31 October 2009

Rahmah...dia itulah!

seorang makcik tua
berbaju kurung kedah, bunganya sepi
berseluar hitam
kekanan...kekiri....
dia melihat keliling
menyelinap disetiap lorong
menyelongkar tong-tong sampah.
"kotak-kotak kosong ini adalah dari kilang dengan mesin-mesin yang besar dan mahal!"
"Tin-tin ini, berdiri diatas sebuah tamadun manusia yang sial!!"

seorang makcik tua
berbaju kurung kedah, dan bunganya sepi..
apabila sebuah kereta lalu dihadapannya
dia senyum pada anak itu
"anak-anak ini untuk anak-anak masa depan'
"aku adalah yang berada pada masa ini.."
dia mengangguk ngangguk..

seorang makcik tua
berbaju kurung kedah, dan bunganya sepi..
namanya Rahmah,
tubuhnya semakin bongkok
umurnya 68 tahun

Makcik Rahmah dengan baju kurung kedah,
bunganya sepi dan kasutnya haus
dia duduk dikaki lima melepas lelah
dalam laut manusia yang sibuk
merenung entah apa..
mengadu entah pada siapa..
"tin-tin dan kotak-kotak kosong ini adalah kehidupan untukku.."
"tin-tin ini berdiri diatas sebuah tamadun manusia yang sial..!"

28 October 2009

kabar-kabar buat kamu

18 PL

Dalam tempoh seminggu dua ini, aku telah menerima beberapa email dari seorang pembaca blog terompahkayu yang aku belum pernah kenal atau berjumpa dengannya. Aku gunakan namanya sebagai Lia aja. Dia suka membaca blog ni dan kami sering bertukar-tukar pendapat dan persoalan. Antaranya berkaitan life, agama dan sebagainya. Disini aku publishkan email yang paling latest menjawab persoalan2 yang mungkin timbul dari perspektif aku. Korang, sila baca dengan minda terbuka dan matang. Mudahan ada input yang berguna buat korang semua untuk difikirkan.

Ini adalah sebahagian dari perkara2 yang kami bincangkan. Setengah2 ayat diedit semula.

----------------------------------------------------------------
Menyentuh mengenai agama

LIA menulis ".....aku sekarang sedang berhadapan dengan kegoyahan atas amalan kusendiri. Bukan luntur kepercayaan pada Islam, tapi, aku merasakan aku terlalu take things for granted. Sedangkan aku tidak mahu selama-lamanya terapung di permukaan status quo ini...." 

PENDAPAT AKU: Setiap noktah itu ialah "to the next level". Setiap persoalan adalah rahmat maupun ujian buat kamu atau tiada apa langsung! Bagi aku; 'amalan' is something yang terlalu terlalu subjektif. Kamu telah ada basis yang kuat. Apa yang perlu ada lagi bagi ialah kamu kena mulakan pencarian makna 'agama' dan makna 'islam' yang baru. Jengjengjeng!!! 

Ini bukan beerti kamu keluar dari iktiqad atau apa2 yang kamu fikir memesongkan tetapi from my experience: what you know is already make you sick/ confuse. You should study about 'enlightment' things in islam. It doesnt mean that you go for sufism etc. Teringat aku kata2 marhum ahmad wahib dalam sebuah buku bertajuk "pergolakan pemikiran islam'. Ada sebuah ayat dikulit buku yang betul2 beri aku kekuatan luarbiasa! "TUHAN BUKANLAH DAERAH TERLARANG BAGI PEMIKIRAN. 

---------------------------------------------------------------
Takut pegang Bible

LIA memberitahu: “Truth be told, walaupun aku suka bicara agama tapi aku belum berani mahu memegang bible…”

PANDANGAN AKU: Lia, kalau kamu benar2 tahu apa yang kamu pegang dan iqtiqadkan. Apa yang perlu kamu takut? Kamu telahpun memegang sesuatu yang lebih hebat dan perlukan tanggungjawab yang lebih dahsyat. Kamu memegang/punya/bawa namamu “Lia”.

Lia ini adalah namamu yang mewakili susuk wajah tubuh kamu yang mana kamu perlu lakukan yang terbaik, menjaga, memberi keseronokkan, merasai nikmat, memberi makan.... malah seluruh hidup kamu adalah “Lia” itu sendiri. Telah aku cerita dalam “malam itu tuhan datang bersembang”. Bible juga kalam2 tuhan. Apa yang biasa kamu faham, dikatakan Bible itu ditokok tambah dan kamu mungkin risau tergelincir aqidah... Its just a printed BOOK by man. 

---------------------------------------------------------------- 
Menyentuh mengenai bahasa arab bahasa syurga

Lia menulis (respon kepada email sebelumnya) mengenai bahasa arab. 
“One more thing, kata kamu semua bahasa adalah ilham Tuhan. Correct. Tapi kita usah lupa bahawasanya solat seorang Islam tidak sah kalau dalam bahasa selain lughatul ‘arabiyyah.Plus, Allah must have had HIS own special reasons for choosing the Quran to be revealed in Arabic. Jadi bahasa Arab itu pasti ada specialtynya. Kenapa huffaz pelbagai bangsa, pelbagai mother tongue di seantero dunia menghafal Al Quran hanya dalam bahasa Arab juga pasti ada sebabnya.”

PANDANGAN AKU: Mengenai bahasa itu, betul cakap kamu. (menurut fiqhnya).
Itu adalah rahsia dan polisi Allah. Kamu kena tau juga bahwa sebagai tuhan, Dia bisa membuat apa saja yang dia mau termasuk merubah polisinya. Teringat dalam Quran sepotong ayat; aku dah lupa ayat apa lebih kurang begini maksudnya ALQURAN INI ADALAH UNTUK ORANG2 YANG BERFIKIR. Bukan taqlid, bukan tiru, bukan main-main, bukan bukan-bukan! 

