Dalam lingkungan jam 9 malam 3 November 2009, aku mulakan perjalanan dan tiba di Petaling Street menaiki bas dari Shah Alam. Bertemu pemuda tahan lasak zhafir dan wahyudi yang menemaniku sampai keesokkan harinya. Kami overnite di sekitar KL sentral dan berakhir di sebuah mamak di Brickfields. Dalam jam 7.30 a.m, aku menaiki skybus ke LCCT cuma RM9 sahaja berbanding RM30 jika menaiki shuttle train dan turun di KLIA. Kalau anda naik bus dari KLIA ke LCCT pula, tambangnya RM2; aku dah jimat RM23.
Lebih kurang 50 minit aku sampai di LCCT. Terminal agak sibuk dan ramai. Aku terus pergi ke Foodgarden (taman makanan) yang terletak lebih kurang 50 meter dari bangunan Terminal. Di LCCT, kedai-kedai makanan yang dekat adalah lebih mahal dari kedai makan yang jauh. Malah, kedai makan yang jauh, teh tariknya jauh lebih sedap.
Dalam jam 1220, aku register masuk. Semasa dalam baris menunggu giliran, aku telah disapa oleh seorang makcik berumur dalam awal 50-an. Kami sempat bersembang. Dia berasal dari Banda yang baru sampai dari Penang untuk ’berobat’. Maksud ’berobat’ itu ialah mendapatkan rawatan kesihatan di salah sebuah pusat rawatan di Pulau Pinang.
Pesawat bernombor AK305 Banda Aceh berlepas jam 13:25 seat 26D. Di gate T8, aku duduk dalam keramaian manusia yang pelbagai rupa, bermacam ragam, ke destinasi yang berlainan. Padang-Bali-Phuket etcetc. Perbezaan yang ada di pintu T8 ialah hampir semua kaum ibunya bertudung dan berbaju labuh manakala lelaki, ada yang berbaju melayu dan berkopiah. Ini gambaran awal Aceh untuk aku.
Semasa duduk menunggu; seorang pemuda, berumur dalam lingkungan awal 30-an duduk disebelahku. Selang satu kerusi. Dia menegur aku semasa aku sedang membelek-belek peta Banda dan menyemak senarai hotel-hotel yang aku print siap dari rumah.
“Pertama kali ke Aceh?” dia bertanya.
“iya...” jawabku ringkas.
Kami berkenalan, namanya Heri, aku sempat bertanyakan serba sedikit info mengenai banda. Bila bertanyakan tentang hukum syariah yang dilaksanakan; katanya:
“Itu semua politik...”. Heri tersenyum.
Perbualan kami terhenti bila announcement sedia menaiki pesawat. Kami bersalaman dan mengambil barang masing-masing.
No comments:
Post a Comment