29 September 2009

tatap

Gores gores halus tebal melintang menegak

Lantai itu pernah ditoreh toreh

Emosi atau seni apa agaknya

Menatap pada cermin aku lihat wajah

dan seterusnya juga tetap wajah

bukan muka dia atau muka siapa-siapa tapi muka aku

Melihat tingkap ada langit ada awan dan rumah bawah nampak kecil

Sayup sayup nampak kecil

27 September 2009

ruang

Malah siapapun akan berasa sudah biasa. Macam kau minum kopi ais kurang manis. Makan roti telur bawang cicah dal sambal. Naik motor. Bayar 50 sen untuk parking. Itu aku bayar. Untuk parking. Untuk ruang letak motor. Ruang parking tu ada harga ikutlah jenis kenderaan dan masa. Ruang parking diluar, kalau nasib baik kau kena saman. kompaun. RM30 biasanya. Kalau kau bayar tigapuluh ringgit untuk ruang parking haram tu. rugi. Untuk lebih selamat. Boleh letak helmet dalam kotak-kotak tu. Masuk lagi satu ringgit dan simpan. Kunci kau pegang. Salah satu ruang dalam kotak tu kau dah beli sementara. Dan bolehlah pergi mana-mana kau suka dan kalau sakit perut, kau bayar tiga puluh sen untuk ruang jamban tu. kau jalan lagi dan sampai satu tempat ada banyak baju dan seluar digantung dalam sebuah kedai. Tahu? setiap inci ruang yang digunakan itu dibayar dengan duit? kalau tak beli tak apa. Dan diantara ruang ini adalah ruang percuma untuk kau lalu dan lihat2. Bapak dah pesan, gunakanlah sebaik mungkin. Ruang2 percuma ini menunggu masa sahaja untuk dijual.

23 September 2009

Hari raya dan magis bling bling

Datangnya Syawal. Hari raya Aidilfitri. Syawal ini datang dengan magisnya tersendiri. Pagi2 lagi manusia muslim akan berpusu-pusu menunaikan solat sunat aidilfitri. Hari dimana orang yang tak pernah sembahyang juga akan turun bersembahyang. Hari ini juga adalah hari pesta makan dan pesta dikubur-kubur peringkat nasional. Begitu ramai manusia akan berziarah di kuburan memperingati waris2 yang telah ke barzakh. Malah di kuburan, ada jualan bunga dan air kotak.

Melawat ziarah saudara mara, member2 dari pagi hingga ke malam. Makan sebanyak mungkin, bergelak ketawa, bergurau senda sesama, adalah satu bentuk method bersosial yang masih diteruskan dan bertahan hingga ke hari ini. Ia adalah hari yang paling sesuai dalam 365 hari yang pernah ada di Tanah Melayu.

Apabila bertemu saudara mara yang dah lama tak jumpa. Soalan popular yang biasanya ditanya pada aku ialah. "Bila nak kahwin?" soalan ini sering membuatku senyum. Menyampah. "Oh..lambat lagi..." jawab aku steady.

Hari raya ini. Semoga ada erti buat semua kita. Walau ada atau tanpa pakaian baru. Hari terbaik untuk bersosial, merayakan semua orang. Hari terbaik melenyapkan kasta dalam masyarakat. Hari terbaik untuk bermaafan. Hari terbaik untuk bergurau senda. Hari ini bukan untuk tidur dan hari ini juga adalah hari kembali meminum bir.

17 September 2009

Malaysia Day

Hari ini adalah hari Malaysia.
Selamat Hari Malaysia.
Malaysia adalah salah sebuah projek kolonial yang berjaya cemerlang begemerlapan. Menggungkap sejarah 'projek Malaysia'. Sila klik link ini.

13 September 2009

kumpulan minor 1

Malah siapapun. Apa daya untuk melawan force masyarakat dalam grup major. Semua akan sehampir satu hala dan satu tujuan. Aku tak cakap tentang politik. Politik akan terus begini. Satah jahat dengan satah baik. Dan kejahatan pulak tak semestinya jahat mutlak. Kita akan berada salah satu diantara keduanya berdasar pada timbang logik akal kita. Kalau ikut saja itu bodoh. Apapun ini hal yang lain.