-----------------------------------------------------------------
Kisah Rumi dan pendapat yang mengatakan dia gay

LIA menulis: “Okey, cakap pasal Rumi. Ramai orang sukakan puisi beliau kan? Aku mungkin pernah baca tapi tidak lekat di minda. I don’t know much about Rumi but I have read that some say he keeps a secret male lover. Sebab itulah para Sufi lesbian di Turki mengagung2kan dia. Tak taulah betul ke tidak, about him being ‘gay’ tu…………… sudahkah kamu membaca “Masnawi”? Aku belum lagi. If you have, perhaps you can share it with me later?

JAWAPAN AKU: Sejujurnya aku belum membaca himpunan poet2 rumi dalam Masnawi. Pertama kali aku mengenali rumi adalah pada sebuah quote dalam sebuah buku. Terus aku jatuh cinta. Aku tak pernah baca apa2 buku mengenainya. Puisi2nya aku baca melalui internet. Kisah cinta rumi dan pelajarnya memang boleh mengaitkan dia sebagai seorang homo, pada masa yang sama ada yang berpendapat bahawa itu adalah kasih sayangnya kepada pelajarnya. (hubungan kasih guru kepada murid yang paling disayangi). Sepertimana kamu mungkin pernah ada rasa sayang pada seorang cikgu masa kamu form 4 dulu. Mungkin.

Kita perlu tahu bahawa Allah bukan raksasa atau gergasi ganas yang perlu ditakuti tetapi Allah adalah dia yang maha baik. Perlu didekati dalam apa jua bentuk. Dia adalah yang maha mengetahui, maha pengasih dan maha mengampuni etc etc. Dia adalah kawan kita yang sentiasa ada di mana saja kita berada.

Dalam fahamku, Allah telah menetapkan syariatnya pada alam dengan syariat umum, pada masa yang sama punya sub-syariat yang khusus bagi setiap makhluk; ular, harimau, gajah, beruk, manusia. Allah maha adil. Dia yang meletakkan naluri dalam setiap insan dan segala makhluk bernyawa. Naluri ini adalah fitrah kejadian untuk setiap yang ada. 

Contoh mudahnya (syariat umum); manusia harus makan.
Contoh sub-syariat khusus; kamu suka makan laksa tetapi adik kamu suka makan ubi rebus. 

Lagi…; kamu suka lelaki yang bermisai dan badan tegap tetapi kawan kamu rina suka lelaki kurus kering. 

Perbezaan naluri ini adalah pluralisasi yang telah Allah gambarkan supaya umat manusia mengambil iktibar darinya tetapi apa yang berlaku adalah tidak. 

Sekiranya kamu tidak menerima pendapat aku ini. Itu takpa. Setiap manusia punya persepsi tersendiri. Apa yang berlaku di tanah sodom ketika itu adalah perlanggaran tanggungjawab. Maka yang penting adalah: apa pun yang kamu buat, lakukanlah dengan bertanggungjawab.

Kecurangan adalah perlanggaran hak bukan terhadap pasangan tetapi pada kesucian cinta itu sendiri pada masa yang sama cinta dan naluri terpisah! Memahami hakikat adalah amat penting dari kejadian itu sendiri. 

p/s: kalau benar Rumi seorang homo, itu adalah sub-syariat nya ;)

--------------------------------------------------------------- 
Menyentuh hal2 zaman pencerahan islam; perbezaan dll

Lia berkongsi knowledge berkenaan sufi sunni dan sufi salafi. 
“Sufi salafi contains ambiguous teachings dan mengutip falsafah di luar islam seperti neo-platonism, Hinduism dan kristian. Mereka bercakap tentang illumination, maqam, peristiwa dan keajaiban kosmos, juga rahsia-rahsia di sebalik nombor dan nama. Macam-macam lagilah. Jelasnya Rumi itu tergolong sufi salafi. Sufi yang telah mencapai tahap pertembungan reality dan roh pada maqam yang tinggi, barangkali? Sebelum belajar dalam kelas tasawwuf tu aku agak skeptic dan pada pemahaman aku, al-hallaj itu sesat. Tapi bagusnya sesudah tamat kelas, aku rasa aku agak terbuka...”

AKU KATA: Lia; terimakasih untuk info sufi sunni dan sufi salafi! 
Ya betul. Wujud pertentangan antara dua aliran ini. Sufi sunni kelihatan konservatif berbanding sufi salafi. Bagi aku, setiap penciptaan termasuk garis2 tangan, huruf, nama, nombor, batu pasir, habuk dan kebuk wasap adalah “tidak suatupun yang diciptakan sia-sia”. 

Alam ini masih belum semuanya dapat diselongkar manusia bahkan ilmu manusia ini hanyalah setitis dari selautan dakwat-kamu juga pernah dengar kata2 ini kan. 

Sebuah buku “makalah penentu tentang hubungan antara syariah dengan falsafah”-ibnu rusyd. Buku ini adalah pembelaan dari serangan alGhazali diwaktu dunia menyaksikan kebangkitan pengajian falsafah2 barat. Ibnu rusyd cuba menjembatani antara wahyu dan akal dan dalam buku ini jelas bahwa falsafah dan nilai2 luar islam boleh diharmonikan. Aku berpegang, untuk segala perbezaan adalah harus dan perlu kita rayakan! 

Apapun yang dikatakan alJunayd adalah benar untuk kemampuan sepertinya memahami dan meyakini; dan apa pula bagi mereka yang mempunyai kemampuan penerimaan yang berbeza. Atau lebih tinggi. Atau lebih natural. Atau lebih gila2. Lagi sekali aku ulangi; tiada kebenaran yang mutlak dan setiap antaranya adalah lampu yang bercahaya. 


