30 November 2010
gelap 1 pagi
rintik hujan memalu bumi
aku diam sunyi sepi
hujan terus berlari
1 jam 45 minit
kemudian perlahan
ia berhenti
aku diam lagi
paling tidak malam ini dingin
sejuk pakai selimutlah
dingin keseorangan
dalam gelap
aku diam
sepi lagi
28 November 2010
sebentar lagi
sebentar lagi hujan turun...katamu
bukan... sebentar lagi kamu akan pulang...kataku
26 November 2010
LCCT bertemu heri
Lebih kurang 50 minit aku sampai di LCCT. Terminal agak sibuk dan ramai. Aku terus pergi ke Foodgarden (taman makanan) yang terletak lebih kurang 50 meter dari bangunan Terminal. Di LCCT, kedai-kedai makanan yang dekat adalah lebih mahal dari kedai makan yang jauh. Malah, kedai makan yang jauh, teh tariknya jauh lebih sedap.
Dalam jam 1220, aku register masuk. Semasa dalam baris menunggu giliran, aku telah disapa oleh seorang makcik berumur dalam awal 50-an. Kami sempat bersembang. Dia berasal dari Banda yang baru sampai dari Penang untuk ’berobat’. Maksud ’berobat’ itu ialah mendapatkan rawatan kesihatan di salah sebuah pusat rawatan di Pulau Pinang.
Pesawat bernombor AK305 Banda Aceh berlepas jam 13:25 seat 26D. Di gate T8, aku duduk dalam keramaian manusia yang pelbagai rupa, bermacam ragam, ke destinasi yang berlainan. Padang-Bali-Phuket etcetc. Perbezaan yang ada di pintu T8 ialah hampir semua kaum ibunya bertudung dan berbaju labuh manakala lelaki, ada yang berbaju melayu dan berkopiah. Ini gambaran awal Aceh untuk aku.
Semasa duduk menunggu; seorang pemuda, berumur dalam lingkungan awal 30-an duduk disebelahku. Selang satu kerusi. Dia menegur aku semasa aku sedang membelek-belek peta Banda dan menyemak senarai hotel-hotel yang aku print siap dari rumah.
“Pertama kali ke Aceh?” dia bertanya.
“iya...” jawabku ringkas.
Kami berkenalan, namanya Heri, aku sempat bertanyakan serba sedikit info mengenai banda. Bila bertanyakan tentang hukum syariah yang dilaksanakan; katanya:
“Itu semua politik...”. Heri tersenyum.
Perbualan kami terhenti bila announcement sedia menaiki pesawat. Kami bersalaman dan mengambil barang masing-masing.
24 November 2010
sembang kosong
aku semakin tahu bahawa kehidupan ini bukan terlalu mudah untuk ditempuh seorang-seorang. sebab tu kita perlu teman, kita perlu hiburan, kita perlu beribu macam lagi tools untuk digunakan. dimanfaatkan. tanggungjawab adalah sebahagian dari kehidupan. mungkin ada yang selesa mengambilnya sebagai pilihan. atau semuanya pilihan.
21 November 2010
di Aceh
”Mas, bawa saya ke hotel murah, biaya yang kurang Rph100 ribu.”
Hotel pertama disinggah penuh. Hotel kedua juga penuh. Hotel ketiga adalah Hotel Bharat Aceh. Terletak di kawasan Peunayong.
“ Asalamulekom mas, ada bilik kosong?” –Ada…
Nasib baik ada kosong. Aku membayar tambang Rph30 ribu kepada mas becak setelah pusing-pusing cari hotel. Dia pergi. Aku masuk hotel.
Semasa pendaftaran hotel di kaunter, ada 3 orang lelaki jambu jaga kaunter. Salah seorang menanyakan KTP: Kartu Tanda Penduduk. KP untuk warga RI. Aku memberitahunya bahawa aku ni warga Malaysia, “Ini KP dan paspor saya…”
Dia diam dan memandang rakannya, kemudian rakannya itu menjelaskan sesuatu yang buat aku jadi bingung. “…kami harus buat laporan dahulu pada pimpinan sebab mas warga luar. Kalau pimpinan ada sekarang, mungkin boleh. Tapi sekarang pimpinan tiada disini.
