09 September 2009

Jebeng

Tadi ada kawan aku. Aku panggil nama dia Jebeng (bukan nama sebenar). Yelah, sebab kami ni housemate. Memang selalu kami sembang. Sembang pasal banyak benda. Dari soalan "ko nak gi mana tu?", "makan dah ke?", "bila cuti?", "busuknye ko berak!", "aku nak blowjob ko boleh?" Kami boleh dikatakan rapat.

Sekarang Jebeng dah tak kerja dekat 3 bulan. Dah berpuluh resume hantar. Takdak rezeki lagi diaorang tak panggil2. Ni dekat raya plak. Tekanan memuncak. Life must go on. Jebeng masih hidup walaupun ada masa-masa ketika dia jadi incrediblehulk. "Kalau tak sebab masuk UiTM aku dah lama jadi ustaz kat sekolah agama". Dia ada 4 thanawi. tinggila tu. boleh ajar fekah, ajar sirah, ajar bahasa arab. Yang lepas tetap lepas. keadaan semakin meruncing. "Hidup aku berubah semua sebab duit...takda duit...macam sekarang keta dah tiga bulan tak bayar, insuran dan roadtax mati... kantoi dekat JPJ dia saman...".

Apapun yang berlaku kat Jebeng, aku tak boleh peluk cium dia walaupun untuk moral support. Nanti aku kena penyepak. Aku percaya, masalah Jebeng ni bukan lagi masalah individu. Masalah ni dah masuk peringkat nasional. Ramai lagi penderita degree macam dia. Kalau nak salahkan tuhan pun, banyak dah dia bagi. Salah sistem kot. Aku tak tau. Memang dapat duit senang tapi cari duit susah. Kadang2 terpikir jugak aku, tak ada ke yang lebih mudah lagi; contohnya kita cuma perlukan koci bunga untuk hidup senang?

5 comments:

  1. gua bagi cadangan supaya dia bukak kelas mengajar sendiri lagi baik...dia ada kelulusan ma..klu macam gua ni ye la spm pun kantoi hahahaaaa..bukak kelas kt rumah sewa korang tu dulu ajar mana yang nak..buat sikit promosi kt kawasan tu,amik bayaran murah aku rasa orang suka.sbb skrang tuisyen mahal

    sekadar cadangan..yang selebihnya terpulang.

    ReplyDelete
  2. betul tu bro. kadang2 bila kita nak buat sesuatu tapi kadang2 dah usaha tapi beban yang datang betambah-tambah. mungkin kena mandi bunga haha

    ReplyDelete
  3. wah wah wah jebeng...aku terhidu busuk bau kejebengannya..ha ha ha

    ReplyDelete
  4. kat kampung aku jebeng=jambang. kalu nak interview keje keje opis memang hr tak berapa suka orang jebeng.nampak tak kemas kata mereka

    ReplyDelete
  5. bro rahmat & bro aboo; hahaha tak tau plak aku jebeng=jambang. bau busuk kejebengannya sama standard dengan bau2 yang lain. ikut taste masing2. hahaha

    ReplyDelete