------------------------------------------------------ 
Menyentuh hal2 kenegaraan/politik 

LIA menulis “ Kita boleh berkawan dan percaya bangsa lain tapi bukan sepenuhnya. Agama telah menggariskan batasannya dan dalam konteks civil service di Malaysia, kita junjung kontrak sosial dan menjadi tanggungjawab kita untuk ‘mengawal’ definisi kontrak sosial tersebut. Aku tidak tahu setakat mana had dan rasionalnya tapi aku harus akui, ‘control’ is a very crucial element dalam aspek berbagi keadilan kepada SEMUA bangsa di Malaysia yang tercinta ini. Hence, questioning the social contract would be last thing I would want to do sebab toleransi harus ada had dan toleransi dalam semua perkara itu tidak selalunya mungkin....” 

PENDAPAT AKU: Kamu tau , kita semua lahir sebagai anak manusia. Agama dan akal juga menggariskan bahawa tujuan perbezaan bangsa/bahasa ini adalah untuk saling mengenali. Bukan untuk saling berlawan ketuanan. Dan siapa yang mau menjadi hamba? Anak manusia mana yang mau dikeji dan dikasta-kasta? 

Apabila wujud ruang2 yang membenarkan sesebuah situasi berlaku, ia adalah sebuah getaran yang akan menggerakkan pertentangan. Ini dinamakan hukum kutub. Bagi aku, social contract ini semua adalah rubbish. Ini semua adalah mainan untuk mengekalkan kuasa. 

Kuasa itu adalah = duit

Back to the basic. Manusia punya hak untuk hidup bersama. Kalau kamu selalu membuli adik kamu, dia akan buat dua perkara, samada memaafkan kamu dan terus bagi kamu buli dia atau satu hari nanti dia akan balas balik samaada memukul kamu, merampas harta2 yang kamu ada, memutuskan silaturrahmi atau mengebom kamu!

Lagi...Contohnya bila kamu ditumbuk oleh seorang officemate kamu, apa yang akan kamu lakukan? React! Tumbuk balik! Minta maaf kalau kamu buat salah. Melompat! Menangis. This is the law of action reaction. 

Mudah: mana2 yang susah kita tolong tanpa mengira bangsa atau agama. Apa yang berlaku dimalaysia adalah kejayaan british yang telah menanamkan sebuah doktrin hebat iaitu pecah dan perintah. UMNO, MCA, MIC adalah alat penerus legasi mereka. Thats it. Nama melayu, nama islam, nama demokrasi terpinpin, nama demi keamanan... semuanya sudah dieksploit dengan jayanya! 

----------------------------------------------------- 
Menyentuh hal2 peribadi dan cinta 

LIA menulis. “Aku bosan bila org bangkitkan isu kahwin. What I can say for now is that I don’t mind being on my own. Matlamat aku sekrg nak establish diri supaya mampu hidup n bangun sendiri. Aku tak nak bergantung kepada seorang suami. Tetapi perlu juga aku nyatakan di sini, walaupun aku tidak merancang untuk kahwin, aku tetap terbuka kepada konsep nikah (sebagaimana Islam tentunya). Walaupun aku pernah cakap aku susah nak percaya pada institusi perkahwinan, I still wouldn’t tolerate sex before marriage or any kinds of promiscuous act.”

PANDANGAN AKU: Soalan bila nak kahwin adalah sebuah mantra yang membosankan. Adalah sebagai seorang lelaki jika ia meminta sesuatu yang dalam lingkung nalurinya. Ia adalah normal dan fitrah. Kalau ia melibatkan seks; itu perkara biasa bagi lelaki. Sure! Aku tidak menghalalkan perzinaan. Tetapi istilah zina itu akan padam dalam cinta. Kerana cinta itu adalah makhluk yang sangat tulus dan suci. Ia melepasi hukum zohir malah cinta itu sendiri tidak nampak! 

Aku tak faham bagaimana seseorang itu boleh mencintai manusia lain atas dasar agama (dia bukanpun nabi) sedangkan naluri kamu itu di install sebelum kamu mengenal alif ba ta lagi. Akan tetapi adalah menjadi sebuah budaya seorang wanita untuk menemukan pernikahan sebagai jalan rasmi memulakan kehidupan barunya. Itu juga fitrah dan normal. 

Aku tak ingat dari mana aku membaca ayat ini: Perkahwinan merupakan sebuah institusi tetapi sipa yang mahu duduk di institusi selama-lamanya. Bagi aku, marriage bukanlah sesuatu perkara yang telarang untuk diri aku. Aku mengganggap ia sebagai sebuah beban tanggungjawab baru yang terkumpul dari masa lepas dan masa akan datang. Thats why banyak perkara yang berubah lepas seseorang bernikah. 

Dalam percintaan, aku tetap memegang kepada satu prinsip. Hak memilih untuk pasangan. Maksudnya, dia juga punya hak sebagai manusia untuk memilih melakukan hubungan seks dengan orang lain yang kalau aku tahu aku akan jadi marah. Konflik dengan pendirian sendiri.... Siapa yang tak marahkan? Cinta dan seks adalah satu subjek yang berbeza tetapi boleh juga berkait rapat. 

My experience bersembang dengan beberapa client lelaki yang berumur 40 above; My personal service menjadikan hubungan aku dan client macam kawan2. dan diaorang sampai tak rasa janggal berkongsi. Aku sangat terkejut bila mereka ada affair dengan perempuan lain! Ini adalah realiti untuk wanita lewat usia mereka 40 keatas. Berhati-hatilah dengan suami-suamimu! Pepatah inggeris ‘life is begin at fourty’ ada kebenaran tersendiri. 

--------------------------------------------------------- 
Menyentuh berkenaan penulisan aku

LIA bertanya kepadaku mengenai perkataan yang pernah aku tulis, “Aku tak mau anak2 aku lihat aku tersiksa masa aku nak mati nanti”.

