah; flat PKNS seksyen 17. turun dari motor dan tiba-tiba pandanganku goyang. macam naik sampan. dadaku panas, dan semena-mena jantungku kencang. lutut jadi longlai, tubuh jadi lemah. aku berpaut pada motor. soalan pertama aku. "Aku nak mati kah?" Aku cuba tenangkan diri...tapi tak boleh... aku gagahkan untuk berjalan... kepala makin pusing...

Disitu ada dua orang lelaki yang aku tak kenal. aku panggil... "bro tolong saya...tiba-tiba jadi goyang...boleh panggilkan adik saya....tingkat 3 no. 405...". Lelaki itu tenangkan aku. Dudukkan aku disebuah rak kayu. "bang...relaks...tarik nafas...relaks...blablabla" Aku jadi tenang, cuma jantungku masih laju berdebar. Apabila Mei, adik aku turun, aku siap untuk ke klinik.... kami bersalam. aku mengucapkan terima kasih kepada mereka. Stranger itu adalah Adam dan Lan. mereka kemudiannya pergi meninggalkan aku dan mei.

23 May 2010

28 hari: Jurnal Rock n Roll -Mohd Jayzuan


Tawaran Istimewa untuk pra pesanan buku Mohd Jayzuan, 28 Hari: Jurnal Rock n Roll. Jika dipesan dan bayaran dibuat sebelum hari pelancaran (yakni 12 Jun 2010) anda akan mendapat harga istimewa RM10 (Harga jualan RM15). temasuk pos biasa di Semenanjung/Sabah/Sarawak.

Untuk merebut peluang ini:

1.Masukkan RM10 ke akaun berikut (lebih pun tak mengapa sebagai tanda sokongan :):
nama: irman b noor
no akaun : 162085468109 (maybank)

2. Lampirkan bukti pembayaran melalui emel (dvinecomedy di hotmail dot com)

3. Sila nyatakan samada anda mahu ianya dipos atau mahu mendapatkannya terus di hari pelancaran.


---------------------------------------------------------------------------------------------

Mohd Jayzuan akan mengeluarkan buku pertamanya yang bertajuk, '28 Hari: Jurnal Rock n' Roll'. Sebuah buku yang menceritakan pengalamannya mengembara mengelilingi Semenanjung Malaysia seorang diri.

Buku tersebut menceritakan tentang apa yang dilaluinya sepanjang perjalanan dan sebab-sebab mengapa dia mula mengembara.

Pelancaran akan dilancarkan oleh Fathullah Luqman Yusuff.

Buku tersebut adalah rilisan terbaru daripada Sang Freud Press.

Persembahan akustik oleh D'Mamat, Ainul Aishah dan Faan.

12 JUN 2010
1-2pm
Galeri Anexxe, Central Market

06 May 2010

kemarau

Sudah 5 hari, cuaca sangat panas. Matahari memancar tanpa belas. Air ditasik shah alam semakin surut. Dalam setiap 10 minit air ditasik susut. Binatang-binatang seperti anjing, kucing, tikus banyak mati bergelimpangan di kaki lima kedai-kedai dan di tepi-tepi restoran sebab terhidrat. pusat membeli belah penuh sesak dengan pengunjung sebab sejuk. Jualan aircond meningkat sehingga 500% dari jualan biasa. Orang-orang miskin yang tidak dapat membeli aircond cukup sekadar duduk-duduk. Hari ini menjadi sejarah sebab suhu kepanasan mencecah 50 darjah celcius.

pokok2 ditaman sudah layu. sampaikan ada yang terbakar.

peniaga2 mengambil kesempatan menjual air minuman dan air mandi sejuk disepanjang jalan-jalan dibandar. kerajaan memutuskan untuk mengishtiharkan darurat manakala Dahlia sedang bersiar-siar bersama teman lelakinya di tepi tasik.

"Banyaknya ikan melompat!!! Air mula berasap. dan ikan yang mati mula timbul". mereka kehairanan kemudian tersenyum memandang satu sama yang lain. Dahlia dan Rudi baru saja bercouple 3 hari lepas. sambil jalan2 di taman tasik shah alam mereka sempat mengambil gambar kenangan berlatarkan pokok2 yang layu dan ikan2 yang mula timbul. mereka senyum dan kelihatan ceria.

23 April 2010

Kotak Hitam 2.0- MIMPilem

PARADOKS dengan Kerjasama baik FRINJAN menganjurkan :

Majlis : Kotak Hitam 2.0- MIMPilem
Tarikh : 24 April 2010
Tempat : MAPKL, Solaris Dutamas Mount Kiara. Kuala Lumpur.
Masa :
5 petang - pelancaran buku (Sultan Pun Blog)
7 malam - tayangan filem "Selepas Tsunami"
8 malam - Mimpilem (aneka short filem)

Sebanyak 8 filem pendek akan ditayangkan dan akan direhatkan juga minda dengan persembahan akustik yang hebak hebak!

