Oleh Hafiz Zainuddin
ZAMAN kegemilangan kesultanan Melayu Melaka abad ke-16 menyaksikan Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara. Bahasa Melayu diguna pakai pedagang secara meluas sehingga ianya disifatkan seorang ilmuan Belanda, Francois Valentijn sebagai satu bahasa yang sama taraf dengan bahasa Perancis dan bahasa Latin di Eropah.
Fakta menjadi saksi, Bahasa Melayu berkembang tanpa adanya sekolah ‘aliran kebangsaan’. Istilah bahasa kebangsaan juga tidak wujud di zaman itu. Pada 1548, sekolah pertama di Melaka ialah kolej mubaligh St. Paul yang diasas oleh St. Francis Xavier bagi penganut Kristian Katolik dan masyarakat tempatan yang mahu mendalami ajaran itu.
Selain dari itu, satu hal yang tidak mampu disangkal ialah perkahwinan campur yang menyatukan orang Cina, Melayu, Portugis dan India sehingga melahirkan keturunan campur seperti masyarakat Baba Nyonya, Serani, ‘mamak’ bukan berlaku akibat perpaduan yang dipupuk sekolah aliran kebangsaan tetapi kerana bahasa cinta. Bahasa cinta ini lebih agung daripada segala bahasa yang terpakai di dunia. Ia rentas alam jagat, melangkaui segala benua, tidak di batas suku dan puak.
Mungkin akibat terpenjara dalam kerangka fahaman Mahathirisme, kurang menonton filem P Ramlee dan tidak berpijak pada realiti, Malaysia pasca Pak Lah menyaksikan kebangkitan gerombolan puak radikal yang mendakwa sebagai pejuang bangsa, bahasa, perpaduan, agama dan sebagainya. Mereka adalah puak yang gagal melihat perpaduan Malaysia daripada kaca mata cinta.
Perjuangan puak radikal bahasa: sampah!
“Sistem pengasingan melalui pelbagai aliran terbukti dan ternyata gagal malah membahayakan perpaduan masyarakat majmuk dan keselamatan negara.”- Gabungan NGO Islam-Melayu
Kenyataan di atas adalah komen daif puak yang mengaku sebagai pejuang bangsa dan agama. Mereka yakin, perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia hanya mampu dicapai dengan penggunaan bahasa. Yakni penyatuan pelbagai aliran sekolah menjadi sekolah aliran kebangsaan. Benar, mereka lupa pada sejarah kegemilangan bangsa, tamadun dunia dan agama.
Jujur bagi saya, lalakan untuk mencapai perpaduan masyarakat Malaysia yang plural dengan method mewujudkan hanya satu sekolah kebangsaan adalah sampah. Lebih memalukan, lalakan dangkal itu dilaungkan oleh golongan kelas pertengahan dan atasan Melayu yang belajar di Oxford mahu pun lulusan perubatan dari Al-Azhar Mesir.
Sejarah sebagai bukti, bahasa bukan segalanya…
Secara umum, Indonesia menjadi saksi perluasan penggunaan bahasa kebangsaan melangkaui batas puak dan kaum, agama mahu pun daerah. Hasil penghijrahan orang Cina, Arab, India, Punjabi, Belanda dan sebagainya ke tanah Jawa ini; sebahagian besar generasi pasca Sukarno dan pasca orba (order baru) hampir langsung melupakan bahasa ibunda. Jauh sekali untuk menuturnya sebagai perantaraan. Selain pakaian tradisi, tanglung, seni bina, dan warna kulit, yang masih cuma kekal ialah makanan.
Ini semua hasil Instruksi Presiden (Inpres) 1960 oleh Presiden Sukarno dengan tujuan asal untuk mengekang pengaruh fahaman komunisme dari China ketika itu. Pencabulan hak asasi ini secara langsung memperkasakan bahasa Indonesia ke seluruh wilayahnya ke tahap tertinggi sehingga hampir seluruh jagat keilmuannya menggunakan bahasa kebangsaan, bahasa Indonesia.
Idea inilah yang sering digunakan pejuang radikal bahasa dan bangsa sebagai hujah di Malaysia. “Kalau Indonesia boleh, mengapa tidak di Malaysia?”
Perpaduan melalui bahasa hanya ilusi
Isu pokok dalam tulisan ini ialah bagaimana mencapai perpaduan dan integrasi bangsa Malaysia.