JAWAPAN AKU: Jangan anggap ia sebagai sejenis eskapisme. Apa yang aku cakapkan ini base on reality that happened every time. Kamu fikirkan ya. First; kamu ketepikan naluri keibuan. Begini; apabila kita lahir, ibu dan ayah akan gembira. Setelah berpuluh2 tahun hidup. Anak2 akan sedih melihat ibu bapanya meninggal dunia. Ya. Ia adalah normal. Aku ingin sampaikan sebuah hakikat paaaling simple;baca 3 kali ya... “kamu melahirkan anak, membesarkan mereka. 6 orang anak (barangkali), memberi kasih sayang blablabla, anak2 kamu amat sayangkan kamu dan akhirnya, kamu tak mampu lagi berbuat apa2 bila kau sakit dan mati. Dan membiarkan mereka bersedih sampai ke kuburan. 

Ini adalah hakikat kelahiran: 
”Memberi kegembiraan buat hidup mereka kemudian memberikan kesedihan...”

26 October 2009

"Pandangmata" untuk tatapan semua

Ini painting kedua aku. Baru siap. Simple watercolor painting. Aku bagi nama "Pandangmata". Korang tengok dia selama 1 minit. pastu komenkan ya.

Judul: "Pandangmata"

24 October 2009

elasi frantik!

Warna-warna siang makin larut dalam sebuah elasi maha tinggi
hilang dalam ruang redup. pekup. malap. gelap. busuk.
muncul karkas-karkas hidup meminta minta kasihan.
gila!!! api itu telah lama sepi dan manusia2 telah lama frantik.
bersatu atas nama celaka-celaka besar. sial-sial suci!
merobek. mencengkam. membunuh. eksistensi jiwa2 kudus.
dan menghambat fana itu sehingga ia lelah dan mati.
buat kamu dan aku.
kita umpama belon2 hidrogen yang bebas.


21 October 2009

Ruang II

Aku telah terbang kesebuah tempat. delta (barangkali). Ada seorang pakcik sedang mencangkul2 batas sayur. (barangkali). air matanya menitis. "Kenapa pakcik menangis?"

"anak2 ku telah pergi semasa lilin2 itu padam. Apabila lilin2 makin cair dalam hitam ruang...bila semua lilin hilang padam. ruang jadi hitam. gelap. mereka hilang. tiada dalam gelap dan tak muncul2 lagi dan aku menangis semacam anjing yang kematian isteri"

Yang kamu lihat ini sebenarnya aku sedang menanam seluruh jiwa dan perasaanku. kamu tertipu. Dan sekarang, aku tiada apa lagi untuk kamu lihat, rasa, jilat, pijak, jerkah, cucuh, pukul, sepak, belai. Kamu berhadapan dengan yang kosong dan yang sunyi. Kamu adalah dia yang bakal aku takluk!

19 October 2009

Panasss! Dapatkan Album Dari Rakyat Untuk Rakyat Sekarang

"Fitnah, kau lontarkan tohmahan kau/kaupalitkan arang ke mukaku/apakah ertinya maruah di bawah fahaman kau/apakah ertinya hak di bawah telunjuk kau?"

Dalam album Dari Rakyat untuk Rakyat (DRUR), Meor - penyanyiindie yang aktif dengan persembahan jalanan - didukung beberapa penulis popular seperti Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Abdullah Jones dan Rahmat Haron yang tampil menyumbangkan lirik.

Beraksi hanya di sebuah dewan orang ramai di Kuala Lumpur malam tadi, program GMI kali ini berbeza sekali dengan pendekatan sebelumnya yang sering menganjurkan pidato politik yang berapi-rapi.

Di hadapan kira-kira 100 penonton yang hadir, Meor berjaya menyampaikan mesej tersiratnya dengan santai melalui dendangan lagu-lagu berentak catchy, antaranya ISA (Ikut Suka Aku), Bapakku Seorang YB, Rakyat Bersatu dan Shuhada Memali.

DRUR memuatkan sepuluh lagu dan diterbitkan sendiri oleh pencipta dan penyanyinya sendiri. Buat masa ini, DRUR boleh didapati dengan menghubungi pengedarnya di talian 012-59 01 798

p/s: Tahniah atas usaha Bro. Meor & teman2 yang lain!!!

18 October 2009

samarsamar

walhal yang sama-samar itu masih belum noktah
semenjak ujud aku, kau dan ujud dunia
sama-samar itu adalah hakikat
ia sentiasa akan ada dan takkan padam
untuk sebuah yang pasti

17 October 2009

Malam itu, tuhan datang bersembang

Perhatian: 18PL

Bila tuhan bicara sama aku. Aku sedang melangut dekat beranda melihat lihat langit malam dan kalau ada tahi bintang jatuh, macam cerita orang putih lalu aku akan pejam mata dan buat hajat. Eksotik kan? Pada syahdu langit malam itu. Tuhan telah bersembang dengan aku. "Aku ini kawan kamu. Mari kita bermain? Kamu berdiri disitu dan aku akan jadi polis. Bila aku kejar kamu, kamu lari. Dan bila aku kata berhenti lari! Kamu stop ya?"

"Okay, tapi kenapa kamu pilih aku sedangkan ramai lagi yang warak dan saleh. Aku ini pendosa luar biasa. Kamu pasti akan masukkan aku dalam neraka. Tak begitu wahai tuhan? Kawan?"

"Owh...kamu tau. Aku inikan tuhan. Aku bukan raksasa atau tuan tanah yang jahat. Aku ini baik sekali. kamu jangan marah aku ya. Semalam aku telah memilih zack dan roslan untuk bermain. Malam ini aku memilih kamu sebab aku lihat kamu sedang sunyi. Jiwa kamu jadi kosong sejak kamu putus cinta sama Tutu semalam. Kamu menangis sampai muntahkan? Betul tak? Jadi, sebelum kamu diisi oleh perempuan2 atau apa2 saja material manmade, inilah peluangku bermain sama kamu."