Filem Pendek :
Destinasi arahan Tasyrif Tajudin
Good Bye Yap Ah Loy arahan Lemon Fong
Sejambak Bungan Raya Merah Dari Adam Buat Ivana arahan Lizard@Haf Dzi Sofi
Pintu Ke Pintu arahan Alif Ihsan
Rasa arahan HOCY
Goh Pak! Goh Cak! arahan Najib Khalid
Rona Maya arahan Amer Zaman

Akustik :
Roy (Pengarah Muzik Nautika)
Salina (Kumpulan Cikgu Cikgu)
Razif The Momo (Budak Paradoks Yang Satu Lagi)
Maqruf Lim

Juga Pelancaran demo Roy berjudul "Sad By Damned" terbitan Paradoks Record. Lagu Hits "Sisa" dari teater Nautika dan "Kembali",, serta semua lagu nya hits...

Semua dijemput hadir dan bawa sekali orang yang anda sayangi bersama. Namun awas, haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk.

For More Info ~ cewah cakap omputih.
http://pakatanparadoks.blogspot.com/
http://www.frinjan.net

dan peta untuk kesana

http://www.mapkl.org

http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=Jalan%20Dutamas%201%2C%20Kuala%20Lumpur%2C%20Malaysia (cari belakang masjid)

20 April 2010

CATATAN BEBAS PENULIS PINGGIRAN

Oleh HAFIZ HAMZAH
jelirda@gmail.com

KETIKA Kuala Lumpur sedang hanyut ditelan gelap malam-malam hangatnya, masih ada orang yang mahu bangkit dan membayangkan bermacam-macam perkara dan tidak memilih tidur.

Tentu sekali, dalam keadaan yang langsung tidak kondusif, tiada kemegahan material dan kekosongan jiwa melampau, kata-kata yang melayang di depan akal pasti saja menjadi hal yang sangat dialu-alukan. Kemudian ditangkap dan dicoretkan ke atas lembar kertas untuk diri sendiri.

Waktu ini, ada sekelompok penulis bebas yang bergerak sendiri. Dengan sumber yang terhad, menerbitkan sendiri jurnal-jurnal pinggiran sebagai ubat kepada bangkangan mereka terhadap bahan-bahan bacaan menjemukan yang berlonggok di kedai-kedai buku, terutama sekali penerbitan berbahasa Melayu.

Dalam tempoh kurang setahun, mereka sudah menerbitkan empat judul cetakan independen; GudangGaram, Fragranfrantik, GudangGaram2 dan Distorsi. Pakej bagi semua catatan ini amat minimal. Dicetak di atas kertas A4 yang dilipat dua dan semuanya adalah salinan fotostat hitam putih.

Namun begitu, di sebalik semua kekurangan yang bagi sesetengah orang menjengkelkan, ada beberapa perkara yang terkandung di dalamnya yang akan membuatkan pembacanya tersenyum.

Dalam satu acara seni skala kecil, saya menemukan judul pertama yang mereka terbitkan, GudangGaram. Walaupun sering terganggu dengan penampilan fizikalnya, perhatian kita tetap akan terpaut pada beberapa perkara yang menghiasi ruang dalamannya. Tidak semuanya kuat, tetapi ada beberapa yang akan menambat hati.

Kekecewaan dan harapan

Berbekalkan naskhah itu, saya perlahan-lahan cuba memahami pendirian mereka. Setidak-tidaknya dalam lingkaran penulisan dan sastera. Mereka bercerita tentang kekecewaan yang di hujungnya masih hadir sebuah harapan.

Cerpen-cerpen dan prosa yang terkandung misalnya, dengan lenggok yang kering dan kadang kala basah, tetap mahu berterus-terang tanpa segan silu. Hal ini tentu sekali tidak akan disenangi ramai orang, terutama bagi penganut faham bahasa dan sastera konservatif dan tradisional.

Kemudian, dalam judul Fragranfrantik, kita akan bertemu dengan kesenangan. Teks dengan selang-seli ilustrasi menghias lembar muka suratnya dari beberapa aspek dirasakan mungkin terbitan terbaik mereka setakat ini.

Apa yang terkandung di dalamnya secara zahir mungkin catatan-catatan sambil lewa. Tetapi jika dilihat betul-betul dengan tenang, ia banyak sekali mengundang permenungan dan cerminan yang tidak akan diperoleh di tempat-tempat lain. Apatah lagi daripada novel popular, misalnya.

Bagaimanapun, dua terbitan yang menyusul selepas itu kelihatan sedikit longgar berbanding naskhah sebelumnya. Mereka seperti sudah mula membuka lingkaran untuk meresap tulisan-tulisan daripada teman-teman lain yang mempunyai warna dan latar yang mungkin berbeza. Mungkin juga ia diterbitkan dalam keadaan tergopoh-gapah sehingga hilang estetika 'rabak' yang menghuni dua judul awal itu.


SELAIN Fragranfrantik yang disifatkan sebagai naskhah terbaik, tiga judul ini turut dihasilkan dalam tempoh kurang setahun.


Iltizam menulis

Saya teringatkan kesungguhan seorang daripada mereka. Di sebuah rumah di Jalan Terasek waktu itu, dia bersendiri. Tak berduit, hanya ada sepotong nyawa untuk meneruskan hidup. Di kamar, beberapa buah buku bersepah di atas lantai. Tentu sahaja daripada tajuk-tajuk yang menggema semangat muda dan penulisan yang melanggar norma-norma biasa pemahaman kita tentang bahasa.