Persoalannya ialah adakah dengan mewujudkan sekolah satu aliran akan membuahkan kesatuan bangsa Malaysia seperti yang diimpikan?
Jawapannya sudah pasti tidak. Walaupun Indonesia meraikan bahasa kebangsaan mereka hampir sempurna di segenap sudut, Indonesia tetap mengalami perpecahan. Perpecahan itu pula bukan sekadar wujudnya jurang kelas masyarakat miskin-kaya semata-mata, malah bumi itu dilumuri darah.
Aceh bermandi darah bukan sebab bahasa, tetapi sebab kuasa. Apa yang berlaku ialah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) sebelum tsunami sehari selepas Natal 26 Disember 2001 mahu agar wilayah itu dibebaskan. Perkara yang sama juga berlaku di Timor Leste (sebelum ini Timor Timur) yang terletak berhampiran utara Australia dan setelah bumi yang kaya dengan sumber asli itu puas bermandi darah, mereka akhirnya ‘bebas’.
Kita juga menyaksikan pertelingkahan antara puak radikal Islam dan tentera kerajaan Thailand menyebabkan komuniti minoriti Muslim di Patani, Selatan Thai menderita. Biar pun Thailand memusatkan aliran pendidikannya, wilayah itu terus bergegar dengan letupan bom dan tembakan. Jadi, di mana letaknya perpaduan, penyatuan, integrasi dan keharmonian masyarakat di sana biarpun fasih berbahasa Thai?
China pula mengalami revolusi budaya yang perit. Kebangkitan komunisme melalui Revolusi Kebudayaan pimpinan Mao Zedong pada 1966 bukan disebabkan bahasa tetapi akibat pertentangan kelas masyarakat miskin-kaya, konon demi ‘membebaskan negara China daripada batas kelas masyarakat’. Golongan berhaluan kiri yang menganut fahaman Mao bertembung dengan golongan berhaluan kanan menggunakan bahasa yang sama!
Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada negara Timur Tengah seperti Tunisia, Libya, Iraq, Syiria, Mesir; perpecahan, keruntuhan dan kebagkitan rakyat bukan atas sebab sentimen bahasa tetapi disebabkan kegilaan pemerintah mengaut harta dan meminggirkan sebahagian besar masyarakat terus miskin dalam keadaan ekonomi negara yang tidak cemerlang.
Lain pula halnya dengan Singapura. negara kecil itu tidak pula berhadapan dengan masalah apabila memberi keutamaan kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya meminggirkan bahasa ibunda majoriti masyarakat Cina negara itu. Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia harus belajar daripada sejarah dunia, bukan hanya belajar sejarah dalam silibus SPM semata-mata yang mengakibatkan kita terus dibohongi hidup-hidup.
Apa perlu ada pada Malaysia
Justeru, tonggak terpenting dalam memupuk perpaduan dan kerukunan Malaysia dengan kewujudan masyarakat yang plural bukanlah bahasa atau sekolah satu aliran. Slogan 1Malaysia juga tidak akan memberi apa-apa justifikasi selagi dasar penindasan dan diskriminasi kaum terus menjadi amalan kerajaan.
Konsep pecah dan perintah perlu dihapuskan, dasar perekonomian dan kebajikan, sistem pendidikan negara, silibus persekolahan perlu dikaji semula dan bebas daripada sebarang campurtangan sentimen dan politik.
Malaysia perlu berdiri pada hakikat sebenar di mana kepelbagaian bahasa, agama dan budaya wajib diraikan. Selagi kerajaan gagal membentuk sebuah dasar yang ‘Malaysia’, selagi itu impian bangsa Malaysia tidak akan tercapai malah perpaduan di Malaysia hanya akan terlihat pada rojak dan mee hailam semata-mata.
Kerajaan juga harus belajar daripada para dai’e dan mubaligh dalam penyebaran agama. Islam tidak mampu berkembang tanpa mengalami asimilasi budaya dan bahasa. Kitab agama diterjemah dalam pelbagai bentuk bahasa dalam menyampaikan mesej yang satu.
Sedarlah, laungan satu bahasa, sekolah atu aliran, hanya semata-mata demi survival kelompok politik berasaskan kaum seperti UMNO, MIC dan MCA. Pertelingkahan masyarakat akibat hal ini cuma akan menguntungkan mereka. Sejarah dan dunia membuktikan bahawa perpaduan manusia, kaum dan negara dibentuk melalui jalan jiwa iaitu bahasa cinta. Maka, bercintalah daripada sekarang!-Roketkini.com