"Tapi sebelum kita mula bermain, kamu dengar apa yang aku nak cakapkan ni ya"
Okay. jawabku ringkas.

"kata2 ku pada sekalian suhuf dan kitab2 yang pernah ada dibumi. ia dilakar atas sebuah lembar yang bercetak. Sebelum ada mesin cetak, ia itulis atas kulit, pyprus maupun batu2. Tanpa pahat, pen, dakwat maupun mesin cetak. Orang tidak akan kenal sama aku malah aku mungkin akan tenggelam dalam firman2ku sendiri."

Point kamu? aku mencelah.

"Aku dijembatani oleh tulisan dan huruf, tanpa mereka, kitab2 itu adalah kosong dan aku takkan popular!"

Apa kena mengena populariti kamu dengan aku ini?? Kamukan ada kuasa Maha hebat? tanya aku lagi.

"Kan aku dah beritahu kamu sebab kamu sedang sunyi dan kosong. lagipun aku tuhan. aku juga ada desire yang maha tinggi...dan untuk kekosongan kamu itu, aku akan hadiahkan beberapa ayat"

Ayat apa?

"Ayat2 itu ialah ayat yang kamu sedang baca sekarang ni. Mudahan kamu tidak lagi kosong dan sunyi ya....."

Habis, bila kita akan mula bermain polis2? aku bertanya.

"Time out la bro. Kamu banyak tanya sangat. Aku sekarang kena bertemu dengan Azi dan Jamilah pulak. Nak ajak main sorok2."

Belum sempat aku ucapkan terima kasih, dia telah pergi, aku masuk dalam rumah. tidur. dan esok, aku tidak lagi akan sunyi.

16 October 2009

Fateha Asik untuk tatapan umum (poyo)

Terima kasih korang semua yang slalu masuk blog aku. Setia dan menjadi peminat fanatik tulisan2 aku. Aku ada nasihat berguna. Hidup; ada 2 pilihan...samada jadi diri sendiri atau kena punch in tiap2 pagi. bosan kan. Keterikatan pada masa...jadi umur dan bila dah beranak, ada cucu dan kemudian membiarkan anak dan cucu lihat kita mati atas tilam dengan cadar warna warni. best tak?

mood aku ada down sikit sari dua ni. dahla dekat tua, takda apa. tapi benda2 tu semua beban kan? korang boleh buat penafsiran sendiri. contohnya ada awek yang suka makan makan kita yang bayar dia tak pernah langsung. kedekut mak ai. atau dia suka sangat pegi genting main rolerkoster selalu cerita tentang kahwin dan nama anak? fuckoff semua tu. uweek..! kan? kan?? hahaha Bila cerita cinta; itu sangat dalam sebab ada bunga ros biru, poyo, karat dan boleh jadi plastik. bila jadi plastik, jadi item recycle. sekilo kalau jual dapat 40sen. Macam cinta kamaruddin dengan jeffry yang kumis tajam2 tu.

Untuk laki2 & perempuan: lupakan sekejap cinta bunga2, carilah seks! Bercintalah sekejap semasa melakukan penetrasi. ini 2in1 lebih suci, express, sebab korang tak perlu lap mulut dia masa lepas makan malam kalau tak dia merajuk. kalau pernah jadi macam tu dekat korang, memang malang!

semalam, dengan penuh tawadhuk dan hati yang sentiasa redha. aku telah sukses siapkan sebuah drawing. ape2 istilahlah yang korang pikir. Ni hasil pertama solo aku. Aku namakan Fateha Asik. Ada kekuatan dalamnya dengan bola api atau bola naga atau matahari dan background warna garang. Menampilkan unsur alip ba ta dan islami. Korang kasi komenla skit ya!

Judul: Fateha Asik

15 October 2009

kau khianat

Belati misvich ratah tubuhku

Turun hujan darah dari langit

lalu malaikat menangis

dan aku pusing segenap arah

lalu terbang aku dalam satu titik

hilang dalam nirvana

kau jadi sampah yang aku kencing

kuala lumpur 032009

14 October 2009

Sepi dia

Dia membuka seluruh pakaiannya. Lalu bersila ditengah ruang biliknya. Rambutnya dipotong habis. Lalu bulu tangan dan kakinya. Bulu keningnya, bulu ari2nya, bulu anusnya di cukur. Jadi suci. Jadi bersih. Bulu2 itu dikumpul menjadi sebuah bukit. Dia pejamkan mata. Kepalanya ditunduk. Perlahan2 dia mengesut menghadap ke arah selatan.

Ex Chel! Ex Chel! Ex Chel! Serunya garau. Semakin masa berlalu, tubuhnya semakin hilang dalam graviti kosmos. Kekiri dan kekanan. Depan dan belakang. Dia akan terbang lagi. Dan, masa itu, bila Lisa datang, dia memukul lisa dengan kayu hoki sampai mati. Bila Ina pula datang, dia membungkusnya dengan guni gula dan buang dalam lombong. Bila Tini datang, dia mengambil pisau maknya dan toreh toreh muka tini sampai buruk. Bila Aunty Shida datang, dia sedut dengan vakum elektrolux.

Dia pasti dia akan terbang lagi. Perlahan2 dia mengangkat kepalanya dan membuka matanya. Bulu2 rambut itu dikemas elok2. Air Seven Sea itu diambil satu penutup dan dicurahkan pada rerambut yang telah dikumpul, digaul sampai sebati.

”Demi Qadesh, Ex Chel dan Ursuli! Yehweh...Yehweh...Yehweh”
Dia menyalakan batang mancis itu lalu menyucuh bulu2 dihadapannya. Kepalanya ditundukkan, matanya dipejam, tangannya dilepa. Dia akan terbang sebentar lagi. Dan bila sahaja langit bertukar merah. Dia mula terbang, semakin tinggi, semakin sayup, meninggalkan Lisa...Ina...Tini... Aunty Shida dan bertemu dengan Quakarolina, Dewi Bintang yang kesepian.