Berada dalam kumpulan minor. Contohnya lelaki dan perempuan dah lanjut umur yang tak kahwin2 lagi macam aku. Apa apapunlah termasuk kumpulan zikir kepala lutut. Ia akan jauh menyimpang dari formaliti budaya dan masyarakat. Adapun halnya begitu. Suatu masa kelak yang minor ini akan menjadi sebuah force yang amat kuat. Macam kentut. Semakin tak berapa nak dengar. Ia semakin busuk menusuk-nusuk. Fenomena sedang berkembang. Budaya ini adalah budaya baru urban. Kehidupan manusia semakin complicated. Life ingin lebih simple, individual & express.

09 September 2009

Jebeng

Tadi ada kawan aku. Aku panggil nama dia Jebeng (bukan nama sebenar). Yelah, sebab kami ni housemate. Memang selalu kami sembang. Sembang pasal banyak benda. Dari soalan "ko nak gi mana tu?", "makan dah ke?", "bila cuti?", "busuknye ko berak!", "aku nak blowjob ko boleh?" Kami boleh dikatakan rapat.

Sekarang Jebeng dah tak kerja dekat 3 bulan. Dah berpuluh resume hantar. Takdak rezeki lagi diaorang tak panggil2. Ni dekat raya plak. Tekanan memuncak. Life must go on. Jebeng masih hidup walaupun ada masa-masa ketika dia jadi incrediblehulk. "Kalau tak sebab masuk UiTM aku dah lama jadi ustaz kat sekolah agama". Dia ada 4 thanawi. tinggila tu. boleh ajar fekah, ajar sirah, ajar bahasa arab. Yang lepas tetap lepas. keadaan semakin meruncing. "Hidup aku berubah semua sebab duit...takda duit...macam sekarang keta dah tiga bulan tak bayar, insuran dan roadtax mati... kantoi dekat JPJ dia saman...".

Apapun yang berlaku kat Jebeng, aku tak boleh peluk cium dia walaupun untuk moral support. Nanti aku kena penyepak. Aku percaya, masalah Jebeng ni bukan lagi masalah individu. Masalah ni dah masuk peringkat nasional. Ramai lagi penderita degree macam dia. Kalau nak salahkan tuhan pun, banyak dah dia bagi. Salah sistem kot. Aku tak tau. Memang dapat duit senang tapi cari duit susah. Kadang2 terpikir jugak aku, tak ada ke yang lebih mudah lagi; contohnya kita cuma perlukan koci bunga untuk hidup senang?

04 September 2009

aku joe

Johari Johan. Nama nak glamer. Hati mau kering. Orang panggil aku Joe. Nama paling popular, liberal, universal dan senang orang nak panggil. Kalau aku jongang orang panggil aku Joe Jongang. Setiap hari aku pulang dari kerja, aku terus pulang balik bilik. Aku tak ramai kawan. kawan sekerja tak sama dengan kawan sebilik. Bilik sewa aku di Jalan loke yew. Dalam Kuala Lumpur. Ruang itu punya 5 bilik. Sorang Nepal jaga bank, sorang makyah mekap, sorang lagi Ah Soon dvd Petaling street dan sorang lagi Aunty Nini bekas mak ayam besar lorong haji taib dah jadi tukang masak kedai mamak sebelah. Kalau kami tengok tv, sama-sama kumpul kat ruang tamu. Kalau mak ayam besar ada, dia biasanya akan buat kopi untuk kami semua.

Dah 5 tahun juga aku kat KL ni. Kerja segala kerja. Pernah jadi jaga, pernah jadi despatch dan sekarang jadi salesman kedai kerpet pakistan kedekut tu. Gaji dengan komisen dapatla RM1500 plus-plus sebulan. Bolehla duk sorang-sorang kat sini. Sewa pun takla mahal sangat.

Tiap hari balik kerja aku akan masuk bilik dulu. Bilik aku taklah besar. Oklah untuk duduk single. Bilik aku warna cream. dah buruk pun. Di bilik aku ada sebuah almari kayu lama. Dah senget tapi tak mencacatkan pandangan. Tak da toilet, semuapun diluar. Kongsi. Bilik aku ada karpet. Ada penyangkut baju. Ada sebuah tingkap dengan langsir biru tua. Menghadap shoplot yang dah 47 tahun usia. Kalau malam, jam11 biasanya boleh lihat beberapa orang perempuan suku usia jual daging. Orang kata taklah mahal sangat, rm30 boleh angkut. dan kalau hari hujan, jatuh harga rm20. diaorang tak pernah kacau aku dan aku takda sebab nak kacau diaorang. sama-sama jual masa dan perah tenaga untuk hidup.

