Tidak ada apa untuk bising2 lagi setelah bapa kamu lari. Dan apabila ibu tirimu marah padaku, aku bilang dia perempuan jahat yang
Kamu, telah ceritakan padaku bapamu itu telah lari ke Banda, dan mengahwini seorang perempuan Aceh yang kaya. Taukeh ikan dan ayam yang ada 6 stall di pasar Peunayong. Lalu kata kamu bapa kamu menyuruh kamu adik beradik untuk terus menetap di Simpang Pulai selama dua bulan lagi sebelum menyuruh kamu semua ke Banda. Dua bulan lagi; itu tak lama.
Dua bulan lagi bulan September.
1 September, pagi ini hujan lebat membuatkan laman sekitar berkabut. Lepas hujan, suasana sejuk dan nyaman. Di alun kicau burung yang mencari makan dipagi hari. Aris dan Seman biasanya sudah keluar mencari petai. Aku menetap di Ringlet kurang2 500 meter dari jalan utama. Sekarang sudah ada jalan tar biarpun kecil. Kalau dulu, terpaksalah penduduk disini selinsing seluar berjinjing kasut. Lagi2 lepas hujan lebat, jalan tanah merah jadi becak. Disebuah pondok kayu yang usang. Dari situ aku menaiki bas kinta dan berhenti di
Esok kamu akan ke Banda. Hari ini kamu dan adik-adikmu akan terus ke LCCT naik bas, jadi hari ini hari terakhir kamu untuk bertemu aku sepertimana sms kamu sebulan lepas. Di
Aku kenal bapa kamu sejak tiga tahun lalu, bapa kamu lari sebab dia tahu bahawa ibu tirimu Salmi mau merampas segala hartanya dengan cara jahat. Senyap2 dia menelefon aku dan memberitahuku bahawa dia akan ke Banda mengikut pak yusop yang akan balik ke Loksemawe selepas sehari menceraikan ibu tirimu salmi. Sekarang kamu berada dihadapanku bersama Borhan dan Ros dalam kedai Salim mamak.
Kamu kelihatan sangat ayu hari ini. Entah kenapa selama ini aku tidak perasan yang kamu sangat ayu. Aku mungkin pandang kamu sebelah mata selama ini. Aku salah. Kamu sangat ayu. Atau mungkin selama kita bertemu kamu tak pernah memakai gincu yang membuat bibirmu sangat rontok, matamu kelihatan sangat tajam dan memukau. Aku berasa seperti mau menidurimu sekarang. Naik ke hotel atas dan tinggalkan Borhan dan Ros sekejap disini. Tapi kamu pasti menolak bulat-bulat. Kamu pernah beritahu aku bahawa aku adalah manusia introvert yang bosan. Tak apalah. Aku orang asli yang berkulit gelap tak sepadan dengan kamu yang kulit cerah. Tak apa... tak apa... aku takda masalah pun kalau kamu menolak.
Jam 6.30 kamu naik bas ke K.L. Kamu berjalan memegang tangan adik2mu dan aku takkan lupa saat terakhir kamu menoleh mukamu kepadaku. Kamu melemparkan sebuah senyuman yang aku tak pasti bila lagi akan aku peroleh. Aku akan bermalam di Ipoh memandangkan bas ke ringlet sampai pukul 6 sahaja. Selamat jalan untuk kamu!
suka erk kat dia?
ReplyDeletenapa x terusterang..
Heee
kamu (sang penulis) hilang terus ya?
ReplyDeleteinteresting. :-)
ReplyDelete