12 October 2009

Kupu2 biru jadi mak ayam gemuk

Aku bertemu dengan kupu2 bewarna biru. Matanya bulat pakai celak cantik sekali. Pipinya gebu dan rambutnya ada ropol2.

Wahai kupu-kupu biru, kau bawalah aku terbang jumpa dengan kupu2 merah jambu. Aku kepingin bertemu dengannya malah, aku selalu memimpikannya.

Kupu2 warna biru kemudian mengambil tongkat saktinya lalu mengetuk kepalaku tiga kali dan kemudian aku menjadi ulat beluncas yang sedang makan daun.

Kenapa kamu tak bawa aku terbang bertemu kupu2 merah jambu??? soalku pada kupu2 biru.

Kupu2 biru tak menjawab lalu menukarkan dirinya menjadi mak ayam gemuk yang sangat lapar.

Dia menelanku hidup2 pada malam itu juga seraya berkata ktukktuktuktuktuktuk yang bermaksud Alhamdulillah...

aku tau kau akan peluk aku

Kau peluk aku erat

Dalam dakapmu itu aku asyik

Kau peluk aku sampai keluar peluh

Peluh2 itu bersatu

Tiba2 jadi laut yang banyak air

Aku dan kau dalam sampan

Terumbang ambing

Sampai satu masa

sampan langgar batu duuuuuum!

Aku jerit: tolong tolong tolong

Lalu kau tarik tanganku

Tenggelam dalam laut dengan kau

Legian-Kuta 22042009

************************************************

# lagu bawah ni takde kena mengena dengan yang atas ni


10 October 2009

Kamaruddin telah jatuh cinta dengan Jeffry yang berkumis tajam tajam

Kamaruddin telah jatuh cinta dengan lelaki berkumis tajam tajam yang diberi nama Jeffry. Jeffry anak kepada taukeh cybercafé yang berpusat disekitar sunway dan petaling street. Pada suatu hari, Kamaruddin sedang berjalan jalan di tepi sungai. Dia sangat terkejut dan gembira apabila dia terserempak dengan jeffry lelaki berkumis tajam tajam itu seorang diri duduk di tebing.

“Hi jeff…! “

Jeffry menoleh.

“Hi…” balasnya kepada kamaruddin.

“Aku love cinta kamu jeff….”

“Aku tak boleh tidur siang dan malam kerana teringatkan kamu…”

“Aku harap kamu juga seperti aku…”

”Maka sudilah kiranya kamu menerima aku sebagai kekasihmu...”

Jeffry terdiam. Dia terus menerus merenung kamaruddin. Gelombang love cinta sedang berbunga2. Bunga ros merah keluar dari dada jeffry dan bunga cempaka kuning keluar berjambak-jambak dari hati kamaruddin menciptakan sebuah suasana romantis berfrekuensi tinggi.

Mereka saling bertentangan mata. Kamaruddin keharuan. Titis2 air mata syahdu yang tulus dan dalam keluar membasahi kelopak dan mengalir ke pipinya. Apabila air mata itu jatuh keatas tanah, ia jadi pepohon sirih yang menjalar dan bunga melati yang harum serta lebat daunnya.

Renungan jeffry semakin dalam dan menusuk sehingga tembus ke maqam qalbu kamaruddin. Kamaruddin semakin asyik. Semakin asyik dengan love cinta. Kelabu mata dan tenggelam dalam dunia ghaib love cinta.

Sedar dari keasyikan itu, azan maghrib baru berkumandang. Dia sangat terkejut kerana mendapati tubuhnya semakin mengecil dan mengecil sehinggalah dia menjadi manusia kenit setinggi batang mancis. Jeffry senyum lalu mengambil kamaruddin dari tanah dan memasukkan kamaruddin dalam sebuah botol plastik spritzer yang kosong dan terpakai.

Apabila kamaruddin dikeluarkan dari botol plastik spritzer kosong itu, jeffry mencangkukkan kamaruddin pada mata kailnya terus dibaling ke dalam sungai.

Kemaruddin manangis, air matanya berderai-derai "Jantan lahanat kau jeff!!! Kau zalim! Zalimmm!!!!

Dan bermula dari saat itu, kamaruddin tidak lagi percaya pada love cinta kerana dia bakal menjadi lauk kepada ikan sepat, talapia, keli atau pun ikan patin.

09 October 2009

kosmos paranoia

kau dan kamu...

ada berita dari pusat kosmos jagat

esok akan ada sebuah cahaya lagi

dan bergembiralah sekarang

kalau esok cahaya tak datang

tunggu ya...tunggu lagi...

kau dan kamu... paranoia kita akan hilang

luluh dalam cahaya itu

kau takut ya kalau ia tak datang

sekarang peluklah aku dengan kuat

dan masuklah kedalamku

sampai esok lagi

sampai esok lagi

kalau cahaya tak datang

kita bakar pusat kosmos

kita jadi gergasi yang ada karomah

08 October 2009

bapak Tony melarikan diri setelah maknya pregnant 3 bulan

Semalam aku ke Petaling Street bertemu dengan Tony (bukan nama sebenar). Petaling Street semacam jantung yang sangat sihat. Sangat majmuk. Hidup. Riuh, ribut, happening. Table for two... foot reflexology… massage… beer for free!… tisu paper-tisu paper…. Dvd baru ada tengok?... Bak kut teh power… baju murah mari bang… air mata kucing… itik gantung dan daging salai. Semua boleh didapati kat sini. Harganya tak mahal boleh runding. Janji mau.