Di satu sudut, sebuah mesin taip tersadai. "Tak boleh pakai, katrij dah habis dakwat," katanya. Sementara laci plastik berhampiran mesin taip itu tersimpan bergulung-gulung kertas terpakai yang telah siap dihuni oleh ayat-ayat penulisnya.

Jadi, saya faham kenapa dakwatnya sudah habis. Kerana orang ini betul-betul menggantung diri kepada segala sumber yang ada untuk mengumpul dan menumpahkan tenaganya kepada satu perkara ini yang diyakininya, menemukan kebahagiaan dengan menulis.

Lantas waktu itu saya terbayangkan Jack Kerouac, penulis era Beat Generation ketika menyiapkan novel On The Road. Beliau menghimpun semua tulisan dalam satu skrol panjang yang siap ditaip.

Orang itu, Amaluddin Zhafir, punya iltizam untuk menjadi penulis. Pastinya daripada kelompok tersebut, dia bukanlah yang pertama atau terakhir.

Ada lagi beberapa penulis muda, yang jika bersungguh-sungguh merentang arus dan komited boleh saja muncul di permukaan dan merimaskan kalangan penulis kebanyakan yang tidak berani. Dia juga seorang daripada finalis yang dicalonkan untuk Anugerah Bakat Muda Selangor 2010 bagi kategori sajak.

Diam-diam kita akan hanyut ketika sekali-sekala memasuki dunia minimal seperti yang dipotretkan oleh kelompok Fragran ini.

Memang usaha, tulisan atau apa sahaja tentang mereka masih belum boleh diangkat melambung tinggi. Namun, jika ada segelintir daripada mereka benar-benar mahu menghambakan diri kepada kata-kata, harapan yang tinggi kini sudah tergalas di bahu.

Harapnya, mereka tidak hanya main-main tanpa arah tujuan dan apabila sampai di pertengahan jalan, tidak tahu lagi apa yang hendak dibuat.

Empat jurnal independen ini berhak mendapat ruang dan peluang untuk menemui seberapa ramai khalayak pembacanya. Untuk menghubungi kelompok ini bagi sebarang pertanyaan, e-mel mereka di fragranfrantik@gmail.com.

(Sumber: sila klik sini)

15 April 2010

Apaapa

Bebas itu subjektif. Agama juga subjektif. Tuhan juga subjektif. Hutang adalah mutlak. Keadilan adalah subjektif dan relevan. Kesamarataan juga subjektif dan bullshit.

05 April 2010

Litzine Distorsi





















Sebuah teks jika boleh diibaratkan seperti sebuah orkestra, bakal mengandungi segala macam bunyi dari segala jenis alat muzik. Di sana suatu harmoni dari rencam ini hadir sebagai pesona yang menggagumkan. Aneh, tapi mengagumkan. Patah kalimat yang pada satu-satu koherensi tertentu menggetarkan pembaca, membawa pembaca ke suatu ruang baru, yang barangkali asing. Demikian sejak kehidupan manusia ditentukan oleh (betapa buruk) situasinya, waktu berjalan seiiring dengan cenderungnya ruang ini luput dan melahirkan bentuk-bentuk baru sehingga kadang substansi yang mengisinya terpisah begitu saja. Heresy of paraphase, dimana bentuk dan isi boleh terpisahkan tanpa menimbangkan kod-kod moral penulisan.

Gaya (meminjam istilah Ferdinand Celine) pengucapan sebuah teks melalui fasa gentingnya, setidaknya mengambil contoh yang terjadi di Amerika sekitar 1950an dimana kelompok penulis Beat Generation yang terdiri daripada penyair dan novelis menggoncang dunia sastra Amerika waktu itu. Beatniks melancarkan counter-culture, mengkritik ’kesantunan’ masyarakat borjuis dengan memparodikan kehidupan yang dianggap sangat liar seperti menolak mencari pekerjaan tetap, meminum alkohol, mengkonsumsi narkoba, sehinggalah meninggalkan gereja dan menjadi pengikut ajaran spiritual Timur (hinduisme dan buddhisme). Perkembangan ini membawa maksud penolakan terhadap sistem politik dan sosial masyarakat Amerika waktu itu.

Apa yang dilakukan Beatniks semacam disotrsi kepada harmoni teks. Karya-karya Beatniks ketika itu tidak ditanggapi oleh para sastrawan dan kritikus sebagai ”karya sastra” kerana bentuk dan isinya yang terlalu bebas. Mereka menulis puisi dan novel, tidak hanya melanggar dan mengkucarkacirkan kod-kod penulisan yang telah dibangun oleh penulis-penulis sebelumnya, tapi juga membawa nafas baru kepada sastra kontemporer Amerika, seperti yang ditanggapi ketika ini.

