Buku Puisi Jadi Senjata |
-------------------------------------------------------------------------------------------
DEMOKRASI TERDERA
Kerana iklim mulai panas, puisi-puisi juga turut mendidih. Aplagi puisi daripada golongan muda yang sedang menilai suasana tanah airnya yang begitu bergelora.
Puisi sebenarnya boleh cantik dan boleh hodoh. Dan kerana keadaannya hodoh puisi jarang cantik, walaupun jujur. Tampaknya itulah yang menyala dalam puisi golongan muda ini yang jujur menangkap situasi hewani dengan bahasa yang terkadang kasar, tapi insani isinya.
Pada ketika puisi-puisi ini dihimpunkan, dunia siasah tanah air sangat resah. Demokrasi sedang didera seburuknya. Kata-kata tidak lembut lagi kerana diwarnai oleh iklim yang panas.
Saya menghargai sumbangan seni yang hampir spontan tapi jujur ini. Setidak-tidaknya suara baru daripada golongan muda ini menunjukkan betapa tanah air kita perlu dipupuk sejujur dan seinsannya.
Seperti kata saya, karya-karya spontan ini bakal menjadi bukti bahawa pada suatu ketika demokrasi terdera, anak-anak muda tidak diam. Suara jujur mereka -- dalam hodoh dan indah -- sangat bererti bagi masa kini dan masa depan kita.
A. Samad Said
6 Julai 2011
No comments:
Post a Comment