Disini nampak eksistensi manusia yang berbilang bangsa dan agama hidup dengan aman dan damai. Tak perlu bagi duit dan nyanyi lagu negaraku pun. Semua manusia faham kecuali ahli politik yang terkutuk tu. Blog ni bukan la blog politik. Saja2 nak cakap.

--------------------------------------------------------------------------

Aku jumpa Tony. Lama tak jumpa dia. Dia kawan yang aku kenal dalam blog. Macam2 yang kami cerita antaranya tentang kerje, penulisan2 aku, Isa Samad Doremon perasuah kitar semula, kisah Mei Ling dengan Kupu2 Pink dan macam2 lagi. Sampailah satu point, Tony bukak cerita dia.

Tony bagi tau aku. ”Aku takda bapak. Masa mak aku lahirkan aku, dia cuma diteman dengan Bidan Cik Yah, nenek aku dan Makcik Lijah rumah sebelah. Bawah pokok ketapang tepi tasik bila mak aku cakap yang dia dah pregnant 3 bulan, bapak aku lari. Dan sampai sekarang aku tak pernah jumpa dia. Kesian mak aku, dia dicemuh orang kampung, pernah diludah, dikutuk perempuan jalang, dikata mengangkang sana sini dan dituduh sebagai prostitute bertudung. Tapi mak aku hati tabah, dia proses semua ludah dan caci maki cela orang kampung dan jadikan kerepek ubi. Kurang2 boleh letak kat kedai Rahim Mamak buat jual. Dia tak peduli apa orang nak kata. ...

Alhamdulillah, aku(Tony) rasa syukur sangat sebab mak aku tak buang aku dalam jamban atau campak aku dalam sungai macam trend budak2 sekarang buat. Apala kepala biol diaorang tu. Mungkin budaya masyarakat pun tak membantu orang2 macam mak aku ni. Kitakan manusia. Mana ada tuhan kata anak haram macam aku ni masuk neraka.”

Itula cerita Tony dekat aku. Baru aku tau dia ni bapaknya lari. Aku keharuan dan sedih dengar penderitaan yang mak dia lalui. Aku menitiskan air mata, ”haha rilek la bro...cool” kata Tony kat aku. Aku memang sensitif citer2 macam ni. Macam jugak citer Seven Pounds. Melalak aku sorang2.

Masa aku kesat air mata yang keluar. Beberapa titik air mata aku dah jatuh kat atas meja. Langsung uncle Wong (bukan nama sebenar) tu datang dan lap air mata aku yang jatuh atas meja. Dia berkata dekat aku sesuatu yang hebat. ”Semua yang awak sedih tu. Simpan dalam hati. Simpan sampai penuh. Rasa2 dah penuh. Dalam bilik nanti, goncangkan badan kuat2. baring. Awak ambil pisau lipat, then potong bahagian hati awak. Disitu nanti ada banyak ketul2 emas keluar yang awak boleh jual semula. Bikin awak jadi kaya. Saya cakap betul punya”

Aku dan Tony gerak pulang dalam jam 7.30 petang. Tony menghala ke utara, aku menghala keselatan. Kami berdua hilang dalam sarat penuh, manusia2 majmuk yang sedang berjalan-jalan.

cinta kamaruddin

...Kamaruddin mendapat cintanya melalui jelingan mata seorang jeffry. Sedar2, dia mendapati dirinya telah menjadi manusia kenit kemudian dimasukkan dalam botol plastik terpakai...

07 October 2009

Robert: sang lagenda pemburu syahid!

Semalam Robert mendapat khabar dari ibunya Maria bahawa sesuatu yang maha dahsyat akan berlaku selang beberapa hari lagi. Ibunya mengatakan bahawa sebuah massacre besar besaran akan berlaku sepertimana pernah menjadi sebuah sejarah di Jerman, Jakarta, Murambi, Texas, dan Bayungwangi. Datuk dan moyangnya (terkenal dengan panggilan The Phyton Couple) juga telah menjadi mangsa massacre sebelum ini. Tewas ditangan penguasa jahat planet jupiter.

Tuan tanah semakin zalim dan gila. Mereka ingin menguasai segenap inci tanah ini dan dunia. Raja juga bersekongkol melakukan maksiat dan kezaliman yang melampau. "Kita harus bangun! Kita harus lawan! Kita harus adakan sebuah revolusi!" Robert berceramah kepada teman2nya yang lain dengan penuh semangat.

Tapi sayang, semua mereka senyap. Tunduk. Takut. Bisu. Buta. Pekak dan dah jadi bodoh.

Tiba-tiba semua jenis ruang kelihatan sangat sempit buat Robert untuk merealisasikan ide kebebasan sepertimana yang diajarkan oleh Friedrich Hegel, Rousseau, John Locke, malah Gus Dur sama sekali. Apapun yang berlaku, semangat dan roh perjuangan Imam Khomeini, Omar Mukhtar dan Abdullah Azzam tetap segar mendidih mengalir setiap saraf tulang belulangnya.

Hujan renyai petang itu menjadi saksi sebuah saat genting buat Robert, keluarga, sanak saudara dan teman-teman yang lain. Menangis sudah tak berguna lagi. Satu demi satu tewas. Massacre ini antara yang terbesar pernah dilakukan dimuka bumi. Siapapun tidak melawan. ketakutan.

Saat itu Robert mengeluh. Tapi dendamnya sangat dalam. hatinya kental walaupun tubuhnya berkecai. Robert gugur dimedan perang. Keberanian dan semangatnya menjadikan dia dikenali sebagai itik serati islam pertama yang mati syahid di jalan Allah. Bersatulah jiwa dan raganya dengan aman dalam sebuah menu lemak kuning masakan Mak Senah beralamat di Kampung sungai sireh kuala selangor. Lagenda Robert sebagai aktivis dan pejuang kiri pertama syahid, terus berkembang, diturunkan dari generasi ke generasi hingga sekarang. Demi kebebasan, keadilan dan kesamarataan!!!