* * *

Jurnal Distorsi, jurnal ke-4 dari Fragranfrantik, sangatlah jauh untuk dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Beatniks di Amerika. Bahkan, bukanlah jurnal terbaik bagi yang mencari kelainan dari bosannya penulisan perdana. Jurnal Distorsi, usaha kecil yang dilakukan oleh orang-orang kecil untuk menyediakan ruang bagi tulisan-tulisan yang bakal dibuang dalam bakul sampah editor DBP. Pengecaman tanpa penganjuran bacaan lain yang dapat merawat kemandulan kreasi, ketandusan idea, dan keseragaman bentuk, apalagi dengan giatnya pengharaman buku tanpa penjelasan khusus, hanyalah pembunuhan kepada benih-benih idea penulisan baru yang barangkali di masa depan dapat menyumbang kepada korpus ilmu pengetahuan yang sedia minimum. Kerana betapa bodohpun usaha seperti ini, harus ada yang melakukannya. Kata-kata yang ’kurang-sopan’, kasar, erotis, dan kata-kata yang dianggap kurang bermoral lainnya bakal anda temukan dalam helaian muka surat jurnal ini. Sebelum melulu menjadi moralis bahasa, cermatilah dari kedua sisi sebagaimana seharusnya.



*harga rm5 utk membeli emel : fragranfrantik@gmail.com

24 March 2010

MAP Arts Festival

MAP – KL’s New Arts Platform

MAP is opening its doors on the 27th of March 2010 with a 2-day arts festival. Activities include music, art, sculpture, performances, installations, talks, workshops and art markets alongside social and individual empowerment activities. The festival will introduce MAP’s two spaces: a 6,000 sq ft gallery and a 200-seater experimental theatre named the White Box and Black Box respectively.

In the works is an exciting program of community oriented activities that encompasses the widest possible diversity of creative content. MAP will provide opportunities for arts and cultural producers from multidisciplinary backgrounds. As a meeting point between artists, curators, critics and the public, it will serve as a catalyst for the exchange and exploration of contemporary ideas.

MAP is located in Solaris Dutamas. Details can be obtained via their website, www.mapkl.org or call Alex at 019-3222932, Erna at 012-2310961 or Sze at 013-3330852.

FREE ADMISSION TO ALL EVENTS

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SCHEDULE OF PERFORMANCES

March 27 (SATURDAY)

WHITE BOX (art gallery)

4pm - 5pm
Lecturer, journalist and artist Sharaad Kuttan moderates a talk with architect Anand Krishnan entitled “Proposals for Our Cities”
Proposals for our cities – is a series of ideas to improve the quality of urban life for the denizens of Malaysian cities. The series opens with architect Anand Krishnan who will be speaking on the notion of “pocket spaces” as principle that might help generate coherence in our urban landscape. Anand, who also lectures on architecture, was involved in the planning of our newest city Putrajaya.


5.30pm - 6pm
Is This Love or Burden by Aisyah Baharuddin (Lost Generation Space)
Aisyah Baharuddin is a fine art graduate from UITM. She co-founded TIGA (Tindakan Gerak Asuh) which consists of three core members, all of whom are full time artists. Is This Love or Burden speaks of the unspoken bond of love between a child and the mother.


6pm - 6.30pm
Hukuman (Judged) by Intan Rafizah (Lost Generation Space)
Intan Rafiza is also a fine art graduate from UITM. She is well-known for her captivating live performances which focuses mainly on gender issues. Hukuman (Judged) explores the current issue of caning of women in Malaysia.


6.30pm - 7.30pm
Poetry Underground Collective
Poetry Underground is a group of people with different principles and backgrounds yet who possess the same passion for poetry. In this event, Poetry Underground will look into the confluence of the spoken word and visual art, specifically in its relations with the individual and the society. The performers are Catalina Rembuyan, Hazlan Zakaria, Kathleen Choo, Reza Rosli, Sheena Baharuddin and Tshiung Han See.


7.30pm
Opening of “Once Upon a Time in Malaysia” group art exhibition curated by Arteri
Arteri presents the launch of the MAP arts space with a group exhibition “Once Upon a Time in Malaysia”. Drawing upon the popular medium of story-telling, it features emerging artists from Malaysia, looking at how the diversity of the Malaysian narrative shape the way we understand ourselves and one another. The 28-artist exhibition will showcase works by some of the most established names in the Malaysian art world such as Wong Hoy Cheong, Bayu Utomo Radjikin, Ahmad Fuad Osman, Hamir Soib. In addition to this, a large part of the exhibition will also be dedicated for the introduction of emerging talents such as Samsudin Wahab, Shieko Reto, Saiful Razman, Phuan Thai Meng, Melissa Lin, Poodien, Rahmat Haron and Ilham Fadhli.


8pm - 8.30pm
Butoh dance by Nyoba Kan Dance Company
This full length piece is one of a three-part Butoh performance which was based on the themes of creation, human desires and immaculate illusions; “The Birth”, “Eight Ways of Suffering” and “Reflection of the Moon in The Water”. The same title and idea had been re-constructed by Lee Swee Keong and was performed in Bangkok Butoh Festival 2009. This time, Kiea Kuan Nam together with Yeow Lai Chee will perform “The Birth” which concerns a mythic cosmogony of all existence, and mix with the element of Japanese “Noh Theatre” and Latin “flamingo” dance to create a totally new outfit, new breath and new image of the piece. This is to let the audiences to expose the “colorful side” of Butoh.