Aku takda katil. Dibilik aku cuma ada tilam. dulu tebal 2 inci setengah. sekarang dah jadi satu inci setengah. aku sukat sendiri. Ditilam inilah aku rehat, baring, berguling-guling. Kalau baca paper, aku suka meniarap. Kalau aku bungkus makan, aku suka makan dalam bilik ni. Atas tilam ini. Tilam ini juga adalah saksi utama aku menampar Daud sebab Daud ada lelaki lain. Aku terus minta break. Memori aku dan Daud di atas tilam ini akan tetap kekal sebagai sebuah momen-momen bahagia, pengalaman suka dan duka. Ia takkan hilang. Tilam ini adalah saksi.

Aku di tempat kerja. Tiba-tiba Hassan supervisor aku panggil. "Ini surat u punya. Tadi sampai" Aku buka surat ni. Ada sekeping cek dan sekeping kertas carik. Dia tulis, "Ni aku bagi kat kau, kau buatlah apa yang kau nak." Signed; Jacob Joned. Cek itu bernilai 3 juta ringgit malaysia. Mataku membulat, dahiku kerut. Aku masukkan balik nota dan cek dalam sampul dan blah. "Bos...! Emergency!" aku bagi tahu Hassan. Aku ke bank. Bank in kan cek guna mesin.

24 jam sudah berlalu. Aku bangun seawal 8 pg. Mencari atm. Aku masuk kad. Aku masuk pin. Aku cek baki. RM3,000,001.92. Aku bawak keluar RM1500.00. Tiga ratus sewa bilik, dua ratus enam nak bayar hutang dekat Hassan. Nak beli milo dan nescafe 3 ini 1 dan letak kat bilik. Nak ganti wallet aku di Petaling Street. Buat Jacob Joned lelaki misteri tu. Aku akan sentiasa doakan dia sihat, sejahtera dan makmur.

Sampai kedai karpet, Hassan tengah bukak pintu kedai. Aku sapa Hassan, "Nah RM260.." Hassan ambil dia senyum. "Hassan, sekarang jugak aku nak berenti kerja, u bagi tau Hj Sulaiman ye, selama aku kerja sini kalau aku ada salah silap aku minta maaf kay..I'll mis u so much!" Hassan tak sempat bertanya. Aku salam dia, senyum, dan blah terus. Aku balik bilik. Baring dan tidur. Dan esok, aku nak terbang ke Jogja.


sejarah

Tempat semua kita ini adalah saksi yang hidupnya dalam sejarah. Berada dan sentiasa akan bersama sejarah. Memang. Detik sekarang akan jadi sejarah sesaat yang kemudian. Kehidupan, manusia dan sejarah takkan pernah terpisah oleh apa-apa. Sejarah adalah tahi-tahi kehidupan masa yang lampau. Macam daun yang dulu berpaut pada ranting. Bila gugur jadi kering. Reput. Proses itu adalah proses pensejarahan. Tahi ini adalah tahi yang suci.

lampu merah tengah rumah

lampu merah tengah rumah pancarannya naik ke siling jadi bentuk bunga raya
kelopak ada enam
minum kopi kutaalam kawan yang bagi
kopi itu campur sedikit garam jadi sedap
tapi tak pekat sangat tapi sedap
cucuh rokok asap keluar
cuaca tak sejuk tak panas suam suam kuku
lampu merah tengah rumah itu
bikin ruang jadi merah
berehatlah segala yang terisi dalamnya
sempurnalah sebuah malam seadanya

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

kutang bukan simbol seks
kau ramaslah ia sepuasnya
ia jadi kedut lunyai tak bermaya pun
kutang memang tak berputing. kau percaya kan?
kau tahu? kutang simbol kehidupan kita
sebagaimana lahir kita keluar dari faraj
kita diberi susu dari puting yang dilindungi kutang
kita hidup dari situ terus hidup sampai macam sekarang ni
begitu berjasanya kutang pada melindungi puting-puting itu
dan untuk itu kita terus hidup sampai sekarang