06 October 2009

Pintu rumah aku diketuk hammurabi dari babylon

Hari itu sangat redup dan sejuk. Selepas hujan biasanya macam ni lah. Aku tengah baring sorang2 kat ruang tamu rumah aku dengar lagu Midori: passage to heaven. Grogrian Jaipong Pop. Minum air panas memang best time2 macam ni. Aku ke dapur ambil cawan dan koyakkan nescafe 3 ini 1 kemudian masukkan air panas secukup sukatannya tak perlu tambah gula atau krimer lagi. Cerdik pandai mengatakan kalau makan banyak sangat krimer boleh bikin lu jadi sakit kanser. entahlah. Lepas tu aku minum dan belek buku2 lama aku dalam bilik.

Aku sedang belek2 buku yang aku letak dalam sebuah rak dalam bilik. Banyak buku dah berhabuk2. tebersin-bersin aku. Dengan tiba-tiba. Pintu rumah aku diketuk orang.
"tuk, tuk, tuk....assalamualaikum...."
"assalamualaikum.... tuk,tuk,tuk...assalamualaikum...."
"Orang tabligh ke tu?" aku tak bukak pintu. Tanya dari dalam.
"Bukan" katanya...
Lalu aku bukak pintu. Ada seorang tua berjanggut panjang warna hitam didepan pintu.
"Ya encik, ada apa ya? masuk la dulu. Saya buat nescafe untuk encik dan bolehlah kita berbual2 soal kehidupan petang ni...lagi pun saya sorang aja di rumah. Boring jugak...." kata aku.

"Terima kasih sajalah, saya sangat busy orangnya, tak sempat sembang2 ni. lain kali sajalah ya. Okay, nama saya Hammurabbi. Saya adalah penguasa dari Kota Babylon ingin menyampaikan sebuah surat dari Samash, dewa matahari yang pengasih tu kepada encik. Nah ambil ni...."

Aku mengambil surat yang diberikan oleh Encik Hammurabi tu. Smasa aku membuka surat tu, dia telahpun lesap entah kemana. tak sempat aku ucapkan terima kasih kepada dia. Surat itu mengatakan:
"adalah dengan titah yang maha kuasa, pengatur alam bulan dan bintang. Aku, Samash, Dewa matahari yang pengasih, menitahkan kamu untuk menukar kerja kamu sekarang ini kepada agent loan bertauliah. Titah ini hendaklah diikut sebenar-benarnya supaya kamu beroleh kejayaan.....Yang Ikhlas.....signed Samash"

Pergi saja aku ke ofis di Putrajaya. Aku memberi surat resign, notis 24 jam kepada bos aku dengan sebab sebab yang logik dan bermulalah kehidupan baru aku sebagai loan agent di sebuah koperasi milik Hj Sulaiman.

05 October 2009

Shahira Syumairah binti Abdullah

Masa aku jalan jalan tepi kolam lepas jumpa En Zulkarnain. Tiba-tiba, seorang budak kecil entah anak sapa tak tau aku memanggil aku dari belakang. Budak perempuan tu pakai gaun merah paras lutut dengan cekak pink gambar strawberi tengah senyum.

"uncle...uncle" jeritnya.
Aku toleh belakang. Budak perempuan tu lari-lari anak lantas memeluk ku erat-erat.

Aku tunduk kebawah. Dia mendongak dan senyum. Dia kata "bila besar nanti, saya nak kawin dengan uncle boleh tak?"

"Tak boleh" jawabku
"Boleh" kata budak kecil tu
"tak boleh..!" kata aku lagi
boleh...tak boleh... boleh... tak boleh.... boleh... tak boleh... boleh

Aku memberinya nama Shahira Syumairah binti Abdullah.
Dia comel. Dia cantik.
Masa berlalu dengan pantas. kami masih disitu sejak enam belas tahun yang lalu dan budak itu mungkin berumur 21 tahun 3 bulan.
"Saya dah besar pun sekarang...boleh kan kalau saya kawin dengan uncle...?"
"tak boleh..." kataku. Lalu semena-mena aku menghampuk kepala Shahira Syumairah binti Abdullah dengan penukul besi dan dia terus pengsan atau mati dan aku melarikan diri dan terus berlari.

03 October 2009

Freedom Film Fest 2009

Semalam aku ke freedom film fest di annexe C.M. FFF ini dianjurkan oleh Pusat KOMAS. Ramai yang datang. Ada banyak NGO yang buka meja antaranya Amnesty International Malaysia, Suaram, PT Foundation dan lain2 lagi. Screening bermula semalam 3 oktober sampai 5 oktober. Banyak yang korang akan dapat. Free brochure, buku2, tshirt, vcd dvd dan lain2 lagi.

Screening semalam berjudul "At Stake"-sebuah dokumentari 4 cerita oleh lima direktor fokus berkenaan hak asasi, diskriminasi, keluhan, cabaran dan perjuangan wanita indonesia. Agak panjang. Nak bangun terkencing takut mengganggu orang belakang pulak. Tapi aku bagi 4 star untuk dokumentari ni yang telah berjaya mengharukan aku bila rian membawa isterinya naik basikal disamping rutiwat sedang membonceng sepeda motor yang dipandu bakal suaminya.

Lebih mengharukan kisah 2 orang pekerja seks yang siangnya bekerja memecah batu dan malamnya jual tubuh dengan bayaran 10000rph pun boleh on. Keperitan dan kehidupan mereka tak dapat aku banayngkan sebab kalau kat KL, aku tak pernah main atas kubur cina.

Hari ni dalam jam 8 malam, korang datangla beramai2 dekat sini, bangunan Annexe Central Market yang kat belakang tu untuk screening 3 filem pemenang proposal iaitu:

1) No Silver Lining: The Perak Crisis
2) Kayuh
3) Al Fatehah Memali-Rahmat Harun

Selamat nonton!