8.30pm - 9.30pm
Readings by Bernice Chauly in conjunction with Earth Hour
Bernice Chauly is a poet, writer, photographer, actor, lecturer and sometime filmmaker. She has been active in the KL arts scene for over 18 years. She has published two collections of poetry, going there and coming back(1997) and The Book of Sins (2008) and a collection of short stories, Lost in KL (2008). She is currently writing a memoir of her family history, tentatively called Growing Up with Ghosts. Readings is a monthly live literature events organised by Bernice Chauly and Sharon Bakar. Other performers include Jit Murad, Dina Zaman, Alfian Sa’at, Salleh Ben Joned and Kam Raslan.


9.30pm - 10pm
Jazz saxophonist with Azmi Hairudin and Christophe Turchi
Azmi Hairuddin performs regularly in the region at events such as The Java Jazz Festival while French-born Christophe Turchi is a self-taught jazz artist who started his career in music playing in his Father’s orchestra at age 16. A musician with varied interests, Turchi also dabbles in funk, abstract hip hop and electro.


10pm - 10.30pm
Stand-up comedy with Hishamuddin Rais
Hishamuddin Rais is an NGI (non-governmental individual) who is widely regarded as a political analyst and stand-up comic. He blogs excessively at tukartiub.blogspot.com and writes a monthly column in Off The Edge magazine as well as The Sun newspaper.


------------------------------------------------------------------------------------------
BLACK BOX (theatre)
2pm - 3pm
Music gig with Peter Hassan Brown and friends
Peter Hassan Brown is one-half of Lemang Music. The heartbeat of the singer/songwriter movement in Kuala Lumpur, in the past Peter organised “Acoustic Jam”, a stage for singers and songwriters to showcase their stuff.


3.30pm - 5.30pm
Music and poetry readings by Pekan Frinjan
This session features music and poetry readings by Meor, Nik, Keladak, Shh..Diam, Mohd Jayzuan, Stam Mustapha, Gyomogii, Marini Rafar and Fazleena Hishamuddin.


6pm - 7pm
Performance art by Ensemble 11
This is a multidisciplinary performance, involving music, video and movement; working with improvisation. Individual performers will work on their own ideas and rough structures yet flexible enough to change and modify accordingly. Ensemble 11 consists of David Lim, Iylia Nordin, Aidira Khaidir, Alison Khor, Au Sow Yee, Yong Yandsen (saxophone), Kok Siew Wai (voice), Aziz Ali (drums), Ronnie Khoo (electric guitar), Goh Lee Kwang (no-input sound mixer), and Ng Chor Guan (Theremin).


7.30pm - 8.30pm
Theater performance by Rumah Anak Teater (in Malay)
Pokok Kelapa Sayang is a tale of love destroyed by economic, political, public perception, cultural and racial differences as well as choices made by the individual. Nur Ain who is torn between her loyalty to her family and following her heart’s desire, has chosen to ignore her feelings to uphold her family’s choice in the belief that it will bring her happiness. Hasyim who holds dear to the belief of true love and has declared Nur Ain to be his one and only love has done something unintentionally cruel. What was it that he did? What is the secret behind his beloved coconut tree along the Port Dickson beach?


9.30pm - 11.30pm
Music gig organised by Rice Above No. 7 featuring Aggrobeats, The Rebel Scum, Khottal and Nao
Aggrobeats is the “Boss Reggae’’ band of Malaysia. The Rebel Scum is a hip-hop band that started as a fusion of musicians from various backgrounds and denominations who share a common passion for hip hop music with substance. Khottal is an indie pop group delivering sweet harmonies and solid melodies with a mix of instruments like the accordion, mandolin, glockenspiels, recorder, guitars, drums and keyboards. Nao is a classic punk energy, hard-hitting outfit that is arguably the best band in the current Malaysian local Chinese independent scene.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
March 28 (SUNDAY)

WHITE BOX (art gallery)

2.30pm - 3.30pm
Let’s Talk with Hafidz Baharom
An hour of satirical commentary with writer, columnist and never relenting bigmouth Hafidz Baharom.


3.30pm - 4.30pm
Paul Lau and Tugu Drum Circle workshop
Tugu Drum Circle is a gathering of drummers, percussionists and like minded people who would like to share their love and passion for playing drums and percussion. Its aim is to promote playing drums and percussion to society at large, bringing people together from all walks of life thereby facillitating in building stronger community spirit by making music together. So bring your drums, pots and pails along to participate in this drumming workshop.


5pm - 6pm
Exhibition debate organised by Suthen "Tate" Thomas
Six speakers from the Malaysian inter-varsity debate community present an exhibition debate with a topic they (and you) will only know 30 minutes before the debate starts. No Shakespearean quotes, no statistics, some B.S. This ain't your high school stuff.


6.30 - 7pm
Dari Seberang: Spoken word performance (poetry, prose and play extracts) by Singapore writers Alfian Sa’at and Irfan Kasbah
Alfian Sa’at is a Singaporean writer, poet and playwright. He is currently the resident playwright of theatre group W!LD RICE. Irfan Kasbah is a director/playwright and associate artist with Teater Ekamatra.


