28 November 2009

Sejarah Mesopotamia di tanah melayu

Sambutan untuk sejarah Mesopotamia ribuan tahun dulu. Hari kesedihan untuk Ibrahim atas Ismail yang bakal disembelih terus sehingga detik ini. Manusia-manusia membanjiri kawasan lapang ini disebuah hari cerah yang gilang gemilang. Sebuah korban untuk tuhan. Sebuah korban untuk niat. Sebuah korban untuk nama. Ramai datang melihat-lihat. Kisah sebuah pertarungan untuk hidup. Setiap lembu itu menunggu detik kematiannya.

24 November 2009

Plastik sayur dan Syukri yang sepi

Sudah 3 bulan Syukri putus cinta. Dia berdoa dan menyalahkan tuhan berkali-kali. Sampai hari ini, dia masih tak mampu untuk menerima keadaan. Bebal. Sadis. Putus cinta adalah hal yang kedua. Yang dihadapinya sekarang adalah rasa sunyi. Dia terlalu sunyi. Sunyi sangat. Kesunyian itu membuatkan dia sedih. Apabila dia menonton sebuah filem lama bertajuk Kwan Riam; sampai kepada scene couple itu naik kerbau sama2 di sawah yang luas, hatinya tersentuh dan dia berasa bertambah hiba, bertambah sunyi. Samaada gila atau bunuh diri, dia memilih untuk mengubat perasaan sunyi terlampaunya itu.

"Perasaan ini harus aku ubat atau aku mati...." bisik hatinya. Pada suatu petang yang indah, dia memanggil Samad, Jalil, Davis, Tini dan Alan kerumahnya. Dirumah Syukri, mereka bertanyakan "ada apa hal ni...?" Syukri jawab, "Aku nak ubat rasa sunyi aku. Korang taukan yang aku baru lepas break? Aku akan membaca sajak ini." Syukri duduk disebuah bangku sebelah Alan. Dia mengambil buku yang dituliskan sajak2 itu.

Pertamanya dengarkan epilog aku: "Sekarang aku nak sharekan sebuah perasaan..... makhluk sunyi itu datang lagi.... membawa sepi..... Menyentap seluruh urat saraf hati jantung... aku akan menangis lagi sebagaimana Hari Sepi yang lalu.....

kedua dan terakhirnya sebuah sajak yang aku karang tadi:

"NAH! Torehkanlah dadaku ini

Biar aku mati

Dan darah2 itu kau minumlah!

Tanda cinta!

Cinta kita sangat agung dan kudus!

Kau tau... selama ini aku mencintaimu sepenuh hati

Dan musim hujan lalu

Kau datang dan mengetuk pintu rumahku

Aku buka pintu dan kau berkata

“Nah! Ambil cinta-cinta ini”

Cinta-cinta yang kau pegang itu, kau bungkus dengan plastik sayur

Aku jadi kaku. Jadi lelaki buruk, busuk, jijik dengan tiba2.

Kau bagi, pusing, jalan...

berpaling pergi dalam sekali hembusan rokok

dan meninggalkan bau tembakau internasional.

Lalu aku, mati..." terima kasih....

--------------------------------

Samad, Jalil, Davis, Tini dan Alan terpegun dengan gaya Syukri yang memukau. fantastik! Mereka bertepuk tangan dan memuji kebolehan Syukri mendeklamasi sajak! Setelah teh terakhir diminum oleh Tini, mereka keluar meninggalkan Syukri dan pulang kerumah masing-masing. "Terima kasih Syuk! Jumpa lagi nanti." Saat ini, jelas kedengaran, suara Uncle Din melaungkan azan. Maghrib dah masuk. Petang dah habis. Dan senja pun menyinsing.

16 November 2009

cinta lavender negara empat musim

Semakin masa berlalu. Cinta akan terus berkembang. Tak perlu siapapun untuk mengembangkannya. Dan pada masa yang sama, nah…berapa banyak lagi cinta yang sedang mula berkembang lalu kuncup, layu dan mati?

