Perjalanan rasa jauh sangat bila terhenjut-henjut dalam bas yang mendaki jalan raya simpang pulai-lojing. Bila sampai untuk mendaki, bas ini akan jadi macam kura-kura. sangat perlahan dan terketar-ketar. aku jadi lenguh, nak terkencing, semua ada. mujurlah tak ramai orang yang naik. boleh jugak tukar-tukar tempat duduk. bas ini menusur jalan-jalan lebar yang bersimpang siur dan melalui kawasan perkampungan orang asal sesekali akan terlihat gerai-gerai kecil orang asal menjual petai dan buah2 hutan dan orang berhenti menadah air yang turun di kaki bukit. hari ini pemandangan sepanjang perjalanan teduh dan udaranya nyaman. Bas tua yang aku naiki ini tak mahal, Ipoh - cameron cuma RM10.30. Tapi kalau khidmat bas ini semuanya ditukar dengan bas baru, akan hilanglah sentimental value cameron highland. kot. sepertimana penjara pudu kena roboh, orang yang merobohkan itu memang bodoh.
Aku tiba di cameron highlands menaiki bas kinta dari ipoh jam 11 pagi. Sejak jam 10 pagi lagi aku dah sampai di stesyen bas ini. Stesuen Bas Ipoh-Medan kidd adalah sebuah stesyen bas lama tahun 70-an. Stesen bas ini tetap teguh berdiri dan masih kekal klasik dengan manusia-manusia yang tetap sama-sama menunggu nak ke Taiping-Kuala-Kangsar-Teluk Anson-Lenggong-sekitar Ipoh. Azmil tak sempat sampai dari Kampar dan turun di Chandan Desa saja.
Cameron mendung selepas hujan dan kemudian hujan lagi menjadikan kawasan ini betul-betul nyaman dan sejuk. Azan isyak dilaungkan dan kedengaran sayup-sayup membelah hujan di pekan brinchang ini. Azmil sedang menikmati nasi tomato yang dibeli dari pasarmalam tadi dan aku terkaku dalam sejuk malam ditemani teh panas dan jagung bakar.
novel kah? menarik. rasa nak pergi lagi ke cameron...:-)
ReplyDelete