7.30pm - 8.30pm
Poetry Cafe KL
Out of the virtual world and into the physical one, Poetry Cafe KL@MAP is a chill out space for poets and poetry lovers to commune and chew the cud together. Featuring spoken words and poetry from practitioners working and living across many global borders.


8:45pm - 9:00pm
Performance art by Bebe (Lost Generation Space)
Bebe is an Indonesian currently residing in Kuala Lumpur. Bebe was a member of Taring Padi; a cultural collective from Yogjakarta.


9:00pm - 9:30pm
Performance art by Aisyah Baharuddin (Lost Generation Space)


10pm - 11pm
Comedy hour with Jit Murad
Jit Murad is one of the most prominent figures in Malaysian theatre, having made a significant mark in Malaysian theatre as actor, stand-up comedian playwright and director over the past two decades.


------------------------------------------------------------------------------------------
BLACK BOX (theater)

1.30pm - 3.30pm
Fridge Magnet Poetry Workshop
Word Forward presents a poetry slam factory to get you writing and performing in just 2 hours! Participants will work with at least 3 people plus a trained facilitator to produce an original poetry ensemble piece to perform at the Showcase later that day!


3.30pm - 4pm
Zapin dance performance by Zaza Dancers
Zapin is a popular, traditional Malay dance form with many variations in different states.


4pm - 5pm
Traditional Malay and contemporary dance performance by Darinai Dance
From the lively dance and upbeat and graceful dance form, come and witness these dances: Mengadab Rebab MaK Yong, Tari Inai, Zapin Johor, Zapin Hanuman and Endang.


5.30pm - 6.30pm
Music gig with Monoloque
Monoloque is a spin-off from the well-known Malaysian grunge/alternative/independent band Butterfingers.


7pm - 9.30pm
Music gig organised by Jerome Kugan with Panda Head Curry, Vernadium, Tenderfist, Sharidar & Nizam and Deserters
A night out with singer-songwriter Jerome Kugan that promises to be something different. This talented performer, who is also a gig-organiser, brings together several select local bands, both established ones and the exciting upstarts.


10pm - 12am
Singer-songwriter Showcase by Moonshine featuring Azmyl Yunor, Izzy Mohamed, Reza Salleh and Zalila Lee.
Moonshine is a homemade acoustic show with singer- songwriters. Azmyl Yunor is veteran of the singer-songwriter circuit and an organiser of the KL Sing Song acoustic festival. Reza Salleh plays a mix of folk rock, pop, grunge with a twinge of jazz and the blues. Izzy Mohamed is equipped with sweet vocals and a penchant for writing radio-friendly songs about love and life. Zalila Lee is a singer-songwriter from the Malaysian independent music scene.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

March 27 and 28
2pm - 8pm
Arts Bazaar
A popular crowd favourite, the arts bazaar offers sale an opportunity to browse a collection of stalls by hobbyists and part time artists. Wares include witty T-shirts, hand-made arts and crafts, CDs, books, food, small treasures and one off collectibles you may never find elsewhere. Be warned, finders keepers.


2pm – 6pm
Kids and Community Art Project/Workshop
The kids can have fun with expressing their artistic side. Let them doodle, paint and ‘exhibit’ their artworks. Paints and materials provided, and there are no rules against messy little fingers. Even the adults can join in and take home a family ‘masterpiece’.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MEDIA ART INSTALLATION
2pm - 11pm

Booth 1
God (from the film, Solaris by Andrej Tarkovsky)
Projection by Ray Langenbach
Location: White Box


Booth 2
The 6th Kuala Lumpur Triennial: Artifice090603009794
Animation by Pascal Sobczak
Curated by Yayasan Zunimoor
Location: Black Box


Booth 3
Peek Freak by Wai Lam & Yann Huey
Location: Green Room 2 (inside Black Box)
The Peek Freak project is the result of an industrial designer [Wai Lam] & experimental photographer's [Yann Huey] collaboration. The project eventually lead to the development of our own camera and photography style.


Booth 4
Showcase Screening (participation by Malaysian Art Schools)
Location: Black Box


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ART DRUM PROJECT

Art Drum Project is the first batch of a series of urban art works that would be placed around the development where MAP is located. 20 wooden cable drums were retrieved from the construction site of MAP. Artists were invited to work over two weekends preceeding MAP Arts Festival to transform these wooden drums into art.

Participating artists:
Anthonie Chong
BLAM
Daniel Chong
Donald Abraham
Ili Farhana & Bebe
Iskandar Razak
Ng Kim Peow
KLickr
Igor & Frankie
Lost Generation Art Space
Nizam Rahmat
Poodien
Saiful Razman & Azmin Hussein
Samsudin Wahab
Sharaad Kuttan
Sharon Chin & Zedeck Siew
Shieko Reto
Suddin Lappo, Ali Nurazmal, Zulkiflee Zainul Abidin
The Best Art Show in The Univers