Kau muak dengan cerita cinta? Apa kau taknak cinta? Kau tau, dari cinta kau dapat seks. Tapi kau kena tau bahawa seks itu bukan untuk cinta. Ia cuma sebahagian dari cinta. Ah kau. Jangan sembunyi! Kau cuma letih. Lepas ni kau akan bercinta lagi. Jangan tipu aku! Kau tau kan? Cinta itu bisa bawa kau sampai langit yang ketujuh. Disana banyak warna2 violet yang indah. Baunya adalah lavender yang mekar dimusim bunga negara empat musim. Bila malaikat meniupkan angin, kau akan tau betapa indahnya bau lavender! Dan kau akan berdoa pada tuhan agar kau terus disana sampai bila-bila.

Stop disini! Mula bercinta esok!

Sekarang, maksudku sekarang ini juga. kita ada sebuah tugas. Menewaskan paksi-paksi jahat dunia! Inilah peluang kau jadi hero dan lepas ni kau akhirnya akan dapat cinta dari gadis-gadis seksi yang menyewa belakang rumah kau tu bila kau dah populer nanti! Aku jamin ini.

Kau faham kan?

Paksi jahat dunia adalah bukan Israel dan Amerika. Di bumi itu, cuma ada manusia macam kau dan aku yang nak hidup cari makan dan kerja kat tesco. Kau jangan salah tanggap. Paksi jahat dunia adalah hati. Hati yang jahat macam hati kau jugakla kot.

Okey macam ni.

Kau pergi sekarang duduk kat kerusi depan tu. Aku akan berdiri disini. Sedia ya. Aku berlari menuju kau sepertimana sekarang aku bercakap dengan kau dan aku terus menikam kawasan dimana letaknya hati kau yang jahat tu.

Yeah! Kau dah mati.

Salah satu paksi jahat didunia telah aku bunuh. Yang tinggal cuma sekuntum cinta kau yang sedang bercambah galak. Aku akan mengambilnya sekarang. Hari ahad nanti aku akan jualkan cinta kau ini dekat petaling street.

13 November 2009

Festival Hak Asasi Manusia 2009

Tarikh: 13hb – 15hb November 2009
Tempat: Dewan MCPA & Rumah Frinjan
Terbuka kepada semua


Penulis tersohor Indonesia, Seno Gumira akan menjadi tetamu khas untuk festival ini

Seno Gumira Ajidarma was born in Boston, USA, in 1958. A son of a respected university professor, Seno showed a rebellious attitude, wild imagination and a penchant for reading good books every since his early school days. He was only 17 years of age when his poems were published by Horison, a prestigious literary journal. His works reflect the undying rebel within his heart, tackling, among other themes, political oppression and state-sponsored violence, a dangerous taboo during the New Order regime. His works include Saksi Mata, Manusia Kamar and Penembak Misterius. He was awarded the SEA Write Award, Dinny O’ Hearn Literary Prize and the Khatulistiwa Award in two consecutive years; 2004 and 2005. Besides being an influential writer, Seno is also an accomplished photographer.
source from http://www.ubudwritersfestival.com/

Mutakhir ini dapat dilihat bahawa anak-anak muda yang berbakat besar telah muncul di persada seni untuk menunjukkan kebolehan mereka serta mendapatkan lebih pengalaman dan membuktikan bahawa mereka bukan setakat jiwa muda yang semberono, malah dapat menghasilkan sesuatu yang berguna. Bakat ini ditonjolkan untuk memberi kesedaran bahawa mereka mampu membuat sumbangan untuk masyarakat.

Karya-karya seni ini baik daripada genre seni muzik mahupun seni persembahan dan sastera. Mereka bergerak dekat kepada masyarakat dengan menyampaikan karya mereka dalam bentuk muzik, persemabahan gerak serta bacaan sajak dan karya fiksyen. Usaha mereka ini untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat bahawa seni itu sendiri bukan pinggiran, malah untuk dinikmati dan dihargai khalayak.

Bersesuaian dengan tema iaitu demokrasi dan hak asasi manusia, maka diharap bahawa golongan muda ini mampu untuk ‘bercakap’ bagi generasi mereka untuk menyampaikan maksud. Cara ini lebih berkesan untuk berhubung dengan anak anak muda secara langsung dan lebih efektif.
Secara tidak langsung, pengkarya ini turut memberi sumbangan kepada masyarakat dan mereka juga diharap turut dapat ‘bersuara’ dengan jujur pada tema yang diterap.