”Maksudnya ga boleh...?” tanya aku.
”Kami harus melapor pada pimpinan dahulu mas...”
“Mas boleh telepon aja pada pimpinan mas…” tambah aku.
“oh..kami harus ke kantor…sekarang udah kesorean dan kantor tutup…”
”Maksudnya ga boleh kan? Tak apa, saya cari disebelah sana” aku senyum.
”iya, maaf ya mas, ini polisi kami...”
”Okeh ga apa2, tiada masalah...makasih ya” aku senyum dan keluar. Aku jadi hairan. Pelik sangat polisi hotel ni. aku cuma nak tidur dan rehat.
Mungkin mereka ingat aku agen risikan kerajaan malaysia kot. Duh...malaysia dan aceh kan saudara! kok ribut-ribut apaan sih!-2009
*becak merupakan pengangkutan utama di aceh sekitar Banda dan kawasan-kawasan lainnya. Becak adalah beca bermotor.
17 November 2010
16 November 2010
Ritual purba mesopotamia "Salam Iduladha"
15 November 2010
10 November 2010
syaitan dan karim itu
"Apa???" karim terkejut. Dia memegang dadanya. bukan! Bahagian kiri jantungnya! Dia terlalu terkejut sehingga terasa pening-pening lalat. Darahnya naik. Exited sangat sehingga membacanya berulang-ulang kali. 30 kali dia membaca mesej dari syaitan itu. Astaghfirullah! Benarkah?! Lalu karim memutuskan untuk membuat temujanji. Dia ingin bertemu dengan syaitan untuk memastikan perkhabaran itu benar.
dia bertemu syaitan di buntong. Sebuah tempat di ipoh. Di buntong dia bertemu syaitan di atas sebuah bukit. "Ya benar". Aku melantik kamu menjadi nabi dan berusahalah demi umat manusia. Karim tunduk kemudian melutut tetapi tidak menyembah syaitan. cuma melutut tunduk tanda hormat.
cerita karim dan syaitan tidak terhenti di buntong. Karim kemudian ke chemor dan balik ke kuala lumpur. 2 minggu selepas karim dilantik menjadi 'nabi'. dia bertemu syaitan sekali lagi di taman berhampiran KLCC dan cuba bergelut dengan syaitan untuk menjadi tuhan pula.
02 November 2010
Balik ipoh
aku sangat sedih. aku sms wahyudi.. wahyudi kata..."rileks la bro..get over it...". ya aku faham. tapi semua ni berlaku secara drastik, kelam kabut dan tunggang langgang. Setelah bermastautin 6 tahun di shah alam. 'akhirnya' aku balik kampung macam tu sahaja tangan kosong..tak ada duit... tak ada saving... tak ada kerja.. meninggalkan kawan-kawan dan komuniti yang aku sayang... kadang-kadng terasa diri macam aku ni lelaki bebal.. useless.. bodoh..tapi, nak buat macam mana... adakah aku tersepit dalam ruang yang aku cipta? karma??? entahlah... Situasi ini sangat menyedihkan dan menyakitkan hati. apapun aku terpaksa.
aku rasa sangat bersalah pada boy... dulu aku pernah bagi tau dia, datang la shah alam... belajar sini.. duduk sekali... senang. then, bila dia dah dapat sambung belajar di shah alam dan meninggalkan ipoh. dalam tempoh lebihkurang setahun, aku pulak yang pindah. dan boy mau atau tidak, terpaksa menetap di shah alam juga. mujur ada eddy, aishah yang banyak bagi bantuan.
dengan izin tuhan aku positif untuk sembuh dan sihat seperti sediakala. aku sedaya upaya akan cuma untuk keep in touch dengan shah alam. Aku mohon, korang yang baca ni doa-doakan aku agar cepat sembuh fizikal dan emosi.