19 March 2010

sebab ibu tiri

Tidak ada apa untuk bising2 lagi setelah bapa kamu lari. Dan apabila ibu tirimu marah padaku, aku bilang dia perempuan jahat yang cuba merampas kebahagiaan seorang bapa dari anak-anaknya dan pada masa yang sama mendapat habuan duit dari bekas suami. Ini sebuah komplot untuk harta. Salmi ibu tiri kamu diam dan terkedu sedetik sebelum memaki hamun dan menghambat aku. Aku keluar lari dari rumah , lari jauh, aku toleh kebelakang, dia cuma berdiri dilaman rumah. Cuma ketika itu sayup-sayup kedengaran “mampus-mampus…”

Kamu, telah ceritakan padaku bapamu itu telah lari ke Banda, dan mengahwini seorang perempuan Aceh yang kaya. Taukeh ikan dan ayam yang ada 6 stall di pasar Peunayong. Lalu kata kamu bapa kamu menyuruh kamu adik beradik untuk terus menetap di Simpang Pulai selama dua bulan lagi sebelum menyuruh kamu semua ke Banda. Dua bulan lagi; itu tak lama.

Dua bulan lagi bulan September.

1 September, pagi ini hujan lebat membuatkan laman sekitar berkabut. Lepas hujan, suasana sejuk dan nyaman. Di alun kicau burung yang mencari makan dipagi hari. Aris dan Seman biasanya sudah keluar mencari petai. Aku menetap di Ringlet kurang2 500 meter dari jalan utama. Sekarang sudah ada jalan tar biarpun kecil. Kalau dulu, terpaksalah penduduk disini selinsing seluar berjinjing kasut. Lagi2 lepas hujan lebat, jalan tanah merah jadi becak. Disebuah pondok kayu yang usang. Dari situ aku menaiki bas kinta dan berhenti di medan gopeng.

Esok kamu akan ke Banda. Hari ini kamu dan adik-adikmu akan terus ke LCCT naik bas, jadi hari ini hari terakhir kamu untuk bertemu aku sepertimana sms kamu sebulan lepas. Di medan gopeng jam 5 kita bertemu di mamak salim.

Aku kenal bapa kamu sejak tiga tahun lalu, bapa kamu lari sebab dia tahu bahawa ibu tirimu Salmi mau merampas segala hartanya dengan cara jahat. Senyap2 dia menelefon aku dan memberitahuku bahawa dia akan ke Banda mengikut pak yusop yang akan balik ke Loksemawe selepas sehari menceraikan ibu tirimu salmi. Sekarang kamu berada dihadapanku bersama Borhan dan Ros dalam kedai Salim mamak.

Kamu kelihatan sangat ayu hari ini. Entah kenapa selama ini aku tidak perasan yang kamu sangat ayu. Aku mungkin pandang kamu sebelah mata selama ini. Aku salah. Kamu sangat ayu. Atau mungkin selama kita bertemu kamu tak pernah memakai gincu yang membuat bibirmu sangat rontok, matamu kelihatan sangat tajam dan memukau. Aku berasa seperti mau menidurimu sekarang. Naik ke hotel atas dan tinggalkan Borhan dan Ros sekejap disini. Tapi kamu pasti menolak bulat-bulat. Kamu pernah beritahu aku bahawa aku adalah manusia introvert yang bosan. Tak apalah. Aku orang asli yang berkulit gelap tak sepadan dengan kamu yang kulit cerah. Tak apa... tak apa... aku takda masalah pun kalau kamu menolak.

Esok sampai ke Banda sampaikan salam aku pada ayahmu.

Jam 6.30 kamu naik bas ke K.L. Kamu berjalan memegang tangan adik2mu dan aku takkan lupa saat terakhir kamu menoleh mukamu kepadaku. Kamu melemparkan sebuah senyuman yang aku tak pasti bila lagi akan aku peroleh. Aku akan bermalam di Ipoh memandangkan bas ke ringlet sampai pukul 6 sahaja. Selamat jalan untuk kamu!

16 March 2010

fahmi reza public lecture


















"STUDENT POWER"
SEJARAH KEBANGKITAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA '60AN
Sebuah public lecture multimedia oleh FAHMI REZA

Era '60an sering disebut sebagai zaman kegemilangan gerakan mahasiswa di Malaysia. Tetapi masih ramai mahasiswa generasi sekarang yang sudah lupa tentang sejarah disebalik perjuangan yang telah menggegarkan kampus Universiti Malaya serta arena politik negara hampir setengah abad dahulu.

FAHMI REZA (pengarah dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka), akan menyingkap semula kisah sebenar zaman kebangkitan perjuangan mahasiswa pada era '60an dalam sebuah persembahan public lecture multimedia menggunakan gambar, foto, video, keratan akhbar, bahan arkib dan temubual, buat pertama kali, ekslusif untuk mahasiswa UM!

__________________________________________________________

* Public lecture ini akan turut mengundang dua orang tokoh pemimpin mahasiswa UM era '60an untuk berkongsi cerita dan pengalaman bersama penonton:

1. KHONG KIM HOONG
(Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 1968/69)

2. SYED HAMID ALI
(General Secretary PMUM 1968/69, Presiden PMUM 1969)

__________________________________________________________

TARIKH: 17 & 18 Mac 2010
MASA: 8:00 malam
TEMPAT: Studio on 2, PJ Live Arts Centre, Jaya One, Jalan Universiti, PJ
(berhadapan Kolej Kediaman Seksyen 17, PJ)


http://studentpowerproject.com

10 March 2010

Bisik'S. sabtu ini. 13 mac.























yang sayang kerajaan, yang marah kerajaan.
semua dijemput datang.


