23 September 2009

Hari raya dan magis bling bling

Datangnya Syawal. Hari raya Aidilfitri. Syawal ini datang dengan magisnya tersendiri. Pagi2 lagi manusia muslim akan berpusu-pusu menunaikan solat sunat aidilfitri. Hari dimana orang yang tak pernah sembahyang juga akan turun bersembahyang. Hari ini juga adalah hari pesta makan dan pesta dikubur-kubur peringkat nasional. Begitu ramai manusia akan berziarah di kuburan memperingati waris2 yang telah ke barzakh. Malah di kuburan, ada jualan bunga dan air kotak.

Melawat ziarah saudara mara, member2 dari pagi hingga ke malam. Makan sebanyak mungkin, bergelak ketawa, bergurau senda sesama, adalah satu bentuk method bersosial yang masih diteruskan dan bertahan hingga ke hari ini. Ia adalah hari yang paling sesuai dalam 365 hari yang pernah ada di Tanah Melayu.

Apabila bertemu saudara mara yang dah lama tak jumpa. Soalan popular yang biasanya ditanya pada aku ialah. "Bila nak kahwin?" soalan ini sering membuatku senyum. Menyampah. "Oh..lambat lagi..." jawab aku steady.

Hari raya ini. Semoga ada erti buat semua kita. Walau ada atau tanpa pakaian baru. Hari terbaik untuk bersosial, merayakan semua orang. Hari terbaik melenyapkan kasta dalam masyarakat. Hari terbaik untuk bermaafan. Hari terbaik untuk bergurau senda. Hari ini bukan untuk tidur dan hari ini juga adalah hari kembali meminum bir.

9 comments:

  1. terma kasih buat "terompah kayu"
    Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. lu dah kategori
    wajib kawen pe?
    slmt ari rya!

    ReplyDelete
  3. wajib kawen kategori heavy weight atau light weight? kahkahkah!

    Salam Aidilfitri.
    TQ

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya uncle mat amin!
    nabil: hahaha lama lagi tu.
    did: heavy atau light semua sapu hahaha
    fdaus: hahahhahahahahahahahahhahah

    ReplyDelete
  5. memperingati hari kelahiran agaknya baru kena kan............

    ReplyDelete