06 November 2009

di Peunayong

Kedatangan aku ke aceh adalah untuk melancong dan melihat kehidupan disana pasca tsunami. Ternyata, igauan ngeri itu masih menghantui sebahagian besar penduduknya. Kesan bencana ini masih boleh lagi kelihatan disekitar Banda dan Ulee Lheu. Mengungkap apa yang diceritakan Iwan, seorang pemandu becak:
"Masa air naik ke bawah (darat), laut sampai ketengah kelihatan kosong... lalu ramai orang kampung (Ulee Lheu) turun ketengah laut yang tinggal berpasir untuk mengambil ikan... banyak ikan-ikan besar... dan mereka tak ketemu lagi selepas itu..."

Walau apapun, sekarang, banda kelihatan pesat; begitu juga disekitar kawasan-kawasan bencana. Selain bersumberkan hasil laut, aceh juga mempunyai banyak hasil hutan, pertanian, pelancongan, dan paling baru adalah minyak. Rakyat disini bekerja keras. Setelah lama berperang, dilanggar bencana...hari ini, Aceh bangkit dengan semangat baru.

Selepas SMP atau SMR, pemuda-pemudi disini biasanya akan ke kuliyyah. Sambung pengajian, menjadi guru, pegawai dan POLRI (Polisi Repupbik Indonesia). Tetapi, masih ramai juga yang bekerja di perusahaan-perusahaan, gedung2 utama, kedai2 sekitar Banda maupun turun kelaut.

Hujan turun dipetang semalam bawak sampai kemalam. Banda basah dan peniaga menutup awal perniagaan. Hari ini hari jumaat. Pembawa becak duduk termenung dikaki lima. Di Banda, terdapat terlalu banyak becak. Becak adalah pengangkutan awam utama di Banda. Motor roda tiga. kemudian 'Labi-labi'-lori pickup yang direnovate sebagai 'mini bus.

Aku tinggal di Wisma Lauser Agara. Low budget hotel. Bilik itu disewa dengan kadar 100 ribu rp semalaman lebih kurang RM30 sehari dengan kelengkapan TV, kipas, 2 lingkar ubat nyamuk dan tandas serta bilik airnya diluar. Wisma Lauser Agara terletak di Peunayong, masih di Banda. ia menggambil kos lebih kurang Rp5000-Rp8000 dari Masjid Raya Baitulrahman. Kisah menariknya disini; semasa bencana tsunami, bilik yang aku duduki sekarang ditenggelami air seluruhnya. malah seluruh kawasan disekitarnya!

7 comments:

  1. malaysia beruntung.
    tapi, rakyat tak tahu diuntung.
    doa dan istighfar.

    ReplyDelete
  2. indon pulak,
    tahhu di untung,
    tapi paling tahu 'bergantung'...
    tau nk ganyang malaysia jek...

    ReplyDelete
  3. berjalan di muka bumi dan mengambil pelajaran..
    yang terbaik..
    engkau sedang melaksanakan firman!

    ReplyDelete
  4. abdul fatah: antara kl dan aceh memang jauh beza. bagaimanapun rakyat harus bgkit menentang salahguna kuasa dan penyelewengan sebab semua cukai dan hasil kerajaan adalah hasil titik peluh rakyat.

    kimai: orang2 aceh sememangnya rajin. mereka berdikari. bangun dan bangkit dari segala yang melanda. kita tak rasa seperti mereka. kita tak tau. Ganyang malaysia tu cuma sekelumit orang je. anak raja kelantan dan manohara...dua2 pun dah kaya. itu bagi aku iau personal mereka. aku pun tak amik pot.
    o/s: lagu situ masih boleh kedengaran dimana-mana! ;)

    mas tinta: bila aku datang sini solo; aku banyak bertemu dan ngobrol sama orang2 aceh. banyak yang ku belajar dan dapat. antara malaysia dan aceh sebenarnya punya hubungan yang cukup akrab.

    ReplyDelete
  5. p/s:lagu siti masih boleh kedengaran dimana-mana..

    ReplyDelete
  6. aceh tapak bermulanya ilmu, dari sana kebanyakkannya disalur ilmu kesini,masakan tidak punya susur-galur yang kuat :)

    ketemu gadis suci aceh bro? menawan? :)

    p/s:bila nak bebual kat blog ko ni kena bahasa berbunga-bunga ke bro, hahaha..

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan pengamatan

    ReplyDelete