27 September 2009

ruang

Malah siapapun akan berasa sudah biasa. Macam kau minum kopi ais kurang manis. Makan roti telur bawang cicah dal sambal. Naik motor. Bayar 50 sen untuk parking. Itu aku bayar. Untuk parking. Untuk ruang letak motor. Ruang parking tu ada harga ikutlah jenis kenderaan dan masa. Ruang parking diluar, kalau nasib baik kau kena saman. kompaun. RM30 biasanya. Kalau kau bayar tigapuluh ringgit untuk ruang parking haram tu. rugi. Untuk lebih selamat. Boleh letak helmet dalam kotak-kotak tu. Masuk lagi satu ringgit dan simpan. Kunci kau pegang. Salah satu ruang dalam kotak tu kau dah beli sementara. Dan bolehlah pergi mana-mana kau suka dan kalau sakit perut, kau bayar tiga puluh sen untuk ruang jamban tu. kau jalan lagi dan sampai satu tempat ada banyak baju dan seluar digantung dalam sebuah kedai. Tahu? setiap inci ruang yang digunakan itu dibayar dengan duit? kalau tak beli tak apa. Dan diantara ruang ini adalah ruang percuma untuk kau lalu dan lihat2. Bapak dah pesan, gunakanlah sebaik mungkin. Ruang2 percuma ini menunggu masa sahaja untuk dijual.

6 comments:

  1. ruang boleh dilihat juga dari sudut perspektif.

    yang besaq kat depan, hat kecik kat blakang.

    :)

    ReplyDelete
  2. Ruang yg 3'x 7 x 7 yg percuma pown terpaksa bersesak2 dkat Kolompo nie,tggu masa gak To Let

    ReplyDelete
  3. ruang,
    seperti tak cukup sudah.

    ReplyDelete
  4. kawan2 semua. banyak ruang pun dah jadi objek jual beli. termasuk ruang bersuara, ruang demonstrasi..

    ReplyDelete