22 February 2010

Seni Untuk Sebuah Revolusi hari ahad ini!

Forum santai ini akan membincangkan bagaimana medium seni boleh menjadi agen perubah dalam masyarakat dan bagaimana seni boleh diletakkan di sisi yang berpengaruh dan digeruni semua?

Menampilkan
Hishamuddin Rais - NGI
Hasmi Hashim - penulis dan ahli politik
Fared Ayam - penggiat teater
Haekal Taleb - pemuzik, bekas ahli band Komplot

Pengasas Music Forum yang juga aktivis muzik, Mazir Ibrahim akan menjadi moderator

dan nyanyian akustik merdu merdan berjiwa dari

Nikbindijan
Meor Yusof
Beeha
Liyana Fizi

Sebarang pertanyaan hubungi Zul di 019-308 3804

Acara ini dibawa khas oleh Oxygen Media dan Frinjan

Masuk percuma!

FORKUSTIK: Seni Untuk Sebuah Revolusi?

The Annexe Gallery, Central Market Annexe

Public Forum & Music Performances

Sun 28 Feb, 2pm

Admission Free



This informal forum will discuss how the medium of art can be an agent of social change. The forum panel includes: Hishamuddin Rais (“NGI aka Non-Governmental Individual”), Hasmi Hashim (writer and politician), Fared Ayam (theatre practitioner) and Haekal Taleb (musician and former band member of Komplot). Founder of Music Forum and music activist Mazir Ibrahim will moderate the forum.

There will also be acoustic music performances by:
Nikbindijan
Meor Yusof
Beeha
Liyana Fizi

18 January 2010

Rumah kedai itu





Gambar ini adalah di Perak 25/12/2009 selepas pekan Pantai Remis. 'Roti panas' masih lagi dijual naik basikal.

Gambar-gambar ini adalah disebuah premis shoplot kayu. Di Pantai Remis, masih lagi berdiri kukuh shoplot-shoplot kayu. 5 tahun lagi, semuanya mungkin ditukar dengan konkrit dan tetulang besi. Imej shoplot2 kayu ini akan hilang, perlahan2 akan menghapuskan sentimental value yang ada. Hilang dalam arus pembangunan kononnya. Pembangunan adalah penghapusan nilai dan sejarah.

07 January 2010

JEMPUTAN KE PEKAN FRINJAN 7.0

Anda semua dijemput datang berpesta ke Pekan Frinjan 7.0.
Bertempat di dataran shah alam.
Jam 5 petang sampai 12 tengahmalam.
Masuk percuma

Pekan Frinjan akan membuka tirai 2010
Tema: Menolak perkauman

MC Fazleena Hishamuddin



Muzik
Carburetor Dung -
http://www.myspace.com/carburetordung
Couple -
http://www.myspace.com/couple
Tilu -
http://www.myspace.com/tiluband
Azmyl Yunor -
http://www.myspace.com/azmylyunor
Aria
Tri
Jalikuhaisan feat. Exike & Ili
Keladak -
http://www.myspace.com/keladak
Benjamin Hasni -
http://www.myspace.com/benjaminmusic7
Illya Syahirah

Puisi
Zhafir -
http://jurnalkotor.blogspot.com
Rafaat Haji Hamzah
Marini Rafar -
Faisal Mustaffa -
http://faisalmustaffa.blogspot.com
Nurul Schmurul -
http://www.nurulizzah.com
Buddhi Hikayat

Teater
Paradoks Theatre -
http://pakatanparadoks.blogspot.com/
Fahmi Fadzil -
http://projekwayang.blogspot.com

Macam biasa, ada gerai2 jualan dari anak2 muda non-TEKUN; ada baju trendy dan cool, bahan bacaan lancapan minda, CD, DVD, aksesori wanita dan macam2.

Ada juga kaunter pendaftaran pengundi, khidmat guaman dari Pusat Bantuan Guaman KL, Saya Anak Bangsa Malaysia yang mempromo menolak perkauman dan macam-macamlah.

Pokok pangkal susah nak jumpa semua ini di Jom Heboh!

Buku/Zine/CD
Matahari
Oxygen Media
Hafiz Terompah
Ekamatra Singapore
Sang Freud
Hadi Gerakbudaya
Ricecooker

Clothing etc
Envelove Distro
Frugal Mugal
Eddy
S-Ploited
Tangga

NGO/Media
Republik Anak Muda
Pusat Bantuan Guaman KL
Saya Anak Bangsa Malaysia
Majalah Libur

Malaysian Cartoonist

apa2 taip ke frinjan@gmail.com

Acara ini dianjurkan oleh geng2 Frinjan dengan sokongan dari Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA. Dan dipangku oleh RAM (Republik Anak Muda).

www.frinjan.net
www.myspace.com/frinjan


Zine Gudang Garam, Fragranfrantik dan Gudanggaram #2 akan kelihatan disini!