18 January 2010

Rumah kedai itu





Gambar ini adalah di Perak 25/12/2009 selepas pekan Pantai Remis. 'Roti panas' masih lagi dijual naik basikal.

Gambar-gambar ini adalah disebuah premis shoplot kayu. Di Pantai Remis, masih lagi berdiri kukuh shoplot-shoplot kayu. 5 tahun lagi, semuanya mungkin ditukar dengan konkrit dan tetulang besi. Imej shoplot2 kayu ini akan hilang, perlahan2 akan menghapuskan sentimental value yang ada. Hilang dalam arus pembangunan kononnya. Pembangunan adalah penghapusan nilai dan sejarah.

07 January 2010

JEMPUTAN KE PEKAN FRINJAN 7.0

Anda semua dijemput datang berpesta ke Pekan Frinjan 7.0.
Bertempat di dataran shah alam.
Jam 5 petang sampai 12 tengahmalam.
Masuk percuma

Pekan Frinjan akan membuka tirai 2010
Tema: Menolak perkauman

MC Fazleena Hishamuddin



Muzik
Carburetor Dung -
http://www.myspace.com/carburetordung
Couple -
http://www.myspace.com/couple
Tilu -
http://www.myspace.com/tiluband
Azmyl Yunor -
http://www.myspace.com/azmylyunor
Aria
Tri
Jalikuhaisan feat. Exike & Ili
Keladak -
http://www.myspace.com/keladak
Benjamin Hasni -
http://www.myspace.com/benjaminmusic7
Illya Syahirah

Puisi
Zhafir -
http://jurnalkotor.blogspot.com
Rafaat Haji Hamzah
Marini Rafar -
Faisal Mustaffa -
http://faisalmustaffa.blogspot.com
Nurul Schmurul -
http://www.nurulizzah.com
Buddhi Hikayat

Teater
Paradoks Theatre -
http://pakatanparadoks.blogspot.com/
Fahmi Fadzil -
http://projekwayang.blogspot.com

Macam biasa, ada gerai2 jualan dari anak2 muda non-TEKUN; ada baju trendy dan cool, bahan bacaan lancapan minda, CD, DVD, aksesori wanita dan macam2.

Ada juga kaunter pendaftaran pengundi, khidmat guaman dari Pusat Bantuan Guaman KL, Saya Anak Bangsa Malaysia yang mempromo menolak perkauman dan macam-macamlah.

Pokok pangkal susah nak jumpa semua ini di Jom Heboh!

Buku/Zine/CD
Matahari
Oxygen Media
Hafiz Terompah
Ekamatra Singapore
Sang Freud
Hadi Gerakbudaya
Ricecooker

Clothing etc
Envelove Distro
Frugal Mugal
Eddy
S-Ploited
Tangga

NGO/Media
Republik Anak Muda
Pusat Bantuan Guaman KL
Saya Anak Bangsa Malaysia
Majalah Libur

Malaysian Cartoonist

apa2 taip ke frinjan@gmail.com

Acara ini dianjurkan oleh geng2 Frinjan dengan sokongan dari Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA. Dan dipangku oleh RAM (Republik Anak Muda).

www.frinjan.net
www.myspace.com/frinjan


Zine Gudang Garam, Fragranfrantik dan Gudanggaram #2 akan kelihatan disini!

TAHUN BARU JUMPA CARLOS

Aku sampai di Stesen Pasar Seni malam itu dengan Boy dan terus ke dataran bertemu wahyudi. Dari stesen aku berjalan menuju keseberang melalui C.M. Disini, sebuah trak polis warna biru kelihatan menunggu dekat trafik light seberang jalan.

Orang ramai sudah mula masuk, kiri dan kanan laluan di CM dipenuhi ramai kelompok2 manusia yang berbilang latar dan budaya.Aku pula terasa seperti di jakarta sebab kiri dan kanan jalan banyak dipenuhi kumpulan2 baju hitam macam uniform khas dan rambut panjang. Aku tidak terasa terancam malah dalam hatiku berkata bahawa 10 tahun lagi malaysia bakal masuk ke tahap 2 selepas tahun 70-80an yang bakal mengalukan generasi baru yang bermigrasi dari seluruh pelusuk nusantara. Nanti, akan berlaku pertembungan budaya yang bakal diraikan bersama. Proses ini bakal membentuk sebuah bentuk budaya baru yang lebih kuat dan mantap dengan perlahan2 mampu untuk merobah sistem british negara ini kepada sistem yang lebih baik dan makmur.

Aku sampai di dataran. lampu-lampu dan belon2 kebanyakannya warna merah dan kuning sebab majlis ini ditaja oleh ambank. Orang ramai mula masuk perlahan2 melalui jalan depan dataran merdeka dah ditutup. Mengingatkan aku ada demonstrasi-demonstrasi jalanan yang pernah aku pergi sebelum ini. Disebelah sana ada kelompok sabah. Kuat bahasanya sampai dengar, 'sabah sini-sabah sini...' seorang 'komander' memanggil teman2 sabahnya yang lain bangun tuntuk masuk ke dataran.

Disepanjang jalan pinggir padang ramai ibu2 dan bapa2, couple2, remaja2, turun untuk menyambut jam 12 nanti. Aku menelefon wahyudi dan bertemu dengannya tidak jauh dari pinggir padang itu. Kami duduk2 sebentar dan membuat keputusan untuk jalan2 dulu di Petaling Street dan bertemu zhafir disini.

Lagi sekali aku berpatah semula ke Petaling Street. Semasa aku melihat baju2 siam dan china bergantung2, aku terjumpa lagi pakcik ini. Dia sedang busker depan sebuah gerai makan. Malam ini dia datang dengan dua orang budak. Setelah selesai sebuah lagu yang dimainkannya. Seorang mat saleh memberi sumbangan yang diselit pada beg kecil yang disandang oleh budak lelaki tersebut.

Semasa itulah aku merapati pakcik tersebut dan memulakan perbualan. Namanya Carlos dan dua budak kecil itu ialah anaknya. Dia adalah full time busker. Buat masa ini dia akan selalu berada di sini. Pernah menerima dan akan menerima jemputan sesiapa sahaja jika diperlukan. Katanya kita ini sangat berbeza dengan masyarakat di luar, eropah misalnya, masyarakat kita masih lagi berada di bawah 'belenggu' budaya tidak boleh-haram-salah... padahal ini hanya suatu bentuk budaya yang berbeza. Kata uncle carlos lagi; dia pernah mendapat tips sehingga RM500 dari seorang pelancong. Masyarakat luar lebih memahami dan menghargai seni. Masyarakat kita-tak. bagi sesiapa yang ingin menjemput uncle carlos untuk bermain muzik, ini nombornya 0123501756


Setelah bersembang-sembang dengan uncle carlos, kami singgah makan-makan di salah sebuah kedai disekitar situ menunggu detik tahun baru. Jam menunjukkan pukul 11.30. Kami kemudian bergerak ke Reggae Bar berdekatan dan bersama-sama menyambut tahun baru dengan puluhan pelancong2 asing serta lokal sambil menari dan melompat-lompat.

Selamat tahun baru 2010 untuk semua!