Objektif
* Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada khalayak khususnya golongan muda tentang demokrasi dan hak asasi manusia.
* Membudayakan aktiviti seni di kalangan masyarakat melalui tema-tema yang penting seperti demokrasi dan hak asasi manusia.
* Mengembangkan lagi bakat seni pengkarya muda serta menyediakan platform untuk mereka berekspresi melalui tema-tema tertentu.


Jadual program
[ 13 Nov 2009 ] Jumaat

08.30 pm – 11.30 pm Pidato Umum: Sastera Indonesia Periode Reformasi: Antara Substans & Estetika oleh Seno Gumira Ajidarma

Lokasi: Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH)

http://www.facebook.com/event.php?eid=175548498435


Pelancaran Lomba Tulis
[ 14 Nov 2009 ] Sabtu

10.00 am – 4.00 pm Bengkel Penulisan: Seni Penulisan

08.30 pm – 11.30 pm Baca Naskhah & Gig Akustik

Lokasi: Rumah Frinjan



[ 15 Nov 2009 ] Ahad

02.00 pm – 04.00 pm Forum: Saya + Pengarang: Panelis: Seno Gumira, Eddin Khoo dan Khalid Jaafar
05.00 pm – 07.00 pm Forum: Malaysia-Indonesia Damai Melalui Penulisan
Lokasi: Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH)

Pertanyaan sila emel ke oxygenmedia22@gmail.com atau hubungi Zul di 019-308 3804

12 November 2009

celebrating the cosmos

I believe about this thing that is fucking real! Earth, planets and stars are rotating the sun. Human, animals, fish? and all types of growing creatures; coconut trees, salads and ginko biloba indirectly; are pilgriminating it. A non stop ritual ever! Centralization of devotion to the law of the cosmos; celebrating the tendency of life! Lonely goddess (female) realization of hope and serenity. “Hay hay…! Put your hands up and make your sound! Let it vibrate through! “Hay hay…! Let’s dance and sing the Lu La Ley Song!

11 November 2009

Travelog aku ke Aceh part 1

Aku telah meletak sebuah angan2. Satu hari nanti aku akan sampai ke Aceh. Aku mengenali Aceh melalui kebangkitan rakyat Aceh melawan RI dan bencana tsunami.

Lingkungan jam 9 malam 3 November 2009, aku mulakan perjalanan dan tiba di Petaling Street menaiki bas dari Shah Alam. Bertemu dua orang temanku, Z dan W yang menemaniku sampai keesokkan harinya. Kami overnite di sekitar KL sentral dan berakhir di sebuah mamak di Brickfields. Dalam jam 7.30 a.m, aku menaiki skybus ke LCCT cuma RM9 sahaja berbading RM30 jika menaiki shuttle train dan turun di KLIA. Kalau anda naik bus dari KLIA ke LCCT pula, tambangnya RM2; aku dah jimat RM23.

Lebih kurang 50 minit aku sampai di LCCT. Kelihatan terminal agak sibuk dan ramai. Aku terus pergi ke Foodgarden (taman makanan) yang terletak lebih kurang 50 meter dari bangunan Terminal. Di LCCT, kedai2 makanan yang dekat adalah lebih mahal dari kedai makan yang jauh. Malah, kedai makan yang jauh, teh tariknya jauh lebih sedap.

Dalam jam 1220, aku register masuk. Semasa dalam baris menunggu turn, aku telah disapa oleh seorang aunty berumur dalam awal 50-an. Kami sempat bersembang. Dia berasal dari Banda yang baru sampai dari Penang untuk ’berobat’. Maksud ’berobat’ itu ialah mendapatkan rawatan klinikal di salah sebuah pusat rawatan.

Pesawat bernombor AK305 Banda Aceh berlepas jam 13:25 seat 26D. Di gate T8, aku duduk dalam keramaian manusia yang pelbagai rupa, bermacam ragam, ke destinasi yang berlainan. Padang-Bali-Phuket etcetc. Perbezaan yang ada di pintu T8 ialah hampir semua wanita2nya bertudung dan berbaju labuh manakala lelaki, ada yang berbaju melayu dan berkopiah. Apakah ini gambaran awal Aceh untuk aku.

