11 November 2009

Travelog aku ke Aceh part 1

Aku telah meletak sebuah angan2. Satu hari nanti aku akan sampai ke Aceh. Aku mengenali Aceh melalui kebangkitan rakyat Aceh melawan RI dan bencana tsunami.

Lingkungan jam 9 malam 3 November 2009, aku mulakan perjalanan dan tiba di Petaling Street menaiki bas dari Shah Alam. Bertemu dua orang temanku, Z dan W yang menemaniku sampai keesokkan harinya. Kami overnite di sekitar KL sentral dan berakhir di sebuah mamak di Brickfields. Dalam jam 7.30 a.m, aku menaiki skybus ke LCCT cuma RM9 sahaja berbading RM30 jika menaiki shuttle train dan turun di KLIA. Kalau anda naik bus dari KLIA ke LCCT pula, tambangnya RM2; aku dah jimat RM23.

Lebih kurang 50 minit aku sampai di LCCT. Kelihatan terminal agak sibuk dan ramai. Aku terus pergi ke Foodgarden (taman makanan) yang terletak lebih kurang 50 meter dari bangunan Terminal. Di LCCT, kedai2 makanan yang dekat adalah lebih mahal dari kedai makan yang jauh. Malah, kedai makan yang jauh, teh tariknya jauh lebih sedap.

Dalam jam 1220, aku register masuk. Semasa dalam baris menunggu turn, aku telah disapa oleh seorang aunty berumur dalam awal 50-an. Kami sempat bersembang. Dia berasal dari Banda yang baru sampai dari Penang untuk ’berobat’. Maksud ’berobat’ itu ialah mendapatkan rawatan klinikal di salah sebuah pusat rawatan.

Pesawat bernombor AK305 Banda Aceh berlepas jam 13:25 seat 26D. Di gate T8, aku duduk dalam keramaian manusia yang pelbagai rupa, bermacam ragam, ke destinasi yang berlainan. Padang-Bali-Phuket etcetc. Perbezaan yang ada di pintu T8 ialah hampir semua wanita2nya bertudung dan berbaju labuh manakala lelaki, ada yang berbaju melayu dan berkopiah. Apakah ini gambaran awal Aceh untuk aku.

Semasa duduk menunggu; seorang pemuda, berumur dalam lingkungan awal 30-an duduk disebelahku. Selang satu kerusi. Dia menegur aku semasa aku sedang membelek2 peta Banda dan menyemak senarai hotel2 yang aku print siap dari rumah. “Pertama kali ke Aceh?” dia bertanya. “iya...” jawabku ringkas. Kami berkenalan, namanya Heri, aku sempat bertanyakan serba sedikit info mengenai Aceh. Bila bertanyakan tentang hukum syariah yang dilaksanakan; katanya: “Itu politik...”. Perbualan kami terhenti bila announcement sedia menaiki pesawat. Kami bersalaman dan mengambil barang masing2.

Kapal terbang atau pesawat..;) mula bergerak lebih kurang jam 1340. keadaan cuaca diluar agak berawan. Perkara yang aku sedikit fobia dalam pesawat ialah bila dia langgar awan tebal dan angin lintang. Semuanya akan bergegar macam gempa bumi.

Apabila hampir tiba, pilot membuat announcement siap sedia untuk mendarat. Aku tengok bawah. Nah.... Nanggroe Aceh Darussalam! Aku dah sampai! Ini adalah perjalanan travel solo pertama aku! Aku sangat teruja!

Dari atas, kesan tsunami masih jelas dengan pemandangan kawasan pinggir pantainya. Aku sedang menikmati pemandangan bekas2 bencana. Aku adalah manusia sentimental dan untuk itu aku syahdu melihat pemandangan tersebut.

“Tanah ini tanah yang hebat. Mengalir darah para pejuang dan syuhada yang ramai. Juga darah mereka yang berjuang untuk hidup melawan bencana!”

Mereka yang berada dalam dek pesawat rasanya hampir 90% orang Aceh. Diwajah mereka tersimpan memori2 silam yang perit dan pedih. Lagi sekali aku tersyahdu...

Perjalanan mengambil masa 1 jam 25 minit. Masa di Aceh awal satu jam berbanding masa di K.L.

Semasa memasuki Terminal Udara Sultan Iskandar Muda, kami semua disambut dengan tari Likuk Pulo. Tarian ini ala2 dikir barat tapi takda tukang karut dan gong. Sarikata lagu berbahasa Aceh dan Indonesia mengucapkan selamat datang dan solawat, gemanya memecah sunyi ruang.

Dari Airport, aku mencari Dambri... tapi tak nampak pun yang macam bas mini tu... aku duduk sekejap. Lepas tu aku buat keputusan untuk naik teksi sahaja. Destinasi: Masjid Raya Baitulrahman. Biaya kosnya adalah Rph 70.000 sahaja bersamaan RM20 lebih. Dari airpot mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba di Masjid Raya Baitulrahman pusat kota Banda.

Aku diturunkan betul2 disebelah Masjid Raya Baitulrahman. Aku memerhati sekeliling. “Sampai jugak...!” hatiku berkata. Tersenyum aku sorang-sorang kat situ.

Aku berjalan ke depan... melintas jalan... kekiri... kekanan.... tengok2 keliling... nak cari hotel... tapi tak nampak pulak....ahhh... duduk dulu, penat. Aku singgah disebuah warong kaki lima untuk makan tengahari. Bakso Aceh dan teh botol.


p/s: Airport juga lebih dikenali sebagai Bandara




8 comments:

  1. alhamdulillah.

    terompahkayu,
    saya setuju sangat dengan pandangan saudara dilaman saya. Menambah wangi!

    ReplyDelete
  2. wow...

    i never been on a plane...
    and aceh...
    nice...

    ReplyDelete
  3. kenapa ada gambar zhafir tu?

    ReplyDelete
  4. salam...

    tq singgah anaklaut

    izinkan saya follow ur blog..

    ReplyDelete
  5. setiakasih: haha aku jalan2 tengok2 tempat orang.

    mastinta: budaya tu bagi aku satu anugerah. dia wujud sebelum secondary influences datang. budaya adalah identiti tanpa mykad!

    sisengal: best...penat...dapat kawan...

    supernotcool: u should!

    kak alina: hehehe

    anak laut: follow aja sih!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion

    KERETA SEWA BANDA ACHEH & SABANG

    Salam... Kepakaran Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Acheh, Sabang, Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat Shopping, Melancong dan Situs Tsunami Aceh dan sebagainya sekitar Banda Aceh dan Sabang. Utk booking
    call. +6281263979828
    call. +6281263979828
    whatsapp. +6281263979828
    Facebook : Muchsin Bin Mustafa Yatim

    ReplyDelete