Semasa duduk menunggu; seorang pemuda, berumur dalam lingkungan awal 30-an duduk disebelahku. Selang satu kerusi. Dia menegur aku semasa aku sedang membelek2 peta Banda dan menyemak senarai hotel2 yang aku print siap dari rumah. “Pertama kali ke Aceh?” dia bertanya. “iya...” jawabku ringkas. Kami berkenalan, namanya Heri, aku sempat bertanyakan serba sedikit info mengenai Aceh. Bila bertanyakan tentang hukum syariah yang dilaksanakan; katanya: “Itu politik...”. Perbualan kami terhenti bila announcement sedia menaiki pesawat. Kami bersalaman dan mengambil barang masing2.

Kapal terbang atau pesawat..;) mula bergerak lebih kurang jam 1340. keadaan cuaca diluar agak berawan. Perkara yang aku sedikit fobia dalam pesawat ialah bila dia langgar awan tebal dan angin lintang. Semuanya akan bergegar macam gempa bumi.

Apabila hampir tiba, pilot membuat announcement siap sedia untuk mendarat. Aku tengok bawah. Nah.... Nanggroe Aceh Darussalam! Aku dah sampai! Ini adalah perjalanan travel solo pertama aku! Aku sangat teruja!

Dari atas, kesan tsunami masih jelas dengan pemandangan kawasan pinggir pantainya. Aku sedang menikmati pemandangan bekas2 bencana. Aku adalah manusia sentimental dan untuk itu aku syahdu melihat pemandangan tersebut.

“Tanah ini tanah yang hebat. Mengalir darah para pejuang dan syuhada yang ramai. Juga darah mereka yang berjuang untuk hidup melawan bencana!”

Mereka yang berada dalam dek pesawat rasanya hampir 90% orang Aceh. Diwajah mereka tersimpan memori2 silam yang perit dan pedih. Lagi sekali aku tersyahdu...

Perjalanan mengambil masa 1 jam 25 minit. Masa di Aceh awal satu jam berbanding masa di K.L.

Semasa memasuki Terminal Udara Sultan Iskandar Muda, kami semua disambut dengan tari Likuk Pulo. Tarian ini ala2 dikir barat tapi takda tukang karut dan gong. Sarikata lagu berbahasa Aceh dan Indonesia mengucapkan selamat datang dan solawat, gemanya memecah sunyi ruang.

Dari Airport, aku mencari Dambri... tapi tak nampak pun yang macam bas mini tu... aku duduk sekejap. Lepas tu aku buat keputusan untuk naik teksi sahaja. Destinasi: Masjid Raya Baitulrahman. Biaya kosnya adalah Rph 70.000 sahaja bersamaan RM20 lebih. Dari airpot mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba di Masjid Raya Baitulrahman pusat kota Banda.

Aku diturunkan betul2 disebelah Masjid Raya Baitulrahman. Aku memerhati sekeliling. “Sampai jugak...!” hatiku berkata. Tersenyum aku sorang-sorang kat situ.

Aku berjalan ke depan... melintas jalan... kekiri... kekanan.... tengok2 keliling... nak cari hotel... tapi tak nampak pulak....ahhh... duduk dulu, penat. Aku singgah disebuah warong kaki lima untuk makan tengahari. Bakso Aceh dan teh botol.


p/s: Airport juga lebih dikenali sebagai Bandara




09 November 2009

Akulah itu

Kau terjumpa aku di suatu sudut tepi kolam,
Lalu kau kutip katakau;
Sejarah ini adalah amat beharga sekali,
Kau amati, rasa, lukis, cucuk2, hidu,
Lalu kau dapati akulah itu,
Kau tinggalkan aku tepi kolam tadi,
Kau pergi
Sepi.

06 November 2009

di Peunayong

Kedatangan aku ke aceh adalah untuk melancong dan melihat kehidupan disana pasca tsunami. Ternyata, igauan ngeri itu masih menghantui sebahagian besar penduduknya. Kesan bencana ini masih boleh lagi kelihatan disekitar Banda dan Ulee Lheu. Mengungkap apa yang diceritakan Iwan, seorang pemandu becak:
"Masa air naik ke bawah (darat), laut sampai ketengah kelihatan kosong... lalu ramai orang kampung (Ulee Lheu) turun ketengah laut yang tinggal berpasir untuk mengambil ikan... banyak ikan-ikan besar... dan mereka tak ketemu lagi selepas itu..."

Walau apapun, sekarang, banda kelihatan pesat; begitu juga disekitar kawasan-kawasan bencana. Selain bersumberkan hasil laut, aceh juga mempunyai banyak hasil hutan, pertanian, pelancongan, dan paling baru adalah minyak. Rakyat disini bekerja keras. Setelah lama berperang, dilanggar bencana...hari ini, Aceh bangkit dengan semangat baru.

Selepas SMP atau SMR, pemuda-pemudi disini biasanya akan ke kuliyyah. Sambung pengajian, menjadi guru, pegawai dan POLRI (Polisi Repupbik Indonesia). Tetapi, masih ramai juga yang bekerja di perusahaan-perusahaan, gedung2 utama, kedai2 sekitar Banda maupun turun kelaut.

Hujan turun dipetang semalam bawak sampai kemalam. Banda basah dan peniaga menutup awal perniagaan. Hari ini hari jumaat. Pembawa becak duduk termenung dikaki lima. Di Banda, terdapat terlalu banyak becak. Becak adalah pengangkutan awam utama di Banda. Motor roda tiga. kemudian 'Labi-labi'-lori pickup yang direnovate sebagai 'mini bus.

Aku tinggal di Wisma Lauser Agara. Low budget hotel. Bilik itu disewa dengan kadar 100 ribu rp semalaman lebih kurang RM30 sehari dengan kelengkapan TV, kipas, 2 lingkar ubat nyamuk dan tandas serta bilik airnya diluar. Wisma Lauser Agara terletak di Peunayong, masih di Banda. ia menggambil kos lebih kurang Rp5000-Rp8000 dari Masjid Raya Baitulrahman. Kisah menariknya disini; semasa bencana tsunami, bilik yang aku duduki sekarang ditenggelami air seluruhnya. malah seluruh kawasan disekitarnya!

05 November 2009

Banda yang bangkit!

dari atas aku nampak zero point yang luas
dan ditumbuhi belukar, dibuat kebun
dipajak, ada rumah ada kolam
zero point; dataran masacre yang maha hebat
tersyahdu aku dalam titik-titik momen
aceh-aku dah sampai...

berdiri aku disebelah baiturrahman
lamannya ramai santai-santaian
anak2 kecil main kejar-kejar
ada mak, ada babah, ada saudara2 yang akan ke haji
wanita dan gadis berbaju longgar dan bertudung
peminta sedekah duduk setia menunggu rezki
penjual cendol mengira wang

jam 2 lebih
tengahari-petang yang terik
dan angin kota yang lembab
manusia -manusia kelihatan sibuk
jalan2 penuh becak, kereta, dampri
wajah-wajah mereka....
wajah-wajah yang menyimpan
seribu kenangan, sengsara derita...
wajah-wajah mereka....
wajah-wajah yang menyimpan
sebuah kekuatan dan perjuangan maha dahsyat!

04 November 2009

Ke aceh bawak diri..

Hari ni aku ke aceh. Siapa2 yang free. Yuk! Email aku dan ketemu di banda.

02 November 2009

Pengumuman

Sebuah negara yang terletak disebuah benua telah memaklumkan kepada seluruh rakyatnya bahawa mulai hari ini, 1 November 2009, kita akan menukar sistem ekonomi negara kita dengan sistem kapitalis yang hebat.

Keesokan harinya, rakyat negara itu diperlihatkan dengan sebuah keajaiban demi keajaiban.

Disebelah rumah makcik Peah, ada Tesco yang sangat2 besar dan ramai pekerjanya yang memakai baju biru. Dihujung padang bola bersebelahan wat, ada sebuah Giant yang menawarkan barang2 yang sangat murah. Di kampung John pula ada sebuah Mydin yang sangat Islam. Untuk memenuhi keperluan dekorasi rumah, sebuah Ikea muncul di tengah-tengah ibu negara dan sebuah Carefour untuk keperluan rakyat pinggir bandar.

Orang ramai berpusu-pusu ke Tesco, Giant, Mydin, Ikea dan Carefour setiap hari.

Pada suatu petang, hujan turun dengan sangat lebat dan berlanjutan selama sebulan. Ia mengakibatkan banjir besar-besaran berlaku. Di tesco, giant, mydin, ikea dan carefour, ada rumah terapung dan bot pelbagai saiz